Cari Blog Ini

Jumaat, 9 April 2010

Peta Minda



  • PETA MINDA

    · Peta minda dibentuk berdasarkan bagaimana otak manusia merakam dan memproses maklumat secara linear dan dalam masa yang sama membuat pengelolaan yang menyeluruh (menhubungkait, membanding, menganalisa dsb.)
    · Peta minda merupakan satu pembinaan yang dibuat di atas sehelai kertas, di mana idea penting diletakkan di tengah-tengah pusat utama dan idea lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah geometri, warna dan sebagainya.
    · Ianya boleh meminimumkan penggunaan masa dalam mempelajari sesuatu mata pelajaran pendidikan.
    · Peta minda dikatakan boleh membantu kita menggunakan proses pemikiran kreatif.

    Cara Lama Mengambil Nota
    · Terdapat 3 stail;
    1. Stail naratif; menulis apa sahaja idea yang kita dengar dalam bentuk naratif .
    2. Stail penyenaraian; menyenaraikan idea-idea penting.
    3. Stail abjad atau nombor; membuat nota dengan membahagikan idea dalam urutan hiraki, kategori besar dan sub-ketegori.
    · Terdapat 3 alat yang digunakan;
    1. Pola linear; nota ditulis secara lurus.
    2. Simbol-simbol; abjad.
    3. Penganalisaan.
    · Kelemahan cara ini;
    · Perkataan kunci seringkali terkeliru dengan perkataan yang terpenting.
    · Sukar diingati kerana ditulis dalam satu warna.
    · Membazir masa; menulis dan membaca yang tak perlu.
    · Gagal merangsang daya kreativiti otak; tidak mengalakkan otak membuat asosiasi.

    Kebaikan Peta Minda
    · Peta minda boleh menghubungkan fungsi otak kiri dengan otak kanan bagi meningkatkan daya ingatan.
    · Meningkatkan kemahuan kita belajar; ianya berfungsi seirama dengan ciri semulajadi otak (linear, menyeluruh, menghubungkait, membanding, menganalisis).
    · Menjimatkan masa; mengguna kata kunci sahaja.
    · Fokus kepada isu sebenar meningkat.
    · Hubungan dengan idea mudah dikenalpasti kerana lengkap dengan simbol, rajah, bongkah dan warna.
    · Bagus untuk mengulangkaji pelajaran kerana ideanya ringkas, unggul dan penuh makna yang nyata dan tersirat.

    Elemen-Elemen Utama Peta Minda
    1. Pengelolaan
    · Maklumat penting disususun dan dikelolakan dengan cara keseluruhan; supaya menghasilkan struktur pola yang kreatif, selaras dengan cara otak memproses maklumat dan lebih mudah dirakamkan dalam ingatan jangka panjang.
    2. Perkataan Kunci
    · Ianya digunakan untuk mewakili sesuatu idea; tema.
    · Dapat memberi bayangan secara kreatif dan dapat dihubungkait dengan idea yang lain.
    · Jenis nama, perbuatan atau sifat.

    3. Bayangan Pandangan
    · Ianya boleh dibuat dalam pelbagai cara; warna – memfokuskan idea, gambarajah 3 dimensi – menekan kepentingan idea.
    · Ianya mudah diingat berbanding jika menggunakan perkataan.

    Panduan –Panduan Umum Membuat Peta Minda

    · Kertas kosong dan pensil warna
    · Letak kertas secara horizontal; mudah baca.
    · Gunakan imej-imej visual dan perkataan-perkataan yang dikreatifkan; menarik perhatian.
    · Gunakan pelbagai warna; merangsang kreativiti dan ingatan.
    · Gunakan pelbagai saiz perkataan dan garisan; menunjukkan kepentingan relatif secara hiraki (tersusun).
    · Elakkan tulisan berangkai dan gunakan tulisan cetak atau blok; mudah ingat.
    · Mula dengan menulis apa sahaja yang terlintas difikiran kerana jika anda padam idea itu, minda akan tersekat.
    · Gunakan pelbagai warna, kata kunci, gambar & bongkah geometri; memudahkan proses pengingatan.
    · Gunakan satu perkataan kunci sahaja bagi satu garisan hubungan; dapat memberi ruang untuk berasosiasi dengan perkataan lain.

    Penggunaan Peta Minda
    1. Ucapan
    · Maklumat telah disediakan dalam bentuk peta minda, Cuma fikirkan bagaimana cara untuk menyampaikanya.
    2. Ambil nota
    · Semakin banyak perkataan kunci dalam sesuatu nota, semakin tinggi kemungkinan untuk mengingati kembali.
    · Perlu mengingati kata-kata kunci dan imej-imej tertentu sahaja untuk menguatkan ingatan.
    · Dengan menggunakan peta minda, daya ingatan kita bertambah 50%.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan