Cari Blog Ini

Jumaat, 9 April 2010

SEJARAH BANDAR RAUB

BAB 1
PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pahang merupakan sebuah negeri yang mempunyai keluasan lebih kurang 35,379.2 km persegi adalah merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia.[1] Daripada beberapa jenis hasilan objek dan perkakas yang diperbuat daripada batu yang dijumpai di merata-rata tempat di seluruh negeri ini, terutama sekali di gua-gua di Ulu Pahang dan di tepi-tepi sungai seperti Sungai Tembeling, Sungai Jelai terutama di Kechau Tui, Ulu Kechau, Ulu Dong, Ulu Cheka, Kota Gelanggi, Pulau Tawar, dan juga di Bukit Charas, Kuantan. Maka dapatlah dikatakan bahawa sejarah awalnya, Pahang telah diduduki oleh manusia sejak zaman prasejarah lagi.[2] Sebenarnya wujud banyak pendapat yang telah dikemukakan tentang sejarah kewujudan Pahang ini. Setiap pendapat para sarjana itu pula ditampilkan dengan bukti-buktinya yang tersendiri. Jadi, tidaklah dapat untuk dinafikan akan kebenaran masing-masing. Justeru, haruslah diakui bahawa kepelbagaian versi penjelasan yang ditampilkan itu semuanya menjelaskan akan kewujudan sebuah negeri yang bernama Pahang. Perbincangan juga akan menyentuh sedikit sebanyak tentang daerah-daerah yang terdapat dalam negeri Pahang sebelum menumpukan isu tentang bandar Raub.
Daerah Raub merupakan salah satu daerah yang terkenal pada masa dahulu dengan perusahaan perlombongan emas. Maka tidak hairanlah bandar Raub salah satu kawasa n yang berkembang pesat menjadi bandar tumpuan. Oleh itu kajian ini akan melibatkan perkembangan sosio ekonomi bandar Raub sekitar tahun 1900 sehingga tahun 2000.
1.2 Daerah-daerah di Negeri Pahang

Selain kekayaan alam semula jadinya, negeri Pahang juga terkenal dengan sejarah perjuangan pahlawan Melayu terutamanya ketika menentang penjajahan Inggeris. Nama-nama seperti Datuk Bahaman Orang Kaya Semantan, Tok Gajah, Mat Kilau serta pengikut-pengikut mereka yang setia, sentiasa terukir dibibir rakyat.[3] Negeri Pahang terdiri daripada sepuluh buah daerah iaitu Bentung, Cameron Highland, Jerantut, Kuantan, Lipis, Pekan, Raub, Rompin,Temerluh dan Maran.
Bandar Raub merupakan lokasi pilihan saya untuk kawasan kajian bagi kursus JMS 418 Sejarah Kajian Tempatan. Tajuk kajian ini ialah “Sejarah Perkembangan Bandar Raub dari tahun 1900 hingga tahun 2000”. Memandangkan bandar ini merupakan sebuah bandar tradisional saya telah menetapkan jangka masa 100 tahun bagi melihat tahap perkembangan sosio-ekonominya.
Jangka masa yang panjang diperlukan kerana pada peringkat awal perkembangan Bandar Raub dengan perlahan kerana kawasan ini merupakan penempatan pinggir Pahang. Dalam jangka masa tersebut Bandar Raub telah memperlihatkan suatu perubahan daripada penempatan pendalaman Pahang menjadi bandar yang tersusun. Keadaan inilah yang telah menjadi faktor utama pemilihan sebagai kawasan kajian saya. Arus pemodenan itu bagaimanapun, tidak merubah struktur hidup masyarakat setempat yang merangkumi pelbagai bangsa , agama dan kebudayaan .
Objektif kajian ini adalah untuk melihat sejarah perkembangan sosial dan ekonomi Bandar Raub dari tahun 1900 hingga tahun 2000.
Dalam usaha menyiapkan kajian ini, saya telah menghadapi pelbagai masalah mengumpulkan bahan memandangkan tiada sebarang kajian pernah dibuat tentang kawasan ini, namun kerjasama penduduk telah membuahkan hasil yang baik dan membanggakan. Tambahan pula sumber dari Arkib Negara, Kuala Lumpur sedikit sebanyak dapat membantu. Data yang diberi oleh Bahagian Hal Ehwal Pahang di Perpustakaan Awam Pahang dan di Perpustakaan Awam Bandar Raub berjaya menjadikan latihan ini mencapai objektifnya.
Hakikatnya, Bandar Raub telah membangun selaras dengan pelaksanaan Rancangan Malaysia Kedua 1971- 1975 yang mana di dalamnya telah digarap Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan pertamanya, membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan keduanya, menyusun semula masyarakat Malaysia demi mengimbangkan kedudukan sosio-ekonomi antara kaum yang berbeza-beza. Yang paling signifikannya rancangan ini telah menganjurkan suatu usaha membangunkan masyarakat Malaysia untuk jangka panjang, yakni yang mengambil tempoh selama 20 tahun ( 1970-1990)[4].











BAB 2
LATAR BELAKANG BANDAR RAUB

2.1 Sejarah Awal Raub

Raub adalah salah sebuah dari 6 buah daerah yang terdapat di Pahang. Daerah Raub terdiri daripada 7 buah mukim iaitu Batu Talam, Sega, Semantan Ulu, Dong, Ulu Dong, Gali dan Tras. Ia juga mempunyai 37 buah kampung tradisional dan 9 buah kampong baru China . Raub berlokasi di sebelah barat negeri Pahang dan keluasannya ialah 2,271 kilometer persegi, iaitu 6.34% dari keluasan Pahang (35,823 kilometer persegi). Raub terletak antara dua banjaran, iaitu Banjaran Utama dan Banjaran Gunung Benom. Ketinggian Raub adalah 160 meter dari atas paras laut dengan purata suhu tahunan 79.5ยบ dan hujan tahunan kira-kira 200 sentimeter. Jarak Raub dengan Kuala Lumpur hanya 130 kilometer dan hanya akan mengambil masa 1½ jam untuk sampai ke pekan kecil ini melalui lebuhraya Kuala Lumpur Karak. Kajian ini hanya aka melibatkan kawasan bandar Raub yang merangkumi Bukit Koman, Sempalit dan kawasan pesekitaran bandar Raub.








BAB 3
ASAL USUL NAMA BANDAR RAUB

Menurut cerita lisan orang-orang tua daerah ini, bandar Raub telah di buka dalam kurun ke 18. Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai dua orang pemuda bersama ayah mereka telah melalui hutan menyusuri sebatang anak sungai. Setelah sekian lama berjalan mereka sampai ke tebat atau tebatan ( satu kawasan di mana air sungainya tersekat atau di gelar empang ). Sebaik sampai di situ, si ayah mengatakan kepada anaknya disitulah tempatnya yang paling sesuai untuk berehat. Kelihatan di kiri dan kanan tebatan itu amat bersih. Kedua pemuda itu bersetuju dengan cadangan ayah mereka. Merekapun mula membuka kawasan itu. Sekitarnya lalu didirikan sebuah pondok untuk kediaman mereka. Setelah itu ketiga-tiga beranak itu memasuki hutan untuk mencari rotan, getah jelutong dan sebagainya. Mereka juga memetik pucuk dedaun yang subur berhampiran tebatan untuk dijadikan makanan.
Satu hari salah seorang pemuda itu terpandang pohon-pohon paku yang menghijau dengan subur di tebatan. Dia terus pergi mencabut pohon-pohon paku tersebut. Apabila pohon-pohon itu tercabut, pemuda itu terkejut melihat cahaya berkerdipan dari pasir-pasir yang melekat pada akar pohon paku itu. Dia mencabut lagi beberapa pohon paku itu. Pemuda itu kembali mendapatkan ayahnya. Dia menceritakan peristiwa itu. Ayah dan saudaranya pergi sendiri untuk mempastikan sendiri. Nyata benar apa yang dinyatakan oleh anaknya tadi. Ayahnya meneliti dengan berhati-hati. Akhirnya memberitahu kedua anaknya ini emas.
Ahli Dewan Persuratan Melayu Pahang ( DPMP ) menemui bekas ketua kampung sempalit Encik Nasir Salleh untuk mengkaji asal usul nama Raub. Menurutnya Raub di buka oleh Tengku Laksamana Alang Shah bersama dua anak lelakinya Awang dan Kassim pada tahun 1882. Ketika itu Pahang belum bernaung di bawah pemerintahan Inggeris. Katanya Tengku Laksmana itu berasal dari Natar, Pagar Ruyung di Sumatera mengembara bersama anaknya melalui Kuala Kubu, Selangor mengikuti alur sungai dalam hutan belantara menuju ke sini. Setelah sekian lama mereka mengembara, di tebatan. Apabila sampai di kawasan tersebut Laksamana mendapati sesuai untuk membuka petempatan. Kedua-dua tebing tobak itu cantik kerana tanahnya berpasir dan menarik.
Kawasan itu sekarang merupakan padang besar Majlis Daerah Raub. Menurut Encik Nasir setelah membuka kawasan perkampungan mereka menanam pelbagai sayur-sayuran di tebing tanah berpasir itu. Dalam masa yang sama mereka mencari rotan, damar, getah jelutung dan memburu binatang berhampiran kawasan hutan. Pada satu hari Laksmana Alang Shah dan anaknya berhasrat untuk membuat gula paku lalu mereka ke tebatan tersebut lalu mencabut sepohon paku. Apabila pasir yang melekat itu bederai kelihatan serbuk emas. Sejak itu Laksmana dan anak buahnya meraub pasir dan tanah berlumpur disepanjang tebing sungai itu untuk mencari emas. Setiap kali meraub mereka amat gembira mendapat emas. Meraub menjadi buah mulut pendulang emas di situ, ungkapan itu timbulah cadangan menamakan tempat bertuah itu sebagai Raub.6
Ceritanya ini diakui kebenaran oleh tokoh budaya dan pengamal adat istiadat daerah ini, Encik Othman Sabudin 69 tahun. Menurutnya sekitar 1882 seorang ahli agama bernama Haji Abu yang berasal dari Sumatera datang ke Raub bersama anak buahnya. Walaupun ada percanggahan dari segi tokoh yang menerokai bandar ini tetapi cerita asal usul bandar ini adalah sama iaitu daripada kegiatan meraub emas di kawasan tersebut.
Ada satu pendapat terpencil yang menyatakan asal nama daerah Raub itu sebenarnya berpunca daripada nama suku “ RAO” digelar Rawa oleh orang semenanjung yang begitu ramai sekali mendominasi jumlah kawasan terbabit hinggakan daerah Raub terkenal dengan lubuk orang Rao dinegeri Pahang. Dengan peredaran masa cara percakapan telah bercampur gaul dengan cara pertuturan orang Pahang akhirnya Rao itu berubah menjadi Raub iaitu daerah yang paling ramai dihuni oleh suku Rao yang asalnya dari Sumartera barat. Bukanlah satu kebetulan barangkali apabila dibuat perbandingan bahawa daerah asal orang Rao ialah di Sumatera barat dan apabila tiba di Pahang mereka berkampung halaman di Raub yang letaknya di Pahang barat. Malah rupa buminya dengan bukit bukau dan lembah untuk dibuat sawah padi dialiri oleh sungai saling tak tumpah dengan bentuk bumi tanah kelahiran suku Rao. 7
Kawasan yang bernama Raub di Hulu Pahang adalah salah satu daripada tempat di Pahang yang kaya dengan bijih emas dan bijih timah sejak zaman dahulu lagi. Daerah Raub dahulunya tidak berdiri sendiri tetapi sebahagian jajahan Lipis atau Hulu Pahang yang luas dan subur. Berdasarkan cerita orang-orang tua dahulu asal usul nama daerah istimewa ini berpunca daripada meraub emas dari tebing sungai dengan begitu mudah sekali dengan menggunakan tangan kosong kerana banyak kandungan emas yang terbenam di bumi Raub. Ketika itu salah satu tapak yang mengandungi banyak emas ialah di kawasan padang di kaki bukit Rumah Rehat Raub yang dahulunya kawasan berair dan menjadi laluan angkatan bergajah para perniaga dari Hulu Pahang menuju ke Kuala Kubu, Selangor. Sebilangan orang tua menyebut nama raub mula dikenali setela Raja Impeh bin Raja Abdullah dan abangnya Raja Ismail bin Raja Abdullah datang dari Selangor membuka lombong emas secara giat di sekitar kawasan bandar Raub dan Sempan.8
Dapatlah disimpulkan daripada cerita lisan tersebut hampir sama jalan ceritanya yang berkaitan dengan nama bagi bandar Raub yang diberi sempena nama meraub kawasan emas. Oleh itu Raub mendapat nama dan kekal sehingga kini.



















BAB 4
HUBUNGAN BANDAR RAUB DENGAN PERLOMBONGAN EMAS BRITISH

Perkataan Raub dalam Bahasa Malaysia bermaksud genggam. Mengikut sejarah, pusat perlombongan ini dinamakan Raub selepas pelombong-pelombong menjumpai seraub emas pada setiap dulang pasir. Hal ini dinyatakan dengan menarik oleh J.A. Richardson dalam bukunya, The Geology and Mineral Resources of the Neighbourhood of Raub Pahang. Menurutnya,

"People found that for every "dulang" of sand there was a handful (raub) of gold" .

Raub menjadi terkenal pada awal abad ke-20 kerana hasil emasnya. Syarikat lombong emas yang mengusahakan perlombongan di daerah ini ialah Raub Australian Gold Mine (R.A.G.M) yang didaftarkan pada 1889 di Queensland, Australia. RAGM juga dikenali sebagai Raub Gold Mine. Pada awalnya syarikat lombong ini dikenali sebagai Australian Syndicate Ltd dan kemudian Australian Gold Mining Co. Ltd pada 1892. RAGM beroperasi sehingga 1961.
Kaedah perlombongan yang dijalankan di daerah Raub adalah kaedah bawah tanah (shaft mining) dan ia dimulakan di Lubang Raub (Raub Hole). Daerah yang terlibat dengan perlombongan emas ialah Bukit Koman dan dipercayai perlombongan telah meliputi kawasan bawah tanah hingga ke bandar Raub. Kawasan bawah tanah antara pekan Bukit Koman dan bandar Raub adalah berlubang dan ini meninggalkan kesan yang buruk kepada pembangunan fizikal bandar. Hingga kini Raub tidak boleh mendirikan bangunan-bangunan tinggi.
Kegiatan perlombongan emas telah meninggalkan warisan sejarah yang berharga untuk bandar Raub. Kebanyakan nama jalan-jalan utama bandar Raub sebelum 1980-an adalah sempena nama pengurus lombong RAGM. Misalnya jalan Bibby Road, sempena nama pengurus pertama, William Bibby dan Mason Road yang juga sempena nama salah seorang pengurus lombong zaman berkenaan.
Kemajuan perlombongan juga menyebabkan bandar Bukit Koman kawasan di mana R.A.G.M beroperasi menjadi terkenal dan mendapat jolokan "Ibu Emas Malaysia". Ia seolah-olah menjadi pusat pelancungan daerah Raub. Ramai pelawat-pelawat asing dari England, Singapura dan beberapa negara lain mengunjungi bandar ini dengan tujuan untuk melihat sendiri kegiatan perlombongan emas. Bandar Bukit Koman juga menikmati pelbagai kemudahan selepas R.A.G.M. memulakan kegiatan. Antaranya jalanraya yang menghubungkan bandar Bukit Koman dengan daerah Raub dan dengan Kuala Lumpur, rumah sembelih binatang, kedai, bekalan letrik dan berek tempat tinggal untuk para pekerja dan sebuah sekolah rendah berpenghantar bahasa Cina, Yuh Hwa yang dibina pada 1907. Ia disifatkan sebagai sekolah kebangsaan Cina kedua tertua di Malaysia.
Ancaman Komunis di semenanjung dan khususnya di daerah Raub pada tahun-tahun 40-an menyebabkan langkah-langkah diambil untuk mendirikan penempatan-penempatan baru. Hasilnya muncul kampung-kampung baru yang kekal hingga ke hari ini. . Kampung-kampung baru tersebut ialah Cheroh (1948), Sang Lee (1948), Sungai Ruan (1948), Sungai Chetang (1948), Bukit Koman (1949), Sempalit (1950), Sungai Lui (1950), Tras (1950) dan Sungai Klau (1960). Sesiapa sahaja yang melawat Bukit Fraser melalui jalan Kuala Kubu tidak akan terlepas dari melihat beberapa kampung baru ini (Sang Lee dan Tras) dalam perjalanan mereka ke pusat peranginan ini.

BAB 5
SEJARAH PERKEMBANGAN BANDAR RAUB

5.1 Sebelum Kedatangan British

Walaupun kajian ini melibatkan sekitar tahun 1900 tetapi perlu juga dimasukkan sejarah perkembangan awal bandar Raub untuk melihat perubahan yang akan berlaku. Bandar Raub sebelum kedatangan British adalah terdiri dari masyarakat orang Melayu dan orang Asli. Mereka berkecimpung dalam pertanian sara diri, mencari hasil hutan seperti madu, rotan, damar, buah-buahan serta binatang sebagai makanan. Ekonomi ketika itu berkembang setempat dan hanya melibatkan penduduk di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun perlombongan emas juga dilakukan secara kecil-kecilan dan diusahakan oleh orang-orang Melayu.
Sebelum itu ada pendapat yang menyatakan Raja Impeh mula membuka kawasan lombong emas di Raub secara giat disekitar tahun 1880-an manakla abangnya Raja Ismail tiba lebih awal di Raub daripada beliau.9 Kedua-dua bersaudara ini dikatakan menyokong Engku Muda Mansor yang hendak memberontak melawan abangnya Sultan Ahmad ibni Bendahara Tun Ali pada tahun 1884. Jelas terbukti pada ketika Raja Impeh mencari lombong emas baru pada tahun 1884 nama Raub mula disebut orang.10
Sebelum campurtangan British di Pahang adalah amat sukar untuk diketahui oleh ahli-ahli sejarah. Beberapa kurun berikutnya selepas kedatangan Portugis ke Melaka, pengetahuan mengenai Pahang hanya sedikit sahaja. Mereka hanya mengetahui bandar Pekan dan muara sungai Endau. Pada umumnya jika dibandingkan dengan sumber yang lain ada menyebut mengenai Kampung Raja, pelabuhan peniagaan Pekan dan satu lombong emas yang terletak di kawasan pendalaman Pahang.11
Oleh kerana pada masa tersebut emas banyak didapati di Pahang orang-orang Minangkabau berhijrah ke sini. Mereka membuat petempatan di kawasan seperti Triang, Sungai Bera dan termaksuklah bandar Raub. Mereka bersama-sama orang Asli mengusahakan perlombongan emas. Orang Melayu juga turut terbabit dalam perlombongan. Mengikut W.Linehan terdapat bukti-bukti yang menunjukkan terdapat kolonialisasi orang Minangkabau di Pahang. Antaranya ialah penduduk-penduduk yang kebanyakkan itu kebanyakannya tempatan itu, mereka berasal dari Minangkabau. Keturunan Maharaja Purba Jelai dan Orang Kaya Pahlawan Chenor.12
Orang-orang Melayu melombong emas pada masa itu dengan menggunakan teknik melampan atau mendulang. Dulang itu sesuai digunakan di sungai dan di anak sungai yang tohor airnya. Dengan menggunakan alat bijih emas, ketul-ketul batu kecil, pasir lumpur disodok dan kemudiannya material tersebut diayak didalam air. Dengan cara ini bijih emas itu dapat diasingkan. Orang-orang Melayu di Raub menggunakan proses yang sama dan tidak memerlukan modal yang tinggi seperti pada zaman perlombongan emas oleh British. Kebiasaanya pekerjaan mereka adalah merupakan kerja sambilan dan dilakukan pada waktu tertentu sahaja.
Penulis-penulis sejarah seperti Abdullah Mushi, Edward Gray dan sebagainya banyak memaparkan kawasan perlombongan emas terutamanya di Raub. Berdasarkan laporan seorang pegawai dan pengembara British yang bernama Edward Gray yang melawat Pahang pada tahun 1827,
“ Hari itu juga saya hantarkan lima peti candu kepada saudagar Pahang, dan saya menjualkan sepuluh ketul candu yang kurang baik mutunya dengan kiraan harga 80.00 bertukar dengan emas urai yang berharga 20.00 sebungkal.” 13

“Orang-orang di situ mengatakan Datuk Bendahara dengan seorang Kapitan China telah mudik ke Jelai ke tempat orang mencebak emas, lima belas hari lamanya baru sampai di Jelai. Berlaksa ramainya orang tinggal di sana. Tempat itu ramai dan ramai orang berniaga di situ.”14

“Selain itu Abdullah Musyi juga mengatakan bahawa emas merupakan bahan dagangan yang banyak sekali dieksport oleh Pahang.” 15

Jelaslah di sini bahawa sememangnya aktiviti perlombongan emas bermula semenjak awal lagi termaksuklah di bandar Raub.

5.2 Zaman Penjajahan British

British sememangnya berhasrat untuk campurtangan dalam hal ehwal negeri Pahang kerana terpesona dengan cerita mengenai kekayaan dan pendapatan yang tinggi terutama dalam bidang perlombongan. Hal ini jelas melalui pendapat beberapa orang tokoh British seperti J.P Rodger, Abdullah Musyi dan sebagainya. Diantara tahun 1882-1885 kawasan di Raub telah diterokai oleh pelombong-pelombong Eropah seperti William Frazer, George Scaife, Walter Knaggs dan Willam Cameron.16
Perusahaan perlombongan emas yang dijalankan oleh masyarakat Eropah telah menjejaskan perusahaan perlombongan terutama yang diusahakan oleh orang Melayu dan China. Berlakulah rasa tidak puas hati dikalangan masyarakat tempatan. Masyarakat China khususnya yang kehilangan pekerjaan sangat marahkan pelombong-pelombong British. Untuk menyelesaikan masalah tersebut British mengambil semula pekerja China dalam kegiatan melombong di Bandar Raub.
Cara perlombongan yang dijalankan orang Eropah adalah berbeza dengan cara perlombongan yang dijalankan oleh masyarakat tempatan, dimana mereka menggunakan buruh yang sedikit dan banyak menggunakan alatan perlombongan moden. Mereka juga menggunakan modal yang besar dalam proses pengeluaran perlombongan.17
Walaubagaimanapun dalam proses perlombongan tersebut pihak British menghadapi pelbagai masalah kerana perusahan di Raub ini masih dalam peringkat percubaan. Masalah yang paling rumit sekali mengikut catatan British ialah perlombong-perlombong menghadapi masalah ketiadaan jalan raya mahupun jalan kereta api. Jalan perhubungan amatlah penting untuk memudahkan mereka membawa hasil perlombongan di Bandar Raub ke luar. Jalan yang digunakan hanya jalan denai dan jalan sungai. Kesukaran ini menyebabkan kos yang tinggi .
Pada peringkat awal ini syarikat-syarikat perlombongan belum mencapai pencapaian yang memuaskan. Mereka bukan sahaja menghadapi masalah pengangkutan tetapi turut menanggung masalah penyakit demam malaria,buruh dan kemudahan asas yang lain.

5.2.1 Sejarah Penubuhan Dan Perkembangan Syaraikat Perlombongan Emas Pada Peringkat Awal

Kawasan perlombongan emas di bandar Raub dikenali dengan nama Pahang Gold Belt. Ianya meliputi kawasan perlombongan seluas 14000 batu persegi. Syarikat yang menjalankan perlombongan di bandar Raub ialah Syarikat Perlombongan emas Australia Raub ( Raub Australian Gold Mine Company Limited/ R.A.G.M ) . Mereka menjalankan perlombongan di kawasan Bukit Koman yang juga dikenali dengan nama Raub Hole.
Syarikat ini diketuai oleh seorang Pengurus Besar. Beliau bertanggungjawab dalam mengurus, mencatat dan melaporkan kemajuan lombong . Pada peringkat awal ini terdapat 9 orang pengurus besar iaitu : 18
Jadual 1: Nama Pengurus Besar Syarikat R.A.G.M.
Nama Pengurus Besar
Tempoh Perkhidmatan
1. William Bibby
1892-1896
2. L.L Beiley
1897
3. Gilbert B. Whyte
1898-1899
4. W.N Bibby
1900
5. Waters
1901-1902
6. C.C Lock
1903-1905
7. Martin
1906-1909
8. J. Cates
1910
9. Frank William
1911-1914

Sebelum itu mengikut laporan Syarikat Perlombongan , sistem pengangkutan yang digunakan ilah kereta lembu. Jalan perhubungan melalui denai-denai hutan. Pada masa hujan denai ini menjadi becak dan berlumpur. Lebar denai ini biasanya dua atau tiga kaki dan boleh dilalui orang yang berjalan kaki dan berkereta lembu sahaja. Jalan keretai pendek telah dibina dan tahun berikutnya mesin penghancur lombong telah bertambah menjadi 100 buah yang menggunakan kuasa eletrik. Laporan syarikat menunjukkan perkembangan dan kemajuannya menyebabkan bandar Raub telah berkembang dengan pesatnya.19
Apabila William Bibby sampai dilombong Raub, beliau mendapati betapa sukarnya untuk membawa emas keluar dari kawasan itu untuk dieksport disebabkan oleh sistem pengangkutan yang buruk. Justeru itu beliau mencadangkan supaya diadakan perubahan pengangkutan seperti membina jalan raya sejauh tiga batu melalui paya-paya dan hutan-hutan untuk memperbaikai sistem pengangkutan disitu.
Berikutan dengan terjumpanya emas di Raub Hole, lombong di Bukit Koman di buka. Pembukaan lombong itu mendatangkan implikasi yang baik kerana lombong tersebut mengeluarkan ketul-ketul batu emas yang lebih banyak. Lombong Raub terletak di satu lembah yang sempit mengunjur dari utara ke selatan. Di baratnya terletak kaki bukit Banjaran Gunung Besar, di timur terdapat beberapa buah bukit kecil. Mengikut laporan pribumi di situ, tempat itu kaya dengan penemuan emas semenjak zaman dahulu lagi sehinggakan emas yang dijumpai di kawasan itu ditaksirkan berjumlah satu hingga dua setengah aun pada tiap-tiap satu tan bijih. Panjang barisan bijeh lebih kurang seratus ela dan kesan daripada perjumpaan itu amatlah menakjubkan.20
Lombong Raub Hole dan Stope di buka di lembah itu. Di selatan lombong-lombong itu, bandar Raub didirikan. Berhampiran dengan Bandar Raub, iaitu di sebelah timurnya terdapat Lombong Raub Selatan. Di utara Bandar Raub terletak Eastern Lode Rine. Penggalian perlombongan melibatken kedalaman sehingga 150 kaki. Walaubagaimanapun sehingga tahun 1914, banyak lombong telah ditutup dan dibuka. Antara yang telah ditutup ialah Lombong Stope, Old raub Hole, Estern lode, Western Lode dan Bukit Hitam. Lombong yang dibuka ialah Lombong Bukit Koman dan Anderson.21
Untuk membuktikan lagi perusahaan perlombongan emas pada peringkat awal di bawah menunjukkan pengeluaran Syarikat Perlombongan Emas Australia Raub 1893-1914.
Jadual 2: Pengeluaran Syarikat Perlombongan Emas Australia Raub 1893-1914.22
Tahun
Jumlah Pengeluaran (Aun)
1893-1896
16,564
1897-1900
44,420
1901-1904
38,748
1905-1908
46,072
1909-1912
49,072
1913-1914
26,246

Akibatnya bandar Raub menjadi bandar yang terpenting dan memiliki penduduk yang ramai dan terlibat dalam aktiviti perlombongan. Berbanding dengan daerah-daerah lain di Pahang Raub mencatatkan jumlah penduduk yang lebih ramai dan memiliki sistem jalanraya yang lebih panjang kerana aktiviti mengangkut emas untuk dipasarkan.
Dengan adanya kemudahan jalan raya dan berkembang pesat proses urbanisasi di Raub, ianya dianggap seakan-akan terletak di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan bukannya di Pahang.23

5.2.2 Penubuhan dan Perkembangan Syarikat Perlombongan Emas Pada Peringkat Pertengahan 1915-1941

Pada peringkat ini banyak cabaran yang dihadapi oleh R.A.G.M terutamanya setelah meletus perang dunia pertama. Antaranya kesulitan yang dihadapi untuk mendapatkan tenaga buruh. Kekurangan tenaga buruh mengakibatkan kos buruh yang tinggi. Selain kenaikan harga peralatan perlombongan kos pengangkutan. Sebagai contoh syarikat ini mengeluarkan kos sebanyak 2,163 dalam tahun 1915 dan 1917 mencatat kadar yang paling rendah iaitu 354. 24
Pada peringkat ini terdapat tiga corak perlombongan yang telah digunakan iaitu lombong dedah, kapal korek dan lombong shaf, tetapi corak perlombongan bawah tanag merupakan yang paling penting sekali. Kemajuan perlombongan bawah tanah sukar untuk dijalankan kerana kekurangan tenaga mahir . Walaubagaimanapun pengeluarannya bertambah baik dalam tahun 1928-1934 iaitu semasa zaman kemelesetan ekonomi dunia.
Pada tahun 1931 banjir besar telah berlaku menyebabkan lombong emas di bandar Raub tenggelam. Selama tiga bulan usaha perlombongan tidak dapat dijalankan. Usaha-usaha pengeringan air dijalankan untuk membolehkan usaha perlombongan kembali semula. Berikutan itu syarikat ini mengalami pengurangan hasil.25
R.G.A.M telah menambahkan kemudahan alatan seperti jentera, kemudahan janakuasa di Sempan yang dapat memberi kemudahan bekalan elektrik. Pembinaan jalan raya baru selain itu sejumlah lori pengangkut telah dibeli dalam tahun 1936, bagi mengatasi masalah kekurangan lori.26
Pada peringkat inilah yang merupakan pengeluaran paling tinggi sekali serta menguntungkan jika dibandingkan dengan peringkat yang lain. Pengeluaran yang tinggi disebabkan skop operasi perlombongan yang luas dan tersusun. Program perlombongan yang teratur serta buruh yang mencukupi.

5.2.3 Penubuhan dan Perkembangan Syarikat Perlombongan Emas Pada Peringkat Akhir 1942-1961

Pada tahap ini R.A.G.M mengalami zaman kemerosotan dan menuju kearah kejatuhannya. Pada masa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu syarikat ini telah ditutup buat sementara waktu. Jepun talah mentadbir negeri Pahang selama tiga tahun setengah. Jepun menguasai lombong emas di bandar Raub untuk mendapatkan hasil lombong yang berniali tinggi. Para perlombong Australia telah kembali semula ke tempat mereka. Syarikat ini menyerahkan lombong buat sementara kepada seorang perlombong China yang kaya iaitu Tan Yew Kee. Jepun tidak masuk campur namum mencuri hasil emas tersebut.27
Apabila Jepun menyerah kalah syarikat ini kembali semula mengusahakan perlombongan namun menghadapi pelbagai masalah terutama buruh dan jentera. Selain itu syarikat ini juga menghadapi masalah yang besar iaitu pengistiharan darurat pada tahun 1948. Daerah Raub pada masa itu menjadi tumpuan penganas komunis menyebabkan kesukaran kepada pengusaha lombong.
Bandar Raub telah diumumkan kawasan putih iaitu kawasan yang tidak lagi menghadapi ancaman pengganas komunis dalam tahun 1956. Dengan tamatnya ancaman itu usaha perlombongan diteruskan kembali.
Pada keseluruhannya pada tahap ini pengeluaran dan keuntungan syarikat mengalami kemerosotan. Pada penghujung 1950an, telah bermula kemerosotan R.A.G.M . Antara masalah besar ialah isu pemogokan pekerja China yang kemudian meninggalkan kawasan perlombongan sebaliknya bekerja di ladang-ladang getah dan berniaga di sekitar bandar Raub. Upah yang rendah juga memungkinkan rasa tidak puashati para perlombongan.
Perkara yang paling malang sekali ialah pada March 1957 hingga 1958 berlaku sekali lagi kemelesetan ekonomi dunia. Hanya lombong di Raub Hole dan Derrik yang masih mampu untuk menyumbangkan penghasilan yang tinggi. Syarikat ini berpendapat adalah lebih baik untuk menghentikan perlombongan di bandar Raub. Lagipun pada 1958 berlaku banjir besar mengakibatkan kematian 12 orang perlombong. Akibatnya pekerja lombong menjadi takut untuk bekerja semula. Buktinya pada tahun 1959 hanya 377 orang bekerja jika dibandingkan pada tahun 1957 seramai 615 orang pekerja.28
Lombong emas di bandar Raun langsung ditutup apabila berlaku kerosakan stesen janakuasa elektrik di Sempam dan Bukit Koman. Akibatnya berlaku kekurangan tenaga dan mengakibatkan mesin-mesin tidak dapat digerakkan. Segala jentera, lori dan lain-lain barang-barang kemudian telah dijual kepada pemborong tempatan.
Penutupan lombong di bandar Raub mengakibatkan kesan yang buruk apabila bandar Raub menjadi bandar yang sunyi dan kurang penting. Kampung Bukit Koman turut terjejas. Akibatnya ramai yang telah berpindah berdekatan bandar Raub untuk menjalankan kegiatan pertanaian dan peruncitan.

5.3 Sejarah Perkembangan Zaman Kini Sehingga Tahun 2000.

Selepas melalui zaman cemerlang dalam perlombongan emas bandar Raub mula menjadi bandar mati dan tidak seramai sewaktu perlombongan masih berjalan. Walaubagaimanapun penduduk dan kegiatan ekonomi berubah dimana bandar Raub berkembang sejajar dengan perkembangan ekonomi negara. Untuk melihat perkembangan akan diterangkan dalam bab seterusnya.
Tiada lagi usaha perlombongan dijalankan baik kerajaan mahupun syarikat dan juga penduduk. Luas kawasan yang dilombong iaitu 11, 756 ekar.29 Kawasan yang luas ini ditinggalkan terbiar dan ada yang dipenuhi semak samun dan berlukar. Walaupun begitu ada juga penduduk yang menguasahakan pertanian seperti penanaman getah dan kelapa sawit di atas tanah lombong tersebut manakala Majlis Daerah Raub pula menjadikan sebagai tempat rekrasi seperti taman permainan kanak-kanak, padang golf dan kawasan memancing ikan.
Pada peringkat ini masyarakat bandar Raub mengusahakan pertanian seperti penanaman kelapa sawit, getah, koko, buah-buahan dan ada juga yang berkecimpung dalam bidang perniagaan, pengangkutan dan perkhidmatan. Tambahan pula bandar Raub terkenal dengan penghasilan durian yang bermutu tinggi. Kebanyakan pertani dan pekerja tersebut berasal dari bandar Raub sendiri . Masyarakat majmuk ini terdiri dari masyarakat Melayu yang banyak mendiami Kampung Melayu Sempalit, Sempan, Kampung Simpang Kallang dan di bandar Raub. Masyarakat China pula lebih ramai tinggal di kampung baru sempalit, Tras, Bandar Raub dan di Sungai Ruan.
Terdapat juga kawasan Felda seperti Felda Tersan, Felda Lembah Klau dan Felda. Tanah rancangan Felcra dan Risda juga terdapat di bandar Raub. Mara pula melibatkan aktiviti perniagaaan di bandar untuk membantu Bumiputera supaya dapat melibatkan diri dalam bidang perniagaan.
Bandar Raub mula berkembang dari kawasan perlombongan emas di Bukit Koman dan telah bertukar ke Bandar Baru yang terletak berhampiran dengan padang Majlis Daerah Raub. Dalam bab seterusnya akan membincangkan kemajuan dari sudut sosio ekonomi bandar Raub.















BAB 6
SEJARAH PERKEMBANGAN SOSIO EKONOMI BANDAR RAUB

6.1 Sejarah Perkembangan Penduduk

Sebelum British menguasai bandar Raub, penduduk agak sukar untuk mencari jumlah bilangan secara tepat. Pada masa ini kebanyakkan penduduk terdiri dari bangsa Melayu, China dan sedikit orang Eropah. Akibat terjumpanya emas di bandar Raub menarik perhatian orang Minangkabau untuk berhijrah mencari sumber ekonomi yang bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan. Saudagar Eropah dan China melabur dalam usaha untuk mencari emas. Penduduk Bandar Raub pada masa ini hanya mendirikan penempatan mereka di sekitar kawasan lombong yang dikuasai oleh syarikat konsensi.
Semasa penjajahan British barulah ada sumber yang menunjukkan jumlah penduduk Bandar Raub. Apabila British mula campurtangan Bandar Raub bertukar menjadi satu kawasan perlombongan yang menarik penghijrahan penduduk ke bandar Raub. Jumlah penduduk di bandar Raub b rkaitan dengan bilangan tenaga buruh yang terlibat dalam perusahaan perlombongan. Mereka bekerja sebagai pelombong, membina jalan, menebang kayu balak dan sebagainya.
Jadual 3: Anggaran penduduk di Ulu Pahang 30
Kawasan
Melayu Eropah India China Lain-lain
Jumlah
Ulu Pahang
19556 41 25 909 1899
22430

Walaupun secara keseluruhan jadual ini menunjukkan jumlah penduduk di Ulu Pahang sekitar tahun 1891 oleh Census31 secara keseluruhan namum boleh digunapakai untuk menunjukkan perkembangan penduduk bandar Raub jika dibandingkan dengan sebelum kedatangan British ke Pahang.

Jadual 4 :Pusat Perbandaran Di Pahang Mengikut Jumlah Penduduk Dalam Tahun 1939 32
Kumpulan
Nama bandar
Jumlah Penduduk
Penduduk bandar (%)
5 ribu keatas
Kuantan
Bentong
Bandar Raub
7 000
6 000
5 880
10.9

18.07
3000 - 4999
Kuala Lipis
Sungai Lembing
4 500
3 500
2.5
1000 -2999
Mentakab
Temerloh
Pekan
Beserah
2 500
1 500
1 500
1 500


Berdasarkan jadual di atas mendapati bilangan jumlah penduduk di bandar Pahang sekitar tahun 1939. Bandar Raub jumlah penduduknya sekitar 5 880 orang dan merupakan bandar yang ketiga tertinggi dalam bilangan penduduk, sedangkan bandar Raub hanya bandar kecil serta jumlah penduduk tidak merangkumi daerah Raub yang jumlah penduduk sekitar 30 ribu orang. Jumlah penduduk ini bertambah kerana ramai Buruh yang bekerja dengan Syarikat Perlombongan Emas Australia-Raub.
Urbanisasi berlaku di bandar Raub. Bandar Raub menjadi tumpuan pekerja mencari pekerjaan. Buruh-buruh lebih senang tinggal di bandar Raub kerana terdapat kemudahan asas seperti elektrik, air dan kemudahan pasarana perniagaan. Lagipun jarak lombong dan bandar Raub hanya 2 batu sahaja. Buktinya jelas bandar Raub mencatatkan 18.07 peratus daripada penduduk Pahang.
Penutupan syarikat perlombongan di bandar Raub telah menimbulkan kesan yang amat buruk. Bukit Koman pusat perlombongan utama mengalami kesan yang paling buruk dalam penghijrahan penduduk. Pekan ini menjadi bandar mati. Ramai penduduknya berhijrah ke tempat lain terutama ke Bentong dan Lipis untuk mencari rezeki lain.
Walaubagaimanapun data yang diperolehi melalui bancian yang dijalankan pada tahun 1970 sehingga 1980 mendapati penduduk di Bandar Raub masih lagi mengalami peningkatan walaupun sektor perlombongan emas tidak berjalan lagi. Berikut merupakan data yang diperolehi:33

Jadual 5: Saiz Penduduk Penempatan Bandar Raub 1970 Hingga 1985.
1970
1980
1985
18,433
19,987
20,100

Berdasarkan maklumat di atas didapati bahawa sejarah perkembangan penduduk bandar Raub tetap berubah. Jika dilihat secara keseluruhan bilangan penduduk bandar Raub pada tahun 1970 sebanyak 18,433 orang meningkat kepada 19,987 dan seterusnya naik walaupun sedikit kepada 21,100 dalam tahun 1985.
Jumlah penduduk di Bandar Raub semakin meningkat setiap tahun. Jumlah penduduk di bandar Raub sekitar tahun 1991 hingga 2000 seperti berikut :34



Jadual 6: Unjuran Penduduk Daerah Raub 1991-2000
Tahun
Bandar
Luar Bandar
Jumlah
1991
20, 940
52,081
73,021
1995
21, 838
59,470
81,308
2000
23,669
70,382
94,051

Berdasarkan jadual di atas pertumbuhan penduduk di Bandar Raub semakin meningkat jika dibandingkan antara tahun 1991 sehingga 2000. Jumlah penduduk mencatatkan kadar tertinggi pada tahun 2000 iaitu sekitar 23, 669 orang penduduk kenaikan sebanyak 2729 orang. Walaubagaimanapun daerah Raub telah mengalami migrasi keluar melebihi migrasi masuk. Dalam tempoh 1980 sehingga tahun 1991 seramai 9,490 orang. Kadar migrasi ialah sebanyak 1.2% setahun.35 Pertumbuhan penduduk bagi bandar Raub adalah negatif 0.8% manakala pertumbuhan luar bandar 2.2% setahun. Sebagai kesimpulan jelaslah bahawa sejarah perkembangan bandar Raub amat menarik untuk dikaji kerana walaupun tiada lagi perlombongan tetapi bandar Raub tetap mengalami pertumbuhan jika dilihat dari tahun 1970 sehingga tahun 2000.
Berikut merupakan kawasan perumahan dan penempatan penduduk bandar Raub iaitu Taman Raub Jaya 1&2, Jalan Tras, Taman Lee Man, Jalan Lipis, Jalan Cheroh, Jalan Pekeliling, Lorong Bibby, Batu 11/12 Bukit Koman, Taman Sentosa, Taman Abu Bakar, Taman Bahagia, LKNP Maju 1, Taman Muhibah, Kampung Baru Sungai Lui, Kampung Sempam Baru, Taman Muhibah Bukit Koman, Kampung Baru Bukit Koman, Kampung Melayu Sempalit, Kampung Simpang Kallang, Taman Sri Raub, Taman Hutan Emas dan Kampung Baru Sempalit.36 Menjelang tahun 2000 sejarah perkembangan kawasan pertempatan di bandar Raub semakin meningkat dengan perancangan dan pembinaan rumah baru bagi menampung permintaan daripada penduduk bandar Raub yang semakin bertambah.

6.2 Sejarah Perkembangan Komunikasi dan Kemudahan Infrastruktur

Mengikut catatan sejarah sebelum kedatangan British masyarakat tempatan menggunakan jalan denai yang menghubungkan antara satu kawasan dengan kawasan yang lin. Jalan denai ini amat sukar kerana hanya berjalan kaki dan berkereta lembu sahaja yang boleh melalui. Adalah sukar bagi penguasaha lombong untuk mengeluarkan hasil lombong melalui jalan denai. Ketiadaan jalan perhubungan moden seperti jalan raya dan keretapi . Sebelum tahun 1895 mengikut laporan Syarikat Perlombongan emas Raub sistem pengangkutan yang digunakan ialah kereta lembu. Jalan perhubungan yang digunakan ialah denai-denai. Pada masa hujan denai ini akan menjadi becak dan berlumpur. Lebai jalan ini biasanya dua atau tiga kaki dan boleh dilalui oleh perjalan kaki dan berkereta lembu. Jalan perhubungan amat penting kawasan perlombongan letaknya terpencil di Ulu Pahang. Jalan denai dan sungai yang digunakan ialah Sungai Pahang dan jalan penarikan. Jalan darat menghubungkan jalan Ulu Lipis dengan Ulu Slim, Tras dengan Kualan Kubu dan ulu semantan dengan Ulu Kelang. Kesukaran tiadanya jalan mendatangkan kos yang tinggi dalam proses perlombongan.
Bandar Raub telah berkembang pesat dalam sejarah komunikasi dan kemudahan infrastruktur. Hal ini tidak menghairankan kerana semenjak awal lagi British akan menyediakan kemudahan yang lengkap sekiranya sesuatu kawasan tersebut memberi pulangan ekonomi. Apabila William Bibby sampai di lombong Raub beliau mendapati sukar membawa emas keluar dari kawasan untuk dieksport. Beliau mencadangkan supaya diadakan perubahan pengangkutan seperti membina jalan sejauh tiga batu melalui paya-paya dan hutan-hutan .37
Perkembangan perlombongan emas telah mendatangkan perubahan pesat dlam bidang komunikasi terutama sekali jalan raya. Jalan raya yang dibina pertama kali menghubungkan Raub dengan Kuala Kubu, Bentong, Penjom dan Kechau. Jalan perhubungan semakin panjang lagi dimana dalam tahun 1909 jalanraya dibina menghubungkan Raub ke Kuala Lumpur. Bandar Raub juga mempunyai jalan yang lebih banyak jika dibandingkan dengan bandar Kuantan, Lipis, Temerloh dan Pekan.
Jadual : Perbandingan diantara Daerah Raub dengan daerah lain yang terdapat di Pahang dari segi jalan raya.38

Jadual 7: Perbandingan Jalan raya di Pahang Dalam Tahun 1909.
Daerah
Jalan raya dalam batu persegi
Jalan raya perkapita
Raub
108
0073
Kuantan
001
00008
Lipis,Temerloh dan
Pekan
0015
0002

Berdasarkan angka-angka di atas Raub menduduki tempat teratas dari segi panjang dan banyaknya jalanraya. Perbezaan jauh ketara antara ketiga-tiga bandar ini. Lihat antara Raub dengan Kuantan begitu jauh. Jalan-jalan raya ini untuk memudahkan syarikat perlombongan membawa hasil keluar.
Jalan raya di bandar Raub dibina dengan sempurna melibatkan sejauh 22 batu. Jalanraya ini memudahkan lori melalui dan membawa jentera-jentera untuk proses perlombongan.39 Berikut merupakan jarak jalan yang telah di bina Raub ke Kuala Kuala Lumpur sejauh 82 batu, Raub ke Gap 23 batu dan Raub ke Bentong sejauh 29 batu, Raub ke Kuala Lipis 38 batu , Raub ke Bukit Koman 2 batu dan Raub ke Tras 8 batu.40
Sekitar tahun 1920 kereta loko telah digunakan. Penggunaan kereta loko memudahkan mereka membawa emas dengan kadar yang banyak. Syarikat perlombongan membawa masuk lori, jentera berat dan alatan lain untuk melipatgandakan usaha mencari emas.
Jalan raya asal yang dibina oleh pihak British masih digunakan lagi oleh pengguna tempatan. Sebagai contoh jalan raya di bandar Raub merupakan jalan yang dibina oleh British. Cuma jalan raya tersebut diperbesar dan di tar semula. Hanya pada tahun 1999 jalan raya baru di bina bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar Raub terutama di pusat bandar.
Sekitar tahun 1970 sehingga 1985 banyak perubahan telah dilaksanakan untuk meningkatkan lagi pasaranan jalan. Terdapat tiga jenis jalan iaitu jalan bandaran, jalan negeri dan jalan persekutuan. Berdasarkan rekod jumlah km jalan persekutuan di bandar Raub ialah 200.1km manakala jalan negeri seluas 227.7km.41 Jalan bandaran dibina menghubungi kawasan rumah terutama di kampung dan dibandar Raub itu sendiri.
Pada 1991 terdapat beberapa cadangan untuk meningkatkan lagi sistem jalan raya di bandar Raub. Antara cadangan yang dibuat ialah menaiktaraf jalan raya utama di bandar Raub seperti menaiktaraf laluan 8 laluan antara Bentong-Raub dan Gua Musang yang telah selesai dan digunakan pada masa sekarang. Sebatang jalan baru jalan pintasan belum dilaksanakan lagi iaitu menghubungkan bandar Raub dengan jalan pintas Tranum-Bentong-Lurah Bilut dan Raub.42
Bandar Raub mengalami perkembangan sistem jaringan jalanraya yang merangkumi sebahagian besar daerahnya. Jaringan jalanraya laluan 8 dan laluan 55 iaitu jalan utama menghubungkan bandar Raub dengan kawasan luar daerah. Laluan lapan dengan kapasiti 6494 merupakan jalan utama bandar Raub. Oleh kerana itu Majlis Daerah Raub mewujudkan jalan sehala bagi mengatasi kesesakan jalanraya pada tahun 2000. Tiga lampu isyarat juga disediakan bagi mengatasi serta mengurangkan kesesakan.
Jalan utama di bandar Raub ialah seperti Jalan Husin, Jalan Tun Razak, Jalan Dato Abdullah, Jalan Cheroh, Jalan Simpang Kallang dan Jalan kampung. Jalan raya di pinggir bandar juga dibina melalui bantuan kerajaan pusat. Boleh dikatakan bandar Raub mempunyai sistem jaringan jalan raya yang lengkap dan sempurna.

6.3 Sejarah Perkembangan Kemudahan Asas

Berbanding dengan tempat lain di Pahang Bandar Raub terlebih dahulu memperolehi janakuasa elektrik. Ini tidak menghairankan kerana janakuasa elektrik amat penting dalam proses perlombongan. Pembinaan janakuasa Sempan yang terletak di tebing Sungai Sempan. Tenaga elektrik tersebut di salurkan ke syarikat itu melalui hutan sejauh lapan setengah batu. Kuasa elektrik ini bukan sahaja dapat menjalankan jentera-jentera lombong tetapi dapat juga menerangi shaf dan rumah-rumah. Beberapa tahun kemudian stesen itu menghasilkan sebanyak 5,000 volt tenaga elektrik dan semuanya digunakan oleh syarikat itu. 43
Para pekerja lombong juga tinggal di Bandar Raub kerana memperolehi kemudahan elektrik dan kemudahan air yang agak lengkap mampu membantu pekerja datang dan tinggal di bandar Raub.
Pada tahun 1937 perjanjian mengenai bekalan elektrik ke bandar Raub telah diperbaharui dalam tempoh lima tahun berikutnya. Janakuasa Sempan telah diperbaiki dan saluran ditambah untuk membekalkan elektrik kususnya di Lombong emas yang berhampiran. Sebuah stesen janakuasa di Bukit Koman yang dijalankan oleh enjin diesel. Bebepa generator di stesen ini telah digunakan sebagai pengganti jika janakuasa Sempan rosak.44
Bebarapa tahun selepas itu janakuasa-janakuasa berjalan dalam keadaan yang memuaskan dan dapat menghasilkan sebanyak 4,930.00 unit. Dan kos seunit 2.49 seunit. Pada tahun 1940 janakuasa eletrik Sempam menghasilkan sebanyak 5,326.340 unit dengan harga 0.69 sen seunit. 45 Secara amnya dapatlah dikatakan janakuasa ini merupakan sumber bekalan tenaga yang penting kerana jatuh bangunnya syarikat perlombongan bergantung kepada sumber elektrik.
Sekitar tahun 1946-1951 stesen janakuasa eletrik Sempam dan Bukit Koman
Mengalami masalah kekurangan dalam bekalan minyak. Lagipun janakuasa yang lama banyak yang telah dimusnahkan oleh tentera Jepun sewaktu menawan bandar Raub. Akibatnya British menggantikan dengan alat yang baru. Kerja-kerja pemulihan kedua-kedua janakuasa tersebut dijalankan dengan begitu pesat pada tahun 1950. Diantara kerja-kerja yang dijalankan ialah membaiki semula “ High Tension Line ” di Sempam. Pada tahun itu stesen janakuasa ini menghasilkan eletrik sebanyak 3,425,154 unit. Syarikat ini juga membekalkan elektrik ke bandar Raub diantara tengah malam sehingga 6 pagi. 46
Menjelang tahun 1956 kerosakkan sering berlaku ke atas janakuasa eletrik di Sempam dan Bukit Koman. Akibatnya syarikat ini menggunakan sumber tenaga elektrik dari Lembaga Letrik Negara yang terletak dibandar Raub sebanyak 88,622 unit.47 Kerosakkan seringkali berlaku akibat panahan petir dan janakuasa terbakar. Pada tahun 1960 keadaan menjadi buruk juga disebabkan panahan petir. Akibatnya usaha perlombongan di bandar Raub menjadi terbantut. Tambahan pula harga tawaran eletrik melibatkan kos yang tinggi. Oleh itu pihak penguasa lombong mengambil tindakan drastik dengan meninggalkan terus usaha perlombongan atas sebab kerosakan janakuasa jika dibaiki menelan belanja yang tinggi dan tidak mampu ditanggung oleh keutungan perlombongan.
Pada masa ini juga kemudahan asas yang lain juga berkembang pesat. Bandar Raub telah dilengkapkan dengan kedai, rumah, longkang, rumah sembelih binatang, pasar, kolam dan lain-lain lagi. Selain itu ramai juga yang bekerja dalam sektor pembekal daging babi, ternakan ayam itik, menanam sayur-sayuran.
Rumah kedai terutama di Bukit Koman dan sekitar bandar Raub sehingga kini masih boleh dilihat peninggalannya. Banyak kedai di buka seperti kedai runcit, kedai gunting rambut, sebuah pasar, perhentian bas bandar Raub, Rumah Rehat bandar Raub dan kelab yang disertai oleh perlombong barat.
Hospital bandar Raub juga di buka semasa penjajahan British untuk memberi rawatan berpusat kepada para penguasaha dan para pekerja lombong. Rumah ibadat seperti Majid Jamek Bandar Raub, Gereja S.Thomas, Kuil dan Tongkang di bina betul-betul di Pusat bandar Raub.
Kemudahan asas di bandar Raub pada tahun 1991 sehingga 2000 berkembang pesat dengan kemajuan yang dicapai oleh Malaysia. Kemudahan asas seperti elektrik, telefon, air dan sistem pembentungan telah diterima oleh penduduk bandar Raub. Antara agensi yang terlibat dalam memberi kemudahan asas di bandar Raub ialah Majlis Daerah Raub, Tenaga Nasional Berhad, Syarikat Telekom Malaysia, pemungutan sampah, Alam Flora dan Indah Water. Kecekapan perkhidmatan di bandar Raub memastikan taraf kehidupan penduduk tempatan terbela
Pada sekitar tahun 1970 sehingga 1995 terdapat beberapa buah loji bekalan yang membekal air kepada para penduduk. Loji air Tras membekalkan sehingga 300,000 gelen air, Loji air Sungai Bilut membekalkan 2.4 juta gelen air dan Loji air Cheroh 300,000 gelen air. 48
Pada tahun 1990 terdapat perkembangan dengan bebearpa buah loji air dibuka. 8 buah loji pembersih yang memberi bekalan kepada lebih 95% Derah Raub dan 100% kepada penduduk Bandar Raub. Keupayaan maksima loji air sehingga tahun 2000 ialah 33.82 juta liter sehari dan penggunaan semasa adalah 39% daripada keupayaan maksima loji tersebut. Pada keseluruhannya kadar pertumbuhan purata tahunan adalah sebanyak 5.3%.
Pada tahun 1970 sehingga 1985 bekalan elektirk keupayaan bandar Raub ialah 1.4 Megavolt Ampire dan Mini Elektrik Hidro di Sempam mengeluarkan 1.4 Megavolt Ampire. Walaubagaimanapun bekalan elektrik Bandar Raub pada tahun 1990 sehingga tahun 2000 berkembang dan meningkat kerana terdapat sebuah pencawang masuk utama dengan keupayaan maksima 2x 7.5 Megavolt Ampere yang memberi bekalan tenaga ke semua sektor didalam Bandar Raub. Pada tahun 1992 terdapat 19,039 pengguna dari pelbagai sektor yang menggunakan 3,521,642 unit tenaga sebulan. Jumlah keupayaan tenaga elektrik ialah 15.0MVA manakala penggunaan semasa ialah 9.2MVA.49
Pungutan sampah dikendalikan oleh Alam Flora yang melibatkan pungutan sampah sebanyak dua kali dalam seminggu. Jumlah pungutan sampah adalah purata 2,100 tan sebulan. Pembetungan pula menggunakan sistem septik individu. Perkhidmatan ini telah diswastakan pada 1995.
Perkhidmatan telekomunikasi pada tahun 1970 sehingga 1985 ialah muatan sedia ada sebanyak 2817 dan menjelang tahun 1987 terdapat 5000 talian kepada para penduduk bandar Raun. Perkembangannya semakin bertambah sebanyak 6 buah ibusawat telefon di bandar Raub dengan jumlah keupayaan 11,400 talian. Sehingga tahun 1993 sebanyak 8,218 atau 72% talian telah digunakan. Pada masa akan datang dijangka permintaan setinggi 28,075. 50
Bandar Raub dikenalpasti sebagai puat perkhidmatan utama di wilayah Pahang Barat. Bandar Raub merupakan penempatan utama dan juga merupakan pusat perniagaan. Pusat bandar Raub merangkumi kawasan seluas 94.9 hektar. Perdagangan, tanah kosong dan rezab jalan merupakan gunatanah utama bandar ini.
Sejumlah 258 buah bangunan yang terdapat di pusat bandar, sebanyak 84.1% adalah digunakan untuk perniagaan, 6.3% untuk kegunaan pejabat dan selebihnya adalah kegunaan untuk kegunaan kediaman, stor dan bangunan kosong. Rumah kedai merupakan jenis bangunan yang dominan di pusat bandar Raub. Sejumlah 85.5% jenis gerai, 6.1% teres, 4.4% sesebuah dan 2.8% kompleks. Aktiviti perniagaan runcit merupakan paling utama dijalankan meliputi 83.5% diikuti oleh pejabat 13.1%, sektor lain 1.4% dan lain-lain 2.0%. 51
Pada masa kini jumlah unit kedai yang terdapat di bandar Raub adalah sebanyak 765 buah kedai. Kegiatan runcit mendominasi mencatatkan 57%, perniagaan jenis pejabat/ perkhidmatan adalah kedua terbanyak 35.4%, perniagaan borong 6.3% dan peniagaan tempat penginapan 1.3%. Secara keseluruhan iaitu 93.7% perniaga menjalankan perniagaan di tingkat bawah satu bangunan. Kebanyakan pertubuhan perdagangan iaitu 68.8% memenuhi ruang lantai diantara 1,000-2,000 kaki persegi. Seramai 638 peniaga secara kecil-kecilan seperti menjual makanan, minuman dan pasar-pasar malam. 52
Antara kemudahan asas yang ada di bandar Raub pada tahun 1991 hingga 2000 ialah Pejabat Daerah, Majlis Daerah Raub, Cawangan Jabatan Negeri, Badan Berkanun, dan Hospital Daerah Raub yang memperolehi bangunan baru dalam tahun 1999. Kemudahan lain ialah 4 pusat kesihatan kecildan 8 buah klinik kecil.
Pejabat Polis sekian lama menggunakan bangunan lama semenjak zaman British lagi bukti peninggalan penjajah di Bandar Raub. Namum usaha mendirikan banguan Polis berpusat sedang dilaksanakan dan dijangka siap dalam tahun 2007. 4 buah balai Polis dan 10 buah pondok Polis. Bilangan anggota Polis ialah seramai 167 orang yang ditempatkan di bandar Raub. Secara keseluruhan bangunan masih menggunakan bangunan British dan kedudukan sama seperti masa penjajah.
Begitu juga Pejabat Pos Daerah yang masih lagi mengekalkan unsur penjajah Cuma di tambah dan dicat baru. Terdapat 2 pos mini dan 1 buah wakil pos di bandar Raub. Balai bomba daerah yang baru dan moden serta lengkap didirikan berhampiran dengan Bukit Koman. Bagi pili bomba terdapat 88 buah di bandar Raub.
Pada masa ini terdapat 13 buah masjid dan 43 buah surau di Daerah Raub. Masjid Jamek Bandar Raub telah digantikan oleh Masjid Baru Bandar Raub, terdapat 3 buah tokong China, sebuah Kuil Hindu , sebuah Gereja masih berfungsi lagi malahan masih lagi meninggalkan kesan sejarah dan sebuah kuil Sikh.
Wakil rakyat di bawah MCA berusaha dengan keras untuk membangunkan kawasan bandar Raub dengan membina kemudahan longkang, balairaya, pondok bas dan kemudahan pengangkutan yang lengkap. Stesen bas dan teksi bandar Raub sedang dalam proses pembangunan. Perkhidmatan bas meliputi kawasan pesekitaran bandar Raub dan tempat lain seperti ke Kuala Lipis, Bentong dan Kuala Lumpur. Terdapat lima syarikat perkhidmatan bas iaitu Central Omnibus, Pahang Lin Siong, Mara, Keat dan Pahang Onimbus. Terdapat kira-kira 52 buah teksi di bandar Raub.

6.4 Sejarah Perkembangan Pendidikan

Sejarah perkembangan pendidikan di bandar Raub sememangnya menarik untuk dikaji. Pihak British mendirikan sekolah bagi kemudahan para pegawai British, pegawai lombong malahan pekerja-pekerja lombong itu sendiri. Bangunan bersejarah yang didirikan oleh British masih digunapakai sehingga kini. Antara sekolah yang didirikan oleh British ialah Sekolah Inggeris seperti Sekolah Rendah dan Menengah Mahmud, Sekolah Rendah dan Menengah Methodist dan Sekolah China Chung Ching Bandar Raub. Hanya tiga buah sekolah ini yang dapat dikesan dibina oleh pihak British.
Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan kerajaan berusaha menjadikan sektor pendidikan sebagai usaha menyatupadukan masyarakat. Selepas kemerdekaan Bandar Raub dari segi sejarah perkembangan pendidikan semakin bertambah. Antara penambahan sekolah ialah Sekolah Kebangsaan Bandar Raub dalam tahun 1970an, Sekolah Menengah Tengku Kudin dan Sekolah Menengah Syahbandar dalam tahun 1970 an. Sekolah Jenis Kebangsaan China Chung Chin, Khai Mun dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bandar Raub. Sekolah yang didirikan oleh British di bandar Raub masih digunakan lagi tetapi jumlah kelas, murid dan kemudahan lain semakin meningkat selaras dengan perkembangan ekonomi bandar Raub.
Berikut akan diterangkan sejarah perkembangan sekolah dibandar Raub terutama melibatkan data bilangan murid di beberapa buah sekolah rendah dan menengah di bandar Raub:

Jadual 8 : Pertambahan bilangan pelajar di Sekolah Menengah di Bandar Raub53
Nama sekolah/Tahun
SM Mahmud
SM Tengku Kudin
SM Syahbandar
SM Chung Ching
SM Methodist
Jumlah Keseluruhan
1986
1619
1259
783
829
329
4819
1987
1834
1187
859
827
320
5026
1988
1991
1297
972
775
329
5367
1989
2090
1521
1037
816
361
5824
1990
2090
1775
1067
815
373
6100
1991
2305
1906
1103
820
378
6512
1992
2448
2068
1136
831
385
6868
1993
2464
2203
1155
818
391
7031
1994
2467
2339
1178
858
404
7246
1995
4245
2485
1199
858
420
7416

Berdasarkan jadual di atas sekolah menengah di bandar Raub mengalami pertumbuhan yang pesat terutama sekali bilangan pelajar selaras dengan peningkatan penduduk menyebabkan permintaan yang tinggi dalam sektor pendidikan. Beberapa buah sekolah semenjak zaman penjajah masih kekal seperti Sekolah Menengah Mahmud, Sekolah Menengah Methodist dan Sekolah Menengah Chung Ching. Berdasarkan jadual diatas menjelang tahun 1986 hanya terdapat 4,819 bilangan pelajar sekolah menengah dan meningtak sebanjak 7,416 pelajar pada tahun 1995.

Jadual 9: Pertambahan bilangan pelajar di Sekolah Rendah di Bandar Raub 54
Nama sekolah/Tahun
SK Bandar Raub
SRK Mahmud
SRK Methodist
SJK Chung Ching
SJK Sempalit
SJK Tamil Raub
1986
401
753
693
956
657
160
1987
458
778
710
954
617
173
1988
509
742
714
966
608
192
1989
555
752
727
966
583
213
1990
582
758
752
1002
579
214

Sama seperti sekolah menengah sekolah rendah di bandar Raub mengalami pertambahan bilangan murid selaras dengan pertambahan penduduk. Pada tahun 1986 sehingga 1990 bilangan murid sekolah rendah masih mengalami pertambahan. Sekolah Rendah Mahmud, Methodist dan Chung Ching merupakan sekolah yang bersejarah semenjak zaman penjajahan British lagi.
Selaras dengan itu sekolah baru dibina untuk memenuhi pemintaan daripada masyarakat tempatan. Antara sekolah baru dibina ialah Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Sekolah Menengah Seri Raub dan Sekolah Bestari. Mengikut pelan induk Majlis Daerah Raub sekolah di Bandar Raub akan bertambah pada masa hadapan kerana jangkaan pasarana sekolah masih tidak cukup menampung jumlah penduduk bandar Raub. Kemudahan Tadika Kemas, Pra Sekolah dan tadika swasta ada terdapat dibandar Raub iaitu sekitar 20 buah dalam tahun 1990 dan meningkat kepada 53 buah pada tahun 2000. Selain itu UITM melalui kampus cawangan Raub didirikan bagi memberi pendidikan berterusan kepada penduduk Raub terutama pada peringkat sijil dan Diploma. Begitu juga dengan Pusat Latihan Mara didirikan bersebelahan Padang Bandar Raub untuk melatih remaja Bumiputra mahir dalam pelbagai bidang. Pada masa ini terdapat 5 buah dewan orang ramai dan 15 buah balairaya di bandar Raub. Masyarakat mengunakan dewan untuk perjumpaan sesama mereka, aktiviti sosial, permainan badminton dan majlis perkahwinan.

6.5 Sejarah Perkembangan Ekonomi

Ekonomi masyarakat bandar Raub sebelum zaman penjajahan merupakan ekonomi sara diri dan penjualan hasil-hasil hutan serta emas secara kecil-kecilan. Semenjak British campurtangan kegiatan penduduk Bandar Raub mula berubah. Sehingga tahun 1960 kegiatan ekonomi bandar ini tertumpu kepada sektor perlombongan emas yang dikendalikan oleh penguasaha-penguasaha barat. Pelbagai kegiatan ekonomi dijalankan sepanjang kegiatan perlombongan. Antaranya tertubuhnya bandar Bukit Koman dengan pelbagai kegiatan ekonomi. Antaranya perniagaan runcit, kedai makan, rumah pemyembelihan, bercucuk tanam dan sebagainya. Sebagai bukti masih banyak kedai masih wujud lagi sama ada di Bukit Koman mahupun di Pusat Bandar Raub.
Proses urbanisasi penduduk seperti masyarakat Melayu, India, China dan Bangsa Eropah yang datang bekerja dalam sektor perlombongan menggalakan lagi perkembangan ekonomi bandar Raub. Bandar ini menjadi tempat kediaman utama para pekerja, tempat membeli belah, pusat hiburan dan sebagainya. Mereka sudah tentu ingin mendapatkan sumber makanan, pakaian dan sebagainya dan bandar Raub menjadi tempias kepada senario ini.
Menjelang tahun 1970 sehingga 1989 kegiatan perniagaan agak menggalakkan. Data menunjukkan sebanyak 847 lesen yang menjalankan kegiatan pelbagai, 180 pasar lesen dan penjaja sebanyak 306 lesen. Lesen premis makanan meliputi 200, lesen perniagaan 520. Bangunan perniagaan pula sebanyak 429 unit.55
Perkembangan sesebuah bandar antaranya bergantung kepada kepesatan aktiviti ekonominya. Barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah bandar perlu bersaing dengan mana-mana pusat penempatan supaya menarik penduduk yang merupakan kuasa pembelinya. Bandar Raub semakin meningkat terutama dalam sektor perniagaan . Ini jelas jika kajian dilakukan dari tahun 1990 sehingga tahun 2000.
Corak aktiviti ekonomi di bandar Raub melibatkan perniagaan, perusahaan, pertanian dan perkhidmatan. Secara ringkasnya aktiviti peruncitan mencatatkan kadar yang paling tinggi iaitu 57%, diikuti oleh pejabat dan perkhidmatan, 35.4%, perniagaan borong 6.3% dan tempat penginapan 1.3%.56 Aktiviti ekonomi adalah dijangka berkembang dan mempunyai kegiatan ekonomi yang baik. Perkembangan ekonomi berkembang mengikut tren semasa pada kadar purata 2.8%
Perindustrian sekitar tahun 1970 sehingga 1989 masih lagi berada di tahap yang kecil. Sektor ini bukan sektor utama pada tahun tersebut. Ini tidak mustahil kerana pada masa itu ketiadaan kawasan perindustrian yang sesuai untuk dibangunkan. Hanya terdapat beberapa buah kilang papan dan kejuruteraan yang terletak di Jalan Lipis. Terdapat 5 buah kilang papan dan 3 buah kilang kejuruteraan.
Menjelang tahun 1990 sehingga 2000 secara umumnya Daerah Raub menyumbangkan 2.1% kepada KDNK sektor perindustrian negeri Pahang. Sumbangan yang paling besar disumbangkan melalui kegiatan perindustrian di bandar Raub. Bandar Raub terletak di Koridor Pembangunan Industri “ Central-North-South” dan disokong oleh rancangan sistem rangkaian jalan raya yang efisyen.
Luas tanah perindustrian yang dimajukan di Bandar Raub ialah 322.4 hektar dan bilangan industri ialah 70 buah. Pertumbuhan sektor perindustrian bertambah dengan pesat. Dalam jangkamasa 10 tahun 1980 ke 1990 sektor perindustrian mencatatkan kadar pertumbuhan sebanyak 4.3% iaitu kedua tertingi selepas sektor kewangan 5.25%. Kadar pertumbuhan pekerjaan dalam sektor perindustrian jauh melebihi kadar pekerjaan secara keseluruhan.57
Jumlah pekerjaan yang terlibat di dalam sektor industri adalah sebanyak 3,245 pekerja pada 1990. Dapat dikenalpasti bahawa industri perkayuan menyumbangkan jumlah pekerjaan yang terbesar iaitu sebanyk 53% dari tenaga kerja diikuti industri I kimia , getah dan plastik 29%, industri rsekabentuk metal 17% dan industri makanan 1%.
Perindustrian dibandar Raub dijalankan atas tanah-tanah persendirian dan bangunan yang dibina khas untuk perusahaan tersebut. Keluasan lantai berbeza-beza. Ada kurang 2,000 kaki persegi sehingga melebihi 12,000 kaki persegi. Melalui kajiselidik yang dijalankan terdapat dua jenis perindustrian di bandar Raub iaitu industri perkayuan, rekabentuk mental, bahan kimia, getah, palstik industri makanan.58
Sektor pertanian juga berkembang dengan pesat. Melalui agensi kerajaan para petani dibandar Raub mengalami peningkatan taraf hidup. Adalah sukar untuk melihat jumlah keluasan kawasan pertanian di bandar Raub. Oleh itu hanya data mengenai pertanian di Daerah Raub dapat diambil. Sebagai contoh Risda memajukan seluas 9900 hektar manakala Felca memajukan tanah seluas 3998 hektar.59
Secara ringkasnya kawasan pertanian yang penting di bandar Raub ialah Kampung Ulu Sempalit yang mempunyai 72 pekebun kecil getah di bawah Risda manakala di bawah Felcra melibatkan 23 pekebun .60 Sekitar tahun 1990 sehingga 2000 kadar keluasan tanah dan bilangan pekebun masih sama dan ini menunjukkan perkembangan sektor pertanian masih lembab jika dibandingkan dengan sektor lain. Ini tidak menghairankan kerana sektor pertanian banyak dijalankan di luar bandar dalam daerah Raub sebaliknya bandar Raub menjadi bandar perkhidmatan.
Perlancongan juga menyumbangkan kepada ekonomi bandar Raub. Pada tahun 1992 jumlah bilik yang terdapat dibandar Raub ialah sebanyak 165 buah61 termasuk Rumah Rehat Kerajaan. Walaubagaimanapun tiada lagi hotel yang bertaraf lima bintang dibandar Raub.
Purata pelancong yang datang dan bermalam dibandar Raub ialah sekitar 20,073 orang dalam tahun 1990 dan mencatatkan 39,117 orang pada tahun 2000. 62 Perkembangan ini selaras dengan kemajuan Bukit Fraser yang terletak dalam Daerah Raub. Biasanya mereka akan singgah untuk menginap di bandar Raub sebelum ke Bukit Fraser. Bandar Raub juga menjadi tumpuan terutama terdapat kawasan rekrasi hutan simpan, air terjun dan kawasan bekas lombong yang telah di bina padang golf, pusat pelancongan sejarah dan taman rekrasi.























BAB 7
PENUTUP

Setelah meneliti sejarah perkembangan bandar Raub serta meninjau sejauh mana sumbangannya kepada kedudukan sosio-ekonomi negeri Pahang, barangkali ada beberapa rumusan penting yang harus kita renungkan kembali. Perkara pertama yang harus direnungkan kembali ialah mengenai sejarah awal bandar Raub yang dikatakan pada asalnya merupakan sebuah desa kecil yang agak ketinggalan dari arus pemodenan dan terletak di tengah-tengah laluan perjalanan di antara laluan ke Lipis dan Gua Musang, Kelantan. Dari segi prasarana seperti jalan raya di bandar ini, sejarah pembinaannya dikatakan bermula awal iaitu semasa penjajahan British. Bandar Raub juga boleh dikatakan merupakan satu daripada bandar di negeri Pahang yang mengalami pelbagai perubahan dalam sejarahnya yang tersendiri. Petempatan dan kependudukan di daerah ini dikatakan berlaku sejak zaman tradisional lagi. Namun, bermula sekitar tahun 1896 bandar Raub telah mengalami perubahan yang agak ketara akibat daripada penerokaan dan pembukaan kawasan-kawasan lombong emas yang dibuka oleh syarikat barat terutama sekali Raub Australian Gold Mining Company Limited.
Akibatnya bandar Raub mendapat faedah yang tidak kurang pentingnya dengan limpahan sumber asli emas. Penempatan, kegiatan ekonomi dan kemudahan asas tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Sehinggalah pada tahun 1961 lombong emas dibandar Raub mengalami masalah terutama masalah janakuasa elektrik. Tambahan pula hasil yang diperolehi masih lagi kurang menyebabkan mereka tidak meneruskan lagi usaha perlombongan.
Bandar Raub terus ditinggalkan dan mengakibatkan kesan yang amat buruk pada peringkat awal. Bandar Raub seolah-olah menjadi sebuah bandar mati. Penghijrahan penduduk berlaku kerana sumber pekerjaan di lombong telah tiada lagi. Namun bandar Raub tetap berkembang selaras dengan perkembangan negara Malaysia. Walaupun tiada lagi usaha perlombongan emas namun bidang lain seperti perniagaan, perindustrian, perlancongan dan sebagainya berkembang perlahan-lahan. Hasilnya bandar Raub mencatatkan bilangan penduduk yang paling padat dalam daerah Raub. Bandar Raub menjadi pusat kepada kawasan lain dalam daerah Raub. Segala kemudahan lengkap dan terkini.
Bandar Raub tidak lagi menjadi kawasan perlombongan emas. Adalah mustahil untuk meneruskan aktiviti perlombongan kerana perlombongan emas di Raub dijalankan secara lombong dedah. Menurut kajian kawasan bawah bandar Raub adalah merupakan kawasan bekas lombong. Bangunan yang didirikan di kawasan Raub tidak boleh melebihi lima tingkat. Hampir keseluruhan bangunan di bandar Raub didirikan tidak melebihi lima tingkat.
Bandar Raub pada masa hadapan dijangka akan menerima pertumbuhan pesat kerana kedudukan yang strategik dengan keadaan tanah kosong yang boleh menampung kegiatan ekonomi. Tambahan pula kerajaan Negeri Pahang berusaha membangunkan daerah Raub dengan manaiktaraf sistem pengangkutan dan kemudahan asas bandar Raub.
Semoga bandar Raub akan mampu berdiri sendiri dan dapat menjadi sebuah bandar yang maju dengan kegiatan ekonomi, sosial serta politik yang menjana ke arah kemajuan yang tinggi selaras dengan Wawasan 2020 yang inginkan negara Malaysia menjadi negara maju dalam tahun 2020.
[1] Pembukaan Rasmi Muzium Abu Bakar, 21 Oktober 1976.
[2] Ibid.
[3] Mohd. Roselan Ab. Malek, Salasilah Nama Tempat Negeri Pahang Darul Makmur: Penerbit Prisma
Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1993, h. 2.
[4] Shamsul Amri Baharuddin, Masyarakat Malaysia Yang Membangun. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,1990, h.7.
6 Berita Harian 9 Januari 1989
7 Zaffuan Haji Manap, Bingkisan Sejarah Raub Rao dan Pagaruyung : Pertaliannya Dengan Raub
dan Pahang, Kuala Lumpur : Anjung Media Resources, 2007, h. 73.

8 Zaffuan Haji Manap , loc.cit., 2007, h.68.

9 Aruna Gopinath, Sejarah Politik Pahang 1880 –1935, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,
1993. h.12.
10 Zaffuan Haji Manap , Op. Cit., h. 72.

11 Zakaria Awang Ali, “ Sejarah Perlombongan Emas di Negeri Pahang”, Latihan Ilmiah Sarjana Muda
Universiti Kebangsaan Malaysia, h.5.
12 Linehan, W., A History of Pahang dalam JMRAS, Vol.XIV, Pt.2, 1936, h.189.
13 Haji Buyong Adil,Op .cit., h. 105.
14 Ibid, h.110.
15 Ibid, h.111.
16 Haji Buyong Adil, Op. cit., h. 198.

17 Zakaria Awang Ali,Op .cit., h. 18.
18 S. Adikulasamy, Summary of Inventory of Record of Raub Australian Gold mine Co. Ltd, P.Jaya ,
Selangor, 1973. h. III-IV.

19 S. Adikulasamy , Op. cit., P3.
20 Zakaria Awang Ali,Op .cit., h. 29.

21 Ibid, h. 31-32.
22 J.A Richardson, The Geology and Mineral Resourses of the Neighbourhood of Raub Pahang,
Kuala Lumpur, 1928, h.18.

23 Zakaria Awang Ali,Op .cit., h. 15.
24 R.A.G.M Aannual Report 1918, Gordon and Cotch (Queensland) Ld. Brisbane, 1918.
25 R.A.G.M Annual Report 1931 Gordon and Cotch (Queensland) Ld. Brisbane, 1931.h.1
26 R.A.G.M Annual Report 1936, Gordon and Cotch (Queensland) Ld. Brisbane, 1936. h.10.
27 Zakaria Awang Ali,Op .cit., h. 30.


28 Zakaria Awang Ali,Op .cit.,h. 112-113.

29 Pahang Annual Report 1931, Govt. Pinting Office, Kuala Lumpur, h.15.

30 Jang Aisjah Muttalib, Pemberontakan Pahang , 1891-95, Kota Bahru , Pustakan Aman Press, 1972,
h.30( Ubahsuai)

31 Jang Aisjah Muttalib , Op. cit., h. 29.
32 Zakaria Awang Ali,Op .cit. h. 139.
33 Bancian Penduduk dan Perumahan 1970-1985, Jabatan Perangkaan Negeri Pahang.
34 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, 1996, Rancangan struktur , Majlis Daerah Raub 1993-2010,
Kuala Lumpur: 1996, h.4-2.

35 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, 1996, Op.cit.,, h.4-3.
36 Pelan Induk Daerah Raub 1980-1990 , Pejabat Daerah Raub, ( Jabatan Perangkaan Negeri Pahang ),
1985: Kuantan, h.89.

37 Zakaria Awang Ali,Op .cit. h. 26.
38 Ibid, h.40.
39 Cuthbert Woodville Harisson, Illustrated Guide to the Federated Malay States, Oxford University
Press, New York: 1923, h. 84.
40 Zakaria Awang Ali,Op .cit. h. 341.
41 Pelan Induk Daerah Raub , Op. cit., h. 43.
42 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Op.cit.,, h. 6-9.

43 Zakaria Awang Ali,Op .cit. h. 35.
44 Sumber Perpustakaan Awam Raub
45 Ibid
46 R.A.G.M annual report 1950 , Op. cit., h.14.
47 R.A.G.M annual report 1950 , Op. cit., h.6.


48 Pelan Induk Daerah Raub , Op. cit., h. 45.
49 Sumber Tenaga Nasional Daerah Raub.

50 Sumber Syarikat Telekom Malaysia Cawangan Raub, Pahang.
51 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Op.cit.,, h. 7-4,7-5.
52 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Op.cit.,, h. 8.2.



53 Sumber Pejabat Pelajaran Daerah Raub.
54 Sumber Perjabat Pendidikan Daerah Raub.

55 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Op.cit.,, h. 10-1.
56 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Op.cit.,, h. 8-1.


57 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Op.cit.,, h. 9-1.
58 Ibid ., 9-3.
59 Pelan Induk Daerah Raub, 1980-89, h. 6-8.

60 Pelan Induk Daerah Raub, 1980-89, h. 10-2.
61 Ibid., 10-3
62 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Op.cit.,, h. 10-4.

6 ulasan:

  1. bolehkah bagi matlumat tentang sejarah kampung cheroh di raub?

    BalasPadam
  2. Sy nak sangat tahu tentang tasik yang di atas bukit simpang kallang tu..adakah itu salah satu kesan tinggalan Lombong Stope, Old raub Hole, Estern lode, Western Lode dan Bukit Hitam yg ditutup?

    BalasPadam
  3. Sy nak sangat tahu tentang tasik yang di atas bukit simpang kallang tu..adakah itu salah satu kesan tinggalan Lombong Stope, Old raub Hole, Estern lode, Western Lode dan Bukit Hitam yg ditutup?

    BalasPadam
  4. maaf ada kesalahan fakta di situ... pahang ada 11 daerah bukan 6

    BalasPadam