Cari Blog Ini

Ahad, 11 April 2010

KATA KERJA

Kata kerja dapat didefinisikan sebagai perbuatan/perlakuan/keadaan melakukan sesuatu. Secara umumnya, kata kerja dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan utama, iaitu:
a) Kata kerja tak transitif
b) Kata kerja transitif
c) Kata kerja terbitan

Kata Kerja Tak Transitif
Dalam pembentukan ayat, kata kerja tak transitif tidak memerlukan objek sebagai penyambut, kerana kata kerja tak transitif telah sempurna maksudnya.

Kata Kerja Transitif

Dalam pembentukan ayat, kata kerja transitif memerlukan objek (frasa nama) sebagai penyambut atau pelengkap.

1. Kata kerja transitif terbahagi kepada dua bentuk, iaitu kata kerja transitif aktif dan kata kerja
transitif pasif.
2. Kata kerja transitif aktif terdiri daripada kata kerja yang berawalan meN-, meN-…-i, mempeR-…-i,
mempeR-, berapitan meN-…-kan, dan berapitan mempeR-…-an.
3. Kata kerja transitif pasif terdiri daripada kata kerja transitif pasif berimbuhan beR-, di-, dan teR-
dan kata kerja pasif tanpa awalan.

Perhatikan ayat-ayat di bawah ini.
1. Seluarnya belum bergosok.
2. Kasut itu digilapnya.
3. Anak hartawan itu kena culik.

Kata Kerja Terbitan
Kata kerja terbitan terhasil daripada kata adjektif, atau kata nama atau kata hubung atau kata sendi nama yang diberikan imbuhan beR-, meN-…-i, meN-…-kan, mempeR-, mempeR-…-i, mempeR-…-kan.

Perhatikan jadual kata kerja terbitan di bawah ini.


Contoh penggunaan dalam ayat:
1. Pokok mangga itu belum berbuah.
2. Saya bercadang untuk menyertai perarakan itu.
3. Mereka memperoleh keuntungan yang banyak hasil daripada jualan buku itu.

· Kata kerja transitif mestilah diletakkan awalan beR- atau meN-atau teR- .
· Kata kata lain tidak boleh diletakkan di antara kata kerja transitif dengan objek dalam ayat.
· Jika terdapat frasa nama yang mengikuti kata kerja transitif dalam ayat, kata nama tersebut mestilah diletakkan kata sendi namanya.
· Kata kerja pasif diri pertama dan kata kerja pasif diri kedua perlulah dibezakan daripada kata kerja
pasif diri ketiga.

Contoh:
·Kuih itu saya makan. (kata kerja pasif diri pertama)
·Kuih itu awak makan? (kata kerja pasif diri kedua)
·Kuih itu dimakan oleh mereka. (kata kerja pasif diri ketiga)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan