Cari Blog Ini

Rabu, 28 April 2010

Keputusan Ujian Pengesanan

Bahasa Melayu Penulisan

6 kreatif 35 orang A
6 progeresif 27 orang A


Bahasa Melayu Pemahaman
6 Kreatif 28 orang A- 7 orang B
6 Progresif 7 Orang A, 3 orang c dan 17 orang B


Tahniah yang berjaya dan yang gagal mencapai hajat sila usaha lagi
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 "Usahlah awak ambil hati dengan teguran __________ kerana __________ ini hidup berjiran," kata Encik Rafidi kepada Puan Salwa.
A
kamu ... awak

B
kita ... anda

C
saya ... kita

D
dia ... mereka






Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

2
Doktor Chua sedang __________ penyakit yang sedang dihidap oleh pesakit itu.




A
menyiasat

B
mendapat

C
mencari

D
melihat






Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
3
Pengemis itu makan nasi dengan begitu __________ kerana tidak makan apa-apa sejak semalam.




A
kuat

B
lekas

C
lahap

D
cemas






Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
4
Muka Hasnah __________ setelah dimarahi oleh ayah tirinya.




A
pucat

B
pudar

C
kusut

D
suram






Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
5
Sampaikan salam __________ saya __________ ayah dan ibu saudara




A
dari …untuk

B
dari … kepada

C
oleh … kepada

D
daripada … kepada






Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
6
Perompak memasuki rumah __________ keluarga Pak Cik Mansur sedang tidur dengan nyenyaknya.




A
sementara

B
ketika

C
hingga

D
malahan






Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
7
"Jenazah __________ akan dibawa pulang. Istiadat __________ akan diadakan pada keesokan hari," kata Tengku Zainal kepada isterinya.




A
nenda ... penobatan

B
ayahanda ... pemakaman

C
adinda ... pertabalan

D
kakanda ... pengurniaan






Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

8
Encik Hanafi sedang __________ pencuri itu dengan sekuat hatinya.




A
menuju

B
menghala

C
menghambur

D
menghambat






Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
9
Mereka __________ berlatih lebih kerap __________ mencapai kemenangan




A
boleh … agar

B
mesti … dapat

C
harus … supaya

D
dapat … semoga






Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

10
Saya __________ peti radio kemudian menutupnya supaya tidak mengganggu abang yang sedang mengulang kaji pelajaran.




A
dekat

B
terdekat

C
berdekat

D
mendekati






Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
11
__________ di kampung itu tidak boleh dilalui kerana ditenggelami air banjir.




A
Jalan mati

B
Jalan buntu

C
Jalan raya

D
Jalan damai






Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
12
Saya berazam untuk __________ pelajaran hingga ke universiti.




A
terus

B
penerusan

C
berterusan

D
meneruskan






Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

13
Pelabuhan di muara sungai itu begitu sibuk dengan perahu yang __________.




A
susup-sasap

B
simpang-siur

C
hingar-bingar

D
kontang-kanting






Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
14
Ambillah buah itu untuk makan, tetapi jangan ambil __________ hingga membazir.




A
boros-boros

B
lebih-lebih

C
banyak-banyak

D
kuat-kuat






Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
15
Pak Zaki sanggup menjadi __________ apabila membeli hasil pertanian orang kampung dengan harga yang murah dan dijual dengan harga yang mahal untuk mendapat keuntungan yang banyak.




A
tali barut

B
lintah darat

C
berat tulang

D
pacat kenyang






Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
16
Salina yang suka bercakap banyak __________ itu tidak disukai oleh rakan-rakan sebiliknya.




A
seperti kera sumbang

B
seperti lipas kudung

C
seperti murai dicabut ekor

D
seperti si kudung mendapat cincin






Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
17
Pemburu itu menembak __________ burung dengan __________ senapang




A
seekor ... sebatang

B
sekawan ... selaras

C
sekumpulan ... sepucuk

D
segerombolan ... sedas








18
Saya kira tetamu itu akan tiba di sini hampir senja. Perkataan seerti bagi kira ialah




A
rasa

B
tahu

C
harap

D
hendak








19
Pekerja kilang getah itu bekerjasama melakukan kerja-kerja menyokong bumbung rumah asap yang buruk itu. Perkataan berlawan bagi menyokong ialah




A
merobekkan

B
merobohkan

C
memasang

D
membina






Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
20
I. Letupan bom itu telah hancur pertahanan musuh.
II. Negara akan hancur jika rakyat tidak bersatu padu.
III. Tubuhnya hancur dan isi perut terburai akibat kemalangan itu.
IV. Perbuatannya menggelapkan wang telah hancur kepercayaan orang terhadapnya.




A
I dan II sahaja

B
I dan III sahaja

C
II dan III sahaja

D
III dan IV sahaja






Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
21
I. Kita janganlah menceritakan buruk keluarga sendiri.
II. Pak Abu sedang berehat di bangsal buruk di tepi sawah.
III. Badan ayah berpeluh lalu mengesatnya dengan kain buruk.
IV. Emak tersenyum memandang rumahnya yang buruk di tepi sawah




A
I dan II sahaja

B
III dan IV sahaja

C
I, II dan III sahaja

D
II, III dan IV sahaja






Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
22
I. Jarak di antara dua bandar itu ialah dua puluh kilometer.
II. Saya jadi antara dalam perselisihan Ali dengan Seman.
III. Wang itu terus dibahagi-bahagikan antara mereka.
IV. Saya tunggu di sana antara jam dua hingga tiga petang.




A
I, II dan III sahaja

B
I, II dan IV sahaja

C
I, III dan IV sahaja

D
II, III dan IV sahaja






Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
23
Mengapakah dia tidak hadir ke sekolah selama dua hari pada minggu itu?




A
Pada masa itu semua murid diberi cuti selama dua hari.

B
Pada minggu itu dia demam dan terpaksa dimasukkan ke wad.

C
Pada minggu itu dia tidak dapat hadir ke sekolah selama dua hari.

D
Pada masa itu dia akan mengikut ibu bapanya ke rumah nenek di Kuantan.






Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
24
Kapal terbang dari lapangan terbang KLIA akan berlepas pada pukul 7.30 pagi menuju ke Madinah.




A
Bilakah kapal terbang dari Madinah akan berlepas ke KLIA?

B
Kapal terbang dari manakah yang akan berlepas ke Madinah?

C
Pukul berapakah kapal terbang dari lapangan terbang KLIA akan berlepas menuju ke Madinah?

D
Apakah yang akan berlepas dari lapangan terbang KLIA ke Madinah pada pukul 7.30 pagi?






Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
25
"Pakcik menggadaikan tanah-tanah itu untuk perbelanjaan anak-anak di universiti," kata Pak Cik Karim kepada Abu.




A
Abu memberitahu tanah-tanah itu digadai oleh Pak Cik Karim untuk perbelanjaan anak-anaknya di universiti.

B
Pak Cik Karim memberitahu Abu bahawa tanah-tanah itu digadai untuk perbelanjaan anak-anak Abu di universiti.

C
Pak Cik Karim memberitahu Abu bahawa tanah-tanah itu digadai untuk perbelanjaan anak-anaknya di universiti.

D
Pak Cik Karim memberitahu tanah-tanah itu digadai untuk perbelanjaan anak-anaknya di universiti.






Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
26
"Saya yakin, lelaki yang kami tahan itu terlibat dalam rompakan di Johor," kata Sarjan Misai.




A
Sarjan Misai yakin bahawa lelaki yang ditahannya itu terlibat dalam rompakan di Johor.

B
Sarjan Misai menegaskan bahawa lelaki yang ditangkap di Johor itu terlibat dalam rompakan.

C
Sarjan Misai tidak ragu-ragu bahawa lelaki yang dipenjarakan di Johor terbabit dalam rompakan.

D
Menurut Sarjan Misai, pihak polis yakin bahawa lelaki yang dipenjarakan itu terlibat dalam rompakan di Johor.






Pilih ayat yang betul.
27





A
Guru besar-guru besar itu sedang bermesyuarat di dalam dewan.

B
Kelawar keluar mencari makanan pada waktu malam.

C
Bukan Zamri hadiah itu tetapi untuk Ali.

D
Dia pergi pejabat pos.






Pilih ayat yang betul.
28





A
Pokok di belakang rumah Zaid terlalu tinggi.

B
Kelakuan budak-budak itu sekali baik.

C
Baju yang dipakainya itu tebal agak.

D
Masakan ibu Najihah sedap paling.






Pilih ayat-ayat yang betul.
29
I. Cikgu Rosliza mengajarkan murid-muridnya Bahasa Malaysia.
II. Setiap peserta yang menyertai di dalam pertandingan itu akan diberi hadiah.
III. Penggunaan komputer dalam pendidikan amat penting pada masa kini.
IV. Saudara kepada Siti menerima rawatan di Klinik Setia.




A
I dan IV sahaja

B
II dan III sahaja

C
I, III dan IV sahaja

D
II, III dan IV sahaja






Pilih ayat-ayat yang betul.
30
I. Golongan fakir memerlu bantuan.
II. Pada waktu petang saya bermain bola.
III. Zaim berdiri lalu menjawab soalan itu.
IV. Swee Tin lalu jalan itu supaya cepat sampai.




A
I dan II sahaja

B
I dan IV sahaja

C
II dan III sahaja

D
III dan IV sahaja






Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Lorong Damai,Jalan Long Yunus,15200 Kota Bharu,Kelantan.6 November 2007.
Menemui saudaraku Abdul Halim bin Hasan yang berada di Muar, Johor. Semoga saudara berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.Saudara, Surat saudara telah selamat saya terima pada minggu lepas. Terima kasih saya ucapkan kerana kesudian saudara ingin mengetahui tempat-tempat menarik di Kelantan. Di Kelantan terdapat banyak tempat yang menarik untuk dilawati. Di bandar Kota Bharu, saudara boleh melawat Pasar Besar Siti Khadijah. Di sini, 95 % peniaga-peniaganya terdiri daripada orang perempuan. Di sebelahnya pula terdapat Bazar Buluh Kubu. Di sini terdapat pusat jualan batik dan hasil pertukangan emas dan perak. Di bandar Kota Bharu juga terdapat Muzium Kelantan, Muzium Perang, Muzium Batu, Kampung Kraf Tangan, Istana Kota Lama, pusat pembuatan batik dan kain tenun. Selain itu, saudara boleh melawat air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara di Gunung Stong, Gua Musang. Air Terjun Jeram Pasu dan Jeram Linang di Pasir Puteh merupakan dua tempat yang menarik untuk dilawati. Kalau saudara ingin berehat di pantai, saudara boleh pergi ke Pantai Cahaya Bulan di Kota Bharu, Pantai Sri Tujuh di Tumpat, Pantai Irama dan Pantai Sungai Dua di Bachok. Di pantai-pantai ini saudara boleh mandi-manda dan berehat. Setakat ini sahaja yang dapat saya ceritakan. Saudara akan berpuas hati jika saudara dapat melawat tempat-tempat yang saya ceritakan itu. Saya berharap pada cuti penggal yang akan datang, saudara dapat mengunjungi negeri Kelantan. Saya akan menunggu kedatangan saudara dengan tangan terbuka.Sekian, terima kasih.

Sahabatmu,
31
Di manakah terletaknya Air Terjun Gunung Stong?(




A
Tumpat.

B
Bachok.

C
Pasir Puteh.

D
Gua Musang.








32
Semua pernyataan berikut benar tentang petikan kecuali




A
batik banyak dijual di Bazar Buluh Kubu.

B
pertukangan emas terdapat di Bazar Buluh Kubu.

C
banyak tempat membuat batik di Kota Bharu.

D
di Kota Bharu terdapat pantai untuk mandi-manda.








33
Apakah tujuan Nabil menulis surat kepada Abdul Halim




A
Menceritakan tempat-tempat menarik di Kelantan.

B
Memberitahu suasana di Pasar Besar Siti Khadijah.

C
Ingin melawat Kelantan pada cuti penggal hadapan.

D
Ingin mengetahui tempat-tempat menarik di Kelantan.








34
Pilih pernyataan yang benar tentang petikan tersebut.




A
Nabil tinggal di Muar, Johor.

B
Terdapat lima buah muzium di Kota Bharu.

C
Air Terjun Jeram Linang terdapat di Bachok.

D
Peniaga di Pasar Besar Siti Khadijah kebanyakannya wanita.








35
Rangkai kata pusat jualan dalam petikan bermaksud




A
kawasan hasil kraf tangan dijual.

B
kawasan pertemuan antara penjual dan pembeli.

C
tempat tumpuan berbagai-bagai kegiatan jualan.

D
tempat peniaga dapat membeli secara borong dan runcit.






Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Ishak
:
Bilakah awak pulang Kasim? Petang semalam semasa saya datang, ibu awak kata awak pergi ke rumah nenek.
Kasim
:
Saya pulang pagi tadi bersama abang saya, Ismail. Saya bertolak dengan bas dari Kuala Lumpur jam 9.00 malam. Perjalanan mengambil masa selama sembilan jam.
Ishak
:
Bilakah lagi awak ke sana?
Kasim
:
Saya pergi ke sana seminggu yang lepas. Seronok saya di sana.
Ishak
:
Apa yang seronoknya?
Kasim
:
Saya dapat melawat Zoo Negara, Pusat Sains Negara, Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur dan beberapa tempat lagi.
Ishak
:
Dengan siapakah awak melawat tempat-tempat itu?
Kasim
:
Dengan Johari, anak Pak Long Ahmad. Pak Long Ahmad ialah abang kepada ibu saya. Johari telah mengambil cuti beberapa hari untuk membawa saya melawat ke tempat-tempat itu. Apa hajat kamu datang ni?
Ishak
:
Saya diarahkan oleh Cikgu Rahmah untuk bertanya khabar sebab-sebab awak tidak datang ke sekolah.
Kasim
:
Itulah silap saya. Saya sepatutnya menulis surat kepada Cikgu Rahmah, guru kelas kita.
36
Mengapakah Ishak pergi ke rumah Kasim?




A
Dia dijemput oleh Kasim.

B
Dia disuruh oleh guru kelasnya.

C
Dia ingin mengetahui cerita Kasim ke Kuala Lumpur.

D
Dia ingin mengetahui tempat-tempat yang di lawati oleh Kasim.








37
Kasim tidak bersekolah selama




A
4 hari.

B
5 hari.

C
6 hari.

D
7 hari.








38
Kasim melawat ke beberapa tempat di Kuala Lumpur ditemani oleh




A
nenek.

B
sepupunya.

C
abangnya.

D
bapa saudaranya.








39
Pilih pernyataan yang tidak benar berdasarkan petikan.




A
Dua kali Ishak ke rumah Kasim.

B
Kasim sampai di rumahnya jam 6.00 pagi.

C
Kasim bertolak pulang dari Kuala Lumpur pada pukul 9.00 malam.

D
Kasim memberitahu guru kelas tentang pemergiannya ke Kuala Lumpur.








40
Apakah maksud rangkai kata mengambil masa?




A
Masa yang dapat dijimatkan.

B
Menggunakan masa yang terluang.

C
Masa yang digunakan untuk sesuatu hal.

D
Menggunakan sepenuhnya masa yang ada.

Selasa, 20 April 2010

PENGGUNAAN KATA YANG TEPAT

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisikan ke tempat kosong dalam ayat di bawah ini

1 Tangan Fuad yang cedera oleh kain putih.
A dilingkari C diselubungi
B dibaluti D dikelilingi

2 Para belia mestilah menghindarkan diri daripada ke dalam perangkap najis dadah.
A terjerumus C terdorong
B terpengaruh D terpedaya

3 Mak Kiah sedang menampi di halaman rumahnya.
A beras C padi
B nasi D antah

4 Nenek sedang sebuah cerek besar menuju ke dapur.
A memikul C mengangkat
B menjinjing D mengusung

5 Keindahan di kawasan puncak gunung akan
ketika cuaca baik.
A terpancar C terserlah
B tergambar D ternampak

Soalan 6 berdasarkan Gambar 1














Gambar 1




6 Pencuri itu gagal tas tangan wanita itu.
A mengambil C merampas
B meminta D meragut

7 Para peserta dan ahli panel dalam majlis forum tadi.
A bertemu ramah C bersoal jawab
B beramah mesra D bertegur sapa

8 Salman pemuda yang buta itu melintas jalan.
A menuntun C membimbing
B menonton D menarik

9 Datuk Badrul semalam akibat sakit tua.
A mati C wafat
B meninggal dunia D mangkat

10 Nenek mengajar saya tikar.
A menenun C mengait
B menyulam D menganyam

11 Lazimnya, kemalangan jalan raya berpunca daripada pengguna jalan raya itu sendiri.
A kesilapan C kecuaian
B keangkuhan D kerakusan

12 Program itu diadakan untuk kesedaran murid tentang pentingnya memelihara alam sekitar.
A menjalinkan C membangunkan
B menerbitkan D memupuk














Soalan 13 berdasarkan Gambar 2











Gambar 2
13 Shahril ke pentas untuk menerima hadiah.
A terbit C tampil
B muncul D hadir

14 Harga ikan dengan mendadak.
A melangkau C meningkat
B menaik D meninggi

15 Tembakan polis itu kaki pencuri itu.
A menyentuhi C mengenai
B memasuki D mendarahi
MEMILIH JAWAPAN KEPADA SOALAN

Pilih ayat yang paling sesuai sebagai jawapan kepada soalan yang bergaris.

1 Adakah kamu tinggal sendirian?
A Sudah lama saya tidak berteman.
B Ya, saya lebih suka tinggal sendiri.
C Ya, saya tinggal bersendirian.
D Benar, saya sememangnya tidak suka diganggu.

2 Bagaimanakah keadaan nenek kamu, Jasni?
A Nenek saya sudah lama sakit.
B Sakit nenek Jasni tidak serius.
C Nenek saya sudah sembuh.
D Saya bimbang akan kesihatan nenek.

3 Betulkah kamu sudah kenyang, Daud?
A Ya, saya makan nasi goreng tadi.
B Ya, saya baru saja selesai makan.
C Ya, saya akan makan sehingga kenyang.
D Ya, saya tak akan berhenti makan selagi belum kenyang.

4 Sudah berapa lamakah kamu mengenali Encik Sundram?
A Encik Sundram ialah jiran saya.
B Saya mengenali Encik Sundram sejak enam tahun yang lalu.
C Encik Sundram kurus orangnya.
D Encik Sundram tidak akan saya.

5 Bilakah bangunan itu siap dibina? A Bangunan itu telah siap dibina.
B Bangunan itu kepunyaan Encik Hafiz.
C Bangunan itu masih belum siap lagi.
D Bangunan itu siap dibina pada awal tahun depan.

6 Siapakah yang menggalakkan kamu menceburi bidang perubatan?
A Bidang perubatan memang luar biasa.
B Bidang perubatan sangat mencabar.
C Saya mungkin menjadi pakar jantung.
D Ayah saya yang menggalakkan saya menceburinya.

7 Aminkah yang menghantar buku ini semalam?
A Ya, baru semalam Amin menghantarnya.
B Ya, semalamlah kamu dihantar buku itu.
C Ya, Amin yang menghantar buku itu semalam.
D Ya, awaklah yang menghantar buku itu semalam.

8 Di manakah kamu letakkan cermin mata saya?
A Cermin mata di atas meja kamu.
B Saya letakkannya di atas meja.
C Saya tahu kamu letakkan cermin mata kamu.
D Pagi tadi saya meletakkannya di atas meja.

9 Sudah berapa lamakah kamu tidak pulang ke kampung?
A Saya akan pulang pada minggu hadapan.
B Sudah beberapa kali saya pulang ke kampung.
C Saya tidak berhajat untuk pulang ke kampung.
D Saya tidak pulang ke kampung sejak dua bulan lalu.

10 Sejak bila awak mula memakai cermin mata?
A Saya memakai cermin mata hanya untuk suka-suka.
B Cermin mata dibeli oleh ayah saya sejak umur saya 10 tahun.
C Saya memakai cermin mata sejak umur saya 10 tahun.
D Saya tidak suka memakai cermin mata tetapi mata saya rabun.

11 Ada sesiapa datang cari ayah di rumah, hari ini?
A Saya pasti akan ada orang datang cari ayah di rumah hari ini.
B Saya tidak pasti kerana saya juga baru balik dari sekolah.
C Mungkin besok orang itu akan datang lagi.
D Kawan ayah dari Johor Bahru telefon petang tadi.

12 Di manakah kakak mengumpulkan sampah-sarap itu?
A Kakak menyapu sampah di halaman rumah.
B Ya, kakak suka menyapu sampah kerana dapat meringankan tugas ibu.
C Sebelum dibakar, kakak mengumpulkan sampah-sarap itu terlebih dahulu.
D Sampah-sarap itu dikumpulkan oleh kakak di satu kawasan lapang.

13 Andakah yang telah mewakili Malaysia dalam acara lontar lembing dalam Sukan SEA tahun lalu?
A Ya, saya akan mewakili Malaysia dalam acara lontar lembing dalam Sukan SEA tahun lalu.
B Ya, saya sedang mewakili Malaysia dalam acara lontar lembing dalam Sukan SEA tahun lalu.
C Ya, sayalah yang telah mewakili Malaysia dalam acara lontar lembing dalam Sukan SEA tahun lalu.
D Ya, saya memang layak menyertai acara itu.

14 “Apa yang dicari oleh polis di rumah Kadir itu?” tanya Devi.
A Polis mencari Kadir di rumahnya.
B Polis mencari barang-barang yang dicuri di rumah Kadir.
C Polis mencari di rumah Kadir.
D Polis menjumpai pistol di rumah Kadir.

15 “Dari mana awak dapat buah itu?” tanya Lina.
A Saya ambil buah ini di rumah.
B Saya terima daripada ibu.
C Saya mendapat buah ini di tepi pagar.
D Saya memanjat pokok untuk mendapatkan buah ini.
KATA BANYAK MAKNA

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


1 I Jangan kamu ulangi silap itu lagi.
II “Salah dan silap harap dimaafkan,” kata juruacara itu.
III “Kalau tak silap saya, dialah yang menolong adik awak semalam,” kata Selvam kepada Rizal.
IV Pertunjukan silap mata itu bermula pada pukul 8.00 malam.
A I, II, dan III C II, III, dan IV
B I, III, dan IV D I, II, III, dan IV

2 I Pohon rambutan itu lebat buahnya.
II Anak buah Encik Abu bijak-bijak belaka.
III Dia telah menghasilkan enam buah novel.
IV Musim ini durian tidak buah, sebab itu tiada peraih yang datang.
A I dan II C I, II, dan III
B III dan IV D I, II, III, dan IV

3 I Cuaca hari ini sangat panas.
II Dia panas hati apabila kasutnya dicuri orang.
III Mereka bekerja tanpa mengira panas atau hujan.
IV Rahim berdiri di tepi unggun api untuk panas badannya.
A I dan II C I, II, dan III
B III dan IV D I, II, III, dan IV

4 I Beg plastik ada di dalam laci almari itu.
II Mereka dalam perjalanan ke Johor Bahru.
III Saya belajar untuk dalam ilmu pengetahuan.
IV Kawasan dalam itu tidak mempunyai kemudahan awam.
A I sahaja C I, II, dan III
B I dan II D I, II, III, dan IV

5 I Pembedahan itu meninggalkan parut di mukanya.
II Parut di siku Laila masih belum hilang.
III Dia bercakap perkara yang parut.
IV “Ambilkan parut kelapa itu,” suruh Pak Itam kepada anaknya.
A I dan II C I, II, dan III
B II dan III D I, II, dan IV

6 I Encik Syukri menjemput kawan-kawannya ke majlis berbuka puasa di rumahnya.
II Kakak menjemput sedikit kuih yang terhidang di atas meja.
III Silalah menjemput ke rumah saya esok.
IV Setiap petang Busu akan menjemput itik-itiknya masuk ke reban.
A I dan II C II dan IV
B II dan III D II, III, dan IV

7 I Orang tua yang hidup melarat itu telah dihantar ke rumah orang-orang tua.
II Bapa tidak melarat untuk mengangkat kayu itu.
III Penyakitnya itu telah melarat kepada setiap orang di dalam rumah.
IV Karangan awak ini sudah melarat.
A I sahaja C I dan II
B II sahaja D I dan IV

8 I Penyakit taun yang melanda Kampung Dawangi telah merebak ke Kampung Kenari.
II Banjir yang melanda kampung itu telah merebak ke kawasan yang lebih tinggi.
III Kebakaran yang berlaku di bangunan itu telah merebak ke bangunan di sebelahnya.
IV Demam denggi yang dihadapi oleh abang merebak kepada adik.
A I dan II C II dan III
B I dan III D III dan IV

9 I Air di Sungai Kelantan telah naik melebihi paras bahaya.
II Dia membeli kasut yang tidak paras dengan kakinya.
III Rupa paras yang cantik tidak menjamin kebahagiaan.
IV Ketinggian budak itu sama paras dengan ayah saya.
A I, II, dan III C I, III, dan IV
B I, II, dan IV D II, III, dan IV

10 I Jawapan yang diberi olehnya kurang tepat.
II Air yang dimasukkan oleh ibu ke dalam cerek masih kurang.
III Adik kurang membaca. Sebab itulah pengetahuannya tidak luas.
IV Duitnya masih kurang untuk membeli basikal itu.
A I dan II C I, III, dan IV
B I, II, dan III D I, II, III, dan IV

11 I Durian yang gugur itu dimasukkan ke dalam bakul.
II Pahlawan itu gugur di medan perang.
III Budak itu gugur dari pokok.
IV Rambutnya banyak yang gugur.
A I dan II C I, II, dan IV
B I dan III D II, III, dan IV

12 I Ayah sedang mengacau dodol.
II Abang suka mengacau semasa adik sedang bermain.
III Cik Susie mengacau gulai yang dimasaknya.
IV Ramu sedang mengacau kelapa di dalam bakul.
A II, dan III C I, III, dan IV
B I, II dan III D II, III, dan IV

13 I Permainan adik bertaburan di halaman rumah.
II Emak bertaburan beras untuk memberi makan ayam.
III Guli yang dibawanya jatuh bertaburan.
IV Sayur-sayuran yang dibawa oleh lori itu bertaburan di tengah jalan apabila lori itu terbalik.
A I, II, dan III C II, III, dan IV
B I, III, dan IV D I, II, III, dan IV

14 I Ibu memerah kelapa untuk mendapatkan santannya.
II Siti terpaksa memerah otak untuk menyelesaikan masalah itu.
III Kakak memerah kain yang baru dibasuhnya.
IV Bapa memerah tangan adik kerana nakal.
A I dan II C I, II, dan III
B II dan III D I, II, dan III

15 I Pertandingan tarik tali sedang berlangsung di padang sekolah.
II Teh tarik di kedai kopi itu sungguh sedap.
III Baju yang dijemur di bawah tarik matahari akan cepat kering.
IV Telinganya terasa tarik kerana luka.
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
Kata Ganti Diri

1. Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama orang.
2. Kata ganti diri tidak boleh digunakan untuk benda atau binatang. Misalnya:
*Kucing itu mati. la dilanggar lori. (salah)
Kucing itu mati dilanggar lori. (betul)
3. Kata beliau boleh digunakan hanya untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa, guru, menteri atau orang tuatua, dan bukan kanakkanak. Misalnya:
*Beliau ditangkap kerana mengedarkan dadah. (salah)
Dia ditangkap kerana mengedarkan dadah. (betul)
4. Semua kata ganti tidak boleh digandakan atau diulang menjadi *kamukamu, *andaanda, *mereka-mereka, dan sebagainya. Misalnya:
*Merekamereka yang bersalah akan dihukum. (salah)
Mereka yang bersalah akan dihukum. (betul)
5. Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi "ianya. Misalnya:
*Jika tidak dirawat, mungkin ianya akan lumpuh. (salah)
Jika tidak dirawat, mungkin is akan lumpuh. (betul)
6. Kata ganti diri seperti beta, baginda, dan patik digunakan hanya dalam hubungan dengan kerabat diraja saja.

Kata Bilangan

1. Kata bilangan ialah kata yang pada umumnya digunakan untuk menghitung benda, misalnya satu, dua, dan seterusnya, atau beberapa, semua, dan sebagainya.
2. Kata bilangan tak tentu setengahsetengah, kata bilangan pisahan tiaptiap, dan kata bilangan himpunan keduadua, dan sebagainya tidak boleh disingkatkan sewenangwenangnya. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:
(a) *Setengah orang tidak suka akan durian. (salah)
Setengahsetengah orang tidak suka akan durian. (betul)
(b) *Tiap pelajar harus berdisiplin. (salah)
*Tiaptiap pelajar harus berdisiplin. (betul)
(c) *Kedua orang itu anggota polis. (salah)
Keduadua orang itu anggota polis. (betul)
(d) `Berbagai usul dikemukakan­nya. (salah)
Berbagaibagai usul dikemukakannya.(betul
3. Kata bilangan tak tentu para pula tidak boleh diulang menjadi parapara. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:
*Parapara peserta sedang berbaris.(salah)
Para peserta sedang berbaris. (betul
4. Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga, dan seterusnya tidak boleh didekatkan sekaligus dengan kata bilangan pecahan. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:
(a) *Sudah dua suku jam dia menunggu. (salah)
Sudah dua jam suku dia menunggu. (betul)
(b) *Harganya tiga setengah ringgit. (salah)
Harganya tiga ringgit setengah. (betul)

3 Penjodoh Bilangan

1. Penjodoh bilangan digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.
2. Walau bagaimanapun, penjodoh bilangan tidak perlu digunakan ,bersamasama dengan kata bilangan seperti para, segala, sekalian, seluruh, semua, sebahagian, setengahsetengah, dan sebilangan. Misalnya:
(a) *para orang pelajar (salah)
Para pelajar (betul)
(b) *segala ekor binatang (salah)
segala binatang (betul)
(c) *sekalian orang peserta (salah)
sekalian peserta (betul)
(d) *seluruh buah negari (salah)
seluruh negeri (betul)
(e) *semua orang gadis (salah)
semua gadis (betul)

4 Kata Sendi

1. Kata sendi ialah kata yang digunakan bersamasama dengan frasa nama untuk menghubungkan frasa nama itu dengan katakata lain dalam ayat.
2. Sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata adjektif dan kata kerja tak transitif, kata sendi tidak boleh dilenyapkan. Misalnya:
(a) *Ravi suka durian. (salah)
Ravi suka akan durian. (betul)
(b) *Kami lalu jalan itu supaya cepat sampai. (salah)
Kami lalu di jalan itu supaya cepat sampai. (betul)
(c) *Abang sudah pergi pejabat.(salah)
Abang sudah pergi ke pejabat. (betul)
(d) *Kita mesti hormat guru. (salah) Kita mesti hormat akan/kepada/ terhadap guru. (betul)
(e) *Saya bertemu Ali di pasar pagi tadi. (salah)
Saya bertemu dengan Ali di pasar pagi tadi. (betul)
3 .Elakkan penggunaan kata sendi yang diberikan dalam kurungan.
Para pelancong dari Jepun. (bukan *daripada)
(b) Ucapan itu daripada Encik Jamal. (bukan *dan)
Ali lebih tinggi daripada Ahmad. (bukan *dari)
(d) Bekas itu dibuat daripada plastik. (bukan *dari)
(e) Buku ini terdiri daripada tiga bahagian. (bukan *dari)
(f) Pada waktu petang, saya membantu ayah. (bukan * di)
(g) Buku itu ada pada Sheila. (bukan *dengan)
h) Pasu itu terhempas ke tanah. (bukan *di)
(i) Encik Azman sudah berpindah ke Kelang. (bukan * di)
j)Buku itu sudah saga pulangkan kepada pustakawan. (bukan *ke)
k)Isa tertarik oleh kejelitaan gadis itu. (bukan * dengan)
l)Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang saudara­
saudara berikan. (bukan * diatas)

5transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dengan makna yang penuh.
2. Kata kerja tak transitif yang berawalan ber, atau men, atau ter, misalnya: berbincang, berkata, bertanya, melompat, tersenyum, dan sebagainya tidak boleh ditiadakan awalannya. Contohnya:
(a) *Dia kata kepada saya. (salah)
Dia berkata kepada saya. (betul)
(b) *Jangan lompat. (salah)
Jangan melompat. (betul
(c) *Dia senyum kepada saya. (salah)
Dia tersenyum kepada saya. (betul)

6 Kata Kerja Transitif

1. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai objek untuk menjadi frasa kerja yang dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat.
2. Objeknya mestilah frasa nama.
3. Kecuali kata makan dan minum serta katakata yang berapitan ber...kan, semua kata kerja transitif dalam ayat aktif tidak boleh tidak berawalan men, Misalnya:
(a) *Dia suka baca buku. (salah)
Dia suka membaca buku (betul
(b) *Ahmad tendang bola itu. (salah)
Ahmad menendang bola itu. (betul)
4. Kata kerja transitif yang berapitan men ...kan dan men ...i berbagaibagai maknanya dan mesti digunakan dengan berhatihati. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:
(a) *Dia memberikan saya sebatang pena. (salah)
Dia memberi saya sebatang pena. (betul)
Dia memberikan sebatang pena kepada saya. (betul)
(b) *Hakim menjatuhkan orang itu hukuman mati. (salah)
Hakim menjatuhi orang itu hukuman mati. (betul)
Hakim menjatuhkan hukuman mati terhadap orang itu. (betul)

7 Kata Tanya

1. Kata tanya digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
2. Beberapa contoh kata tanya yang biasa digunakan ialah apa, bagaimana, berapa, mana, mengapa, dan siapa.
3. Kesalahan umum dalam penggunaan kata tanya Bering berlaku pada kata apa dan siapa.
4. Kata tanya apa boleh digunakan hanya untuk menanyakan nama benda atau binatang saja.
5. Kata tanya siapa pula boleh digunakan hanya untuk menanyakan nama manusia.
6. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:
(a) *Nama kucing ini siapa? (salah)
Nama kucing ini apa? (betul)
(b) *Apa nama anak saudara ini? (salah)
Siapa nama anak saudara ini? (betul)

8 Kata Hubung

1. Kesalahan umum dalam penggunaan kata hubung biasanya berlaku sebagai akibat tidak memahami cara menggunakan kata hubung itu dengan tepat dalam ayat.
2. Elakkan penggunaan kata hubung yang diberikan di dalam kurungan.
(a) Koding berdiri lalu memberikan jawapan. (bukan *maka)
(b) Gadis itu cantik tetapi sombong. (bukan *meskipun)
(c) Dia akan tidur di rumah saya atau di hotel. (bukan *dan)
(d) Siti menangis apabila mendengar berita itu. (bukan *bila)
(e) Saya terkejut apabila Lili menjerit. (bukan *bila)
(f) Kita mestilah yakin bahawa Tuhanlah yang menentukan segalagalanya. (bukan "agar)
(g) Sekiranya saya terlupa, tolong ingatkan saya. (bukan *maka)
(h) Bayi itu lapar maka dia menangis. (bukan *hingga)
(i) Jamal rajin membaca buku tetapi adiknya malas. (bukan * meskipun)
(j) Buku ini berguna bukan saja bagi para pelajar tetapi juga bagi para guru. (bukan * baik...ataupun)

9 Penggunaan Kata yang Tidak Tepat

1. Dalam bahasa Malaysia, ada beberapa kata yang seakanakan sama ejaannya tetapi berlainan maknanya.
2. Oleh sebab di kalangan masyarakat ada orang yang gemar mengagak-agak ketika menggunakan sesuatu kata tanpa merujuk kepada kamus, maka berlakulah kesalahan ini.
3. Yang berikut adalah senarai beberapa patah kata yang sering digunakan dengan salah dalam ayat.
Ayat Aktif dan Ayat Pasif

1. Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya tetapi mempunyai maksud sama.
2. Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek.
3. Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya.

1. Ayat aktif ialah ayat yang kata kerja berawalan men-. Contohnya:
(a) Emak memasak nasi dan sebagainya
(b) Pasukan pengakap telah mendirikan khemah itu.
(c) Ketua murid menaikkan bendera sekolah.

2. Ayat pasif ialah ayat yang kerjanya……
(a) tidak berawalan men- dan didahului kata ganti diri pertama dan kata ganti diri kedua.
Contohnya:
i. Bola itu saya tendang.
ii. Borang itu perlu anda isi.
(b) berawalan di- dan diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga.
Contohnya: Baju itu dibasuh oleh kakak.

3. Ayat pasif terdiri daripada:
(a) ayat pasif diri pertama, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men-
dan didahului kata ganti diri pertama seperti aku, kami, kita, saya, dan sebagainya.
(b) ayat pasif diri kedua, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men-
dan didahului kata ganti diri kedua seperti awak, anda, kamu, engkau, dan sebagainya.
(c) ayat pasif diri ketiga, iaitu ayat yang kata kerjanya berawalan di-, diikuti kata sendi oleh serta
kata ganti diri ketiga seperti ia, dia, beliau, baginda, dan sebagainya.

4. Kedua-dua ayat aktif dan pasif membawa maksud yang sama walaupun bentuknya
berbeza.


Ayat Aktif
Ayat Pasif Diri Pertama
(a) Saya mencuci kasut sekolah.
(b) Kita menerima keputusan itu.
(c) Aku akan memetik bunga itu.
(d) Kami sudah menyusun jadual itu.

KATA GANDA

Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan.
Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya. Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu dalam perkataan tersebut.
Kata ganda terdiri daripada:
(a) kata ganda seluruh;
(b) kata ganda semu;
(c) kata ganda separa;
(d) kata ganda bersajak atau berima;
(e) kata ganda berimbuhan.
3. Terdapat empat jenis kata Gandaan iaitu :
a. Gandaan Seluruh Kata
b. Gandaan Separa / Separuh
c. Gandaan Berirama
d. Gandaan Menyaling

Gandaan Seluruh Kata
Gandaan berlaku pada seluruh perkataan tersebut tanpa ada perubahan.
1. Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.
2. Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang ().
3. Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan.

buku-buku
lembu-lembu
murid-murid
kawan-kawan
baring-baring
pandang-pandang
jalan-jalan
usik-usik
manis-manis
besar-besar
awal-awal
bulat-bulat

sama ada sebahagian atau seluruhnya.

2. Kata ganda terdiri daripada:
(a) kata ganda seluruh;
(b) kata ganda semu;
(c) kata ganda separa;
(d) kata ganda bersajak atau berima;
(e) kata ganda berimbuhan.

Kata Ganda Seluruh
1. Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.
2. Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang ().
3. Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan.

Senarai Kata Ganda Seluruh alat-alat awal-awal baik-baik benar-benar besar-besar budak-budak cacing-cacing cepat-cepat curam-curam dalam-dalam daun-daun dekat-dekat elok-elok erat-erat gajah-gajah gemuk-gemuk hampir-hampir hitam-hitam ibu-ibu jarang-jarang jari-jari kadang-kadang kasar-kasar kereta-kereta lazat-lazat lembu-lembu lembut-lembut nakal-nakal nanas-nanas nyaris-nyaris pagi-pagi putih-putih
1. Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan
2 Kata Ganda Semu
1. Kata ganda semu ialah kata ganda yang terbentuk daripada kata yang digandakan seluruhnya dan diberi tanda sempang.
Kata ganda semu mempunyai makna yang khusus.
3. Kata ganda semu terdiri daripada kata name.
Senarai Kata Ganda Semu
agaragar analanal angkutangkut antinganting biribiri bulibull dekakdekak epokepok gulagula jemputjemput jentikjentik kanakkanak kisikisi kunangkunang
kudakuda kupukupu kurakura labahlabah layanglayang oleholeh ondeonde panjipanji pijatpijat ramarams sumpahsumpah ubunubun umangumang undangundang
3 Kata Ganda Separa
1. Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang digandakan.
Senarai Kata Ganda Bersajak/Berima
2. Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama.
Senarai Kata Ganda Separa
bebawang
bebenang
bebudak
cecair
dedalu
dedaun
dedawai
gegendang
geguli
jejari
jejarum jejentik kekabu kekisi
kekunci kekuda lelaki
lelangit
lelayang pepejal pepijat pepenjuru rerambut sesiku sesungut tetamu tetangga
4 Kata Ganda Bersajak/Berima
1. Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan.
Contohnya:
(a) persamaan bunyi di pangkal: lalu-lalang, beli-belah, dentam-dentum, dan sebagainya.
persamaan bunyi di hujung:
karut-marut, cerai-berai, calar-balar, dan sebagainya.
penyesuaian bunyi seluruhnya: compang-camping, dolak-dalik, huyung-hayang, dan sebagainya.
Persamaan Bunyi
di Pangkal
Persamaan Bunyi
di Hujung
Penyesuaian bunyi
Seluruhnya
batu-batan
anak-pinak
bolak-batik
beli-belah
calar-balar
compang-camping
bengkang-bengkok
cerai-berai
dolak-dalik
corat-coret
comot-momot
gopoh-gapah
degap-degup
gotong-royong
gunung-ganang
dentam-dentum
karut-marut
haru-biru
desas-Jesus
kaya-raya
huru-hara
gembar-gembur
kuih-muih
huyung-hayang
gerak-geri
pindah-randah
kacau-bilau
Gandaan Separa Separuh
1. Gandaan separa dibina dengan cara memendekkan atau menyingkirkan bahagian perkataan asalnya.
2. Hanya diambil hujung perkataan itu.
Contohnya :
lelaki
bebola
lelabah
pepohon
jejari
kekuda
jejentik
kekabu
dedaun
kekisi
Gandaan Berirama
1. Gandaan Berirama dibina dengan menambahkan perkataan yang lain bunyinya kepada perkataan asal.
2. Berlaku perubahan ejaan dan bunyi perkataan asalnya.
Contoh :
lauk-pauk
batu-bata
saudara-mara
bukit-bukau
kacau-bilau
tunggang-langgang
tanah-tanih
semak-samun
bengkang-bengkok
gelap-gelita
Gandaan Menyalin
1. Gandaan Menyalin dibina dengan mengekalkan kata dasarnya tetapi diikuti dengan kata berimbuhan.
2. Perkataan keduanya ditambah me ( N )
contoh :
tahu-menahu
tolong-menolong
jahit-menjahit
tarik-menarik
kejar-mengejar
sulam-menyulam
tawar-menawar
kata-mengata
sepak-menyepak
karang-mengarang
tari-menari
tangis-menangis
rampas-merampas
tumbuk-menumbuk
simpan-menyimpan

Selasa, 13 April 2010

SOALAN PENJODOH BILANGAN

PENJODOH BILANGAN

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan penjodoh bilangan yang paling sesuai.


1 Johan mengopek kelapa dengan menggunakan se parang.
A bilah C pucuk
B tangkai D buah

2 Lapan rumah teres musnah dalam kebakaran pagi semalam.
A tingkat C pintu
B papan D pangsa

3 Dua lanun itu telah ditumpaskan oleh polis marin.
A puak C kumpulan
B gerombolan D anggota

4 Di tepi jalan itu terdapat empat dawai elektrik.
A gulung C ikat
B gumpal D gelung

5 Emak membentangkan permaidani di ruang tamu.
A segelung C segulung
B sehelai D selembar

6 Empat tikar dibentangkan di dalam surau itu sebelum makmum bersolat.
A daun C helai
B kajang D keping

7 Dua askar ditugaskan menjaga sempadan negara agar tidak dicerobohi pihak musuh.
A kumpulan C buah
B gerombolan D ketumbukan

8 Adib memelihara se_____ burung serindit dalam sangkar yang sama.
A kumpulan C ekor
B pasang D kawan


9 Zaki memancing dengan menggunakan se_______ joran yang baru dibelinya.
A potong C batang
B buah D kaki


10 Pihak polis melepaskan tujuh ______ tembakan ke arah penceroboh itu.
A das C butir
B laras D pucuk

11 Abang Zailan menghadiahi kakak se ____ cincin permata yang mahal harganya.
A utas C biji
B bentuk D buah

12 Sultan Iskandar menganugerahkan se_______ persalinan kepada Hang Tuah.
A helai C lembar
B keping D pasang

13 Karimah membawa dua ____ payung semasa pergi berkelah di tepi pantai.
A batang C kaki
B pucuk D bilah

14 Kasrina memasukkan tiga _____ ais ke dalam minumannya.
A butir C ketul
B biji D buah

15 Puan Wizana menyuruh anaknya pergi membeli empat ______ sabun mandi.
A bentuk C ikat
B ruas D buku


SIMPULAN BAHASA

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisikan ke tempat kosong dalam ayat di bawah ini.

1 Budak itu selalu bertumbuk dengan rakan-rakannya.
A kacang hantu C ringan tulang
B hidung belang D berat mulut

2 Dia pantas seperti apabila disuruh melakukan sesuatu kerja.
A atas angin C bidan terjun
B lipas kudung D lari-lari anak

3 Ayah tidak dapat memandu pada waktu malam kerana dia .
A mata angin C rabun ayam
B terang tanah D rambang mata

4 Adik-beradik itu telah tentang pembahagian harta arwah ayah mereka.
A bermuka dua C lidah bercabang
B bertikam lidah D perang saudara

5 Omar telah pergi ke luar negara selama seminggu.
A ambil angin C atas angin
B angin-angin D makan angin

6 Tawanan perang itu agar mereka tidak dibunuh.
A minta hati C minta diri
B minta nyawa D minta kasih

7 Walaupun sibuk dengan tugas seharian, dia tetap untuk menghadiri perjumpaan itu.
A mencari jalan C membuka jalan
B meminta jalan D ada jalan

8 Pergerakan pemain itu lincah seperti ____.
A lipas kudung
B cacing
C lintah
D ikan keli

9 Suara Siti Nurhaliza itu lunak umpama ______.
A buluh kuning
B buluh sakti
C buluh betung
D buluh perindu

10 Kata-kata orang yang ___ memang senantiasa berubah-ubah.
A berat mulut
B mulut murai
C lidah bercabang
D banyak mulut

11 Kejayaan Liza dalam pertandingan itu telah ________ orang-orang yang memperlekeh kebolehannya selama ini.
A membuka mulut
B membuka mata
C membuka langkah
D membuka pintu

12 Sudah _____ Mak Jenab menasihati Kamal, tetapi dia masih degil.
A berbuih mulut
B buka mulut
C rambang mata
D makan hati

13 Sanariah _______.Dia meminta balik pen yang telah diberikan kepada saya.
A kuku besi
B lidah bercabang
C murah hati
D buruk siku

14 Cikgu Suzana melarang murid-muridnya menggunakan ____ di dalam kelas.
A bahasa mulut
B bahasa dalam
C bahasa pasar
D bahasa biasa

Soalan 15 berdasarkan Gambar 2










Gambar 2
15 Sikap Azimi yang suka menghormati orang-orang tua menyebabkan Encik Lukman _____ kepadanya.
A jatuh hati
B jatuh iman
C jatuh bangun
D jatuh melarat
KATA GANDA
Isi tempat-tempat kosong dengan kata ganda yang paling sesuai.

1 Muka Ani _______ apabila ternampak lembaga hitam itu.
A comot-momot
B licin-licau
C kering-kontang
D pucat-lesi

2 Hafiz Hashim bermain ber_____ untuk mengalahkan pemain dari Denmark itu.
A tungkus-lumus
B mati-matian
C gotong-royong

3 Semangat patriotisme Encik Lim semakin ______ menjelang Hari Kebangsaan.
A berapi-api
B berdegup-degap
C berkobar-kobar
D berkibar-kibar

4 Orang ramai dinasihati agar jangan mempercayai _____ yang disebarkan dalam Internet.
A remeh-temeh C desas-desus
B selok-belok D tindak-tanduk

5 “______ kamu berjaya mengusahakan perusahaan ini,” kata Encik Lim kepada rakannya.
A Alang-alang
B Moga-moga
C Diam-diam


6 Zarina ________ apabila tangannya tersentuh lintah itu.
A keluh-kesah
B geli-geleman
C letih-letak

7 Ada ______ bahawa kerajaan akan memberikan bonus kepada semua kakitangan awam.
A ura-ura
B berita-berita
C cita-cita
D bunyi-bunyi

8 Sikap Kumar itu telah menyebabkan hati ibunya ______.
A kerak-keruk
B punah-ranah
C kelam-kabut
D remuk-redam

9 Puan Kamsiah menyapu _______ yang gugur dari pokok di halaman rumahnya.
A bebawang
B dedaun
C rerumput
10 Lalita dan Ragu mendapat tempat kedua dalam acara ________ itu.
A tari-tari
B tari-menari
C menari-nari
D bertari-tari

KEINDAHAN CIPTAAN TUHAN







Isnin, 12 April 2010

Hukum DM

jeruk mangga sepatutnya mangga jeruk
mini bas sepatutnya bas mini
taip mesin sepatutnya mesin taip

Ahad, 11 April 2010

KATA KERJA

Kata kerja dapat didefinisikan sebagai perbuatan/perlakuan/keadaan melakukan sesuatu. Secara umumnya, kata kerja dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan utama, iaitu:
a) Kata kerja tak transitif
b) Kata kerja transitif
c) Kata kerja terbitan

Kata Kerja Tak Transitif
Dalam pembentukan ayat, kata kerja tak transitif tidak memerlukan objek sebagai penyambut, kerana kata kerja tak transitif telah sempurna maksudnya.

Kata Kerja Transitif

Dalam pembentukan ayat, kata kerja transitif memerlukan objek (frasa nama) sebagai penyambut atau pelengkap.

1. Kata kerja transitif terbahagi kepada dua bentuk, iaitu kata kerja transitif aktif dan kata kerja
transitif pasif.
2. Kata kerja transitif aktif terdiri daripada kata kerja yang berawalan meN-, meN-…-i, mempeR-…-i,
mempeR-, berapitan meN-…-kan, dan berapitan mempeR-…-an.
3. Kata kerja transitif pasif terdiri daripada kata kerja transitif pasif berimbuhan beR-, di-, dan teR-
dan kata kerja pasif tanpa awalan.

Perhatikan ayat-ayat di bawah ini.
1. Seluarnya belum bergosok.
2. Kasut itu digilapnya.
3. Anak hartawan itu kena culik.

Kata Kerja Terbitan
Kata kerja terbitan terhasil daripada kata adjektif, atau kata nama atau kata hubung atau kata sendi nama yang diberikan imbuhan beR-, meN-…-i, meN-…-kan, mempeR-, mempeR-…-i, mempeR-…-kan.

Perhatikan jadual kata kerja terbitan di bawah ini.


Contoh penggunaan dalam ayat:
1. Pokok mangga itu belum berbuah.
2. Saya bercadang untuk menyertai perarakan itu.
3. Mereka memperoleh keuntungan yang banyak hasil daripada jualan buku itu.

· Kata kerja transitif mestilah diletakkan awalan beR- atau meN-atau teR- .
· Kata kata lain tidak boleh diletakkan di antara kata kerja transitif dengan objek dalam ayat.
· Jika terdapat frasa nama yang mengikuti kata kerja transitif dalam ayat, kata nama tersebut mestilah diletakkan kata sendi namanya.
· Kata kerja pasif diri pertama dan kata kerja pasif diri kedua perlulah dibezakan daripada kata kerja
pasif diri ketiga.

Contoh:
·Kuih itu saya makan. (kata kerja pasif diri pertama)
·Kuih itu awak makan? (kata kerja pasif diri kedua)
·Kuih itu dimakan oleh mereka. (kata kerja pasif diri ketiga)

Nota Ayat Pasif

AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF

Ayat Aktif
Ayat aktif ialah yang menekankan atau mengutamakan si pelaku/pembuat sebagai subjek dan ayatnya mengandungi kata kerja yang berawalan MeN- (me-, mem-, men-, menge-, dan meny-).

Ayat Pasif
Ayat pasif ialah ayat yang menekankan/mengutamakan objek dan perbuatannya. Ayat ini mengandungi kata kerja tanpa awalan atau kata kerja yang berawalan di- beserta dengan kata sendi oleh.


Jenis-jenis Ayat Aktif

Ayat aktif terbahagi kepada dua jenis seperti yang berikut:-
1. Ayat aktif transitif
2. Ayat aktif tak transitif

a) Ayat Aktif Transitif
Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama sebagai objek.
b) Ayat Aktif Tak Transitif

Ayat aktif tak transitif ialah ayat aktif yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut.
Perhatikan binaan ayat aktif tak transitif di bawah ini.
1. Anak kecil itu pandai menyanyi.
2. Ibunya sedang mandi.
3. Motosikal itu terjunam ke dalam gaung.


· Hanya ayat aktif transitif yang dapat dipasifkan kerana ayat aktif transitif mempunyai objek di dalamnya. Ayat aktif tak transitif tidak dapat dipasifkan kerana tidak mempunyai objek di dalam ayat tersebut.

Jenis-jenis Ayat Pasif

Dalam bahasa Melayu baku ayat pasif dapat dibahagikan kepada tiga jenis seperti yang berikut:-

1. Ayat pasif diri pertama - (aku, saya, beta, hamba, patik, daku, kami dan beta)
2. Ayat pasif diri kedua - (anda, awak, engkau, kamu, kalian dsb)
3. Ayat pasif diri ketiga - (dia, mereka, nya, beliau, Ali dsb)

Perhatikan penerangan di bawah ini.

a) Ayat Pasif Diri Pertama
Ayat pasif diri pertama ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri pertama seperti aku, beta, saya, kami, kita, dan sebagainya.
Ayat contoh:
b) Rumah itu saya bina.
b) Kereta itu kami beli.
b) Jambatan itu aku robohkan.

b) Ayat Pasif Diri Kedua
Ayat pasif diri kedua ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri kedua seperti awak, kamu, anda, dan sebagainya.
Ayat contoh:
1. Jam tangan itu kamu beli?
2. Kasut kulit itu awak gilap?
3. Buku novel itu anda baca?

c) Ayat Pasif Diri Ketiga
Ayat pasif diri ketiga ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri ketiga seperti dia, beliau, mereka, dan sebagainya.
Ayat contoh:
1. Dahan rambutan itu dicantas oleh mereka.
2. Pintu bilik itu dibaiki oleh Maniam.
3. Lori panjang itu dipandu olehnya/dia.

· Ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua adalah sama bentuknya tetapi ayat pasif diri ketiga bentuknya berbeza dengan ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua.

· Elakkan daripada membina/membentuk ayat pasif diri ketiga sama seperti pembentukan ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua dan sebaliknya.

Jumaat, 9 April 2010

Sejarah

Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan Kesultanan Melaka oleh Parameswara, seorang bangsawan Srivijaya dari Palembang, keturunan majapahit, pada tahun antara 1400 hingga 1403.
Parameswara adalah keturunan Raden Wijaya, raja pertama dan pengasas Kerajaan Majapahit (1293-1309)yang menikahi Sri Gayatri Rajapatni, puteri dari Sri Kertanegara, raja terakhir (1268-1292) Kerajaan Singhasari, yang kemudian memiliki Puteri Tribuana Tunggadewi, pemimpin ketiga (1326-1350) Kerajaan Majapahit. Beliau menikahi Kertawardana, dan memiliki Puteri Iswari. Si puteri kemudian menikahi Singawardana, dan memiliki Putri Sarawardani. Kemudian ia menikahi Ranamenggala, dan memiliki anak bernama Parameswara yang lahir di tahun 1344 pada saat neneknya, Ratu Tribuana Tunggadewi, memerintah Majapahit.
Kesultanan Melaka ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihak Portugis pada tahun 1511.
Untuk rencana lanjutan, lihat Kesultanan Melaka.
Isi kandungan
Pemerintahan Jajahan
Melaka ditawan oleh Alfonso de Albuquerque, seorang Wizurai Portugis pada 24 Ogos 1511 dan menjadikannya suatu pangkalan strategik bagi pengembangan pihak Portugis di Hindia Timur. Sultan Mahmud Shah, Sultan terakhir Melaka, melarikan diri ke daerah pedalaman dan menyebabkan kesukaran kepada pihak Portugis dengan serangan sekejap-sekejap dari tanah daratan dan laut. Akhirnya, pada tahun 1526, seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh negeri Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan yang melindungi Sultan Mahmud. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatra di mana beliau mangkat dua tahun kemudian.
St. Francis Xavier, seorang mubaligh Jesuit, tinggal di Melaka selama beberapa bulan pada tahun 1545, 1546 dan 1549 kerana hendak menjadikan Melaka sebagai pusat operasinya di Timur.
Pada tahun 1641, pihak Belanda menakluk Melaka dengan penewasan pihak Portugis melalui bantuan Sultan Johor. Walaubagaimanapun, pihak Belanda tidak berminat menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan di antara Timur dan Barat tetapi mereka lebih mementingkan pembangunan Batavia (Jakarta) di Indonesia sebagai pusat pentadbiran mereka.


Fort A' Formosa: Perobohan oleh pihak British dihentikan oleh Sir Stamford Raffles pada 1808 sewaktu beliau singgah di Melaka. Apa yang ketinggalan dipelihara sehingga hari ini. (Gambar oleh: Cornell Japanese Animation Society)
Pihak Belanda menyerahkan Melaka kepada pihak British mengikut Perjanjian British-Belanda pada tahun 1824. Dari 1826 hingga 1867, Melaka diperintah oleh Syarikat Hindia-Timur British (British East India Company), dan kemudiannya menjadi sebuah tanah jajahan British. Ia menjadi sebahagian Petempatan Selat (Straits Settlement), bersama-sama dengan Singapura dan Pulau Pinang pada tahun 1946. Selepas pembubaran tanah jajahan, Melaka dan Pulau Pinang menjadi sebahagian Malayan Union yang kemudiannya menjadi Malaysia.
Melaka diisytiharkan sebagai "Bandaraya Bersejarah" pada 15 April 1989.
[Kesultanan Melaka
1400: Parameswara, putera raja dari Palembang setelah ditumpaskan oleh Majapahit telah menuju ke Temasik (nama asal Singapura) dan akhirnya membuka negeri Melaka.
1403: Laksamana Yin Ching dalam misi perdagangannya telah singgah di Melaka dan menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan China - Melaka.
1409: Parameswara membayar ufti kepada negeri China untuk mendapat perlindungan daripada serangan pihak Siam.
1409: Laksamana Cheng Ho, ketua Armada perdagangan China dan para pembesar tiba di Melaka bagi mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara.
1411: Parameswara diiringi pembesar Melaka dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang serta ditemani oleh Laksamana Cheng Ho belayar ke China. Baginda diterima mengadap Maharaja Yung Lo.
1414: Parameswara berkahwin dengan Puteri Pasai. Baginda memeluk agama Islam dan memakai gelaran Sultan Iskandar Shah (1414-1424).
1424: Parameswara mangkat dan anakandanya, Sri Maharaja menaiki takhta dan menukar namanya menjadi Sultan Muhammad Shah (1424-1444).
1444: Sultan Muhammad Shah diganti oleh putera bongsunya, Raja Ibrahim.
1445: Raja Ibrahim dibunuh dan dimakamkan dengan gelaran Sultan Abu Syahid.
1446: Raja Kassim menaiki tahta dan memakai gelaran Sultan Muzaffar Shah (1446-1458) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri.
1447: Serangan pertama Siam ke atas Melaka. Pihak Siam ditewaskan tidak jauh dari Muar.
1456: Tun Perak menjadi Bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka Raja. Beliau telah berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.
1458: Sultan Mansur Shah menaiki takhta. Maharaja China telah menghantar Laksamana Cheng Ho yang membawa Puteri Hang Li Po dan dikahwinkan dengan Baginda. Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpateh Puteh dengan segolongan pengiring ke negeri Cina untuk mengiring Hang Li Po.
1477: Sultan Mansur Shah mangkat dan Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488) menaiki takhta pada umur 15 tahun. Baginda merupakan seorang yang tegas dalam melaksanakan tugasnya.
1488: Sultan Alauddin diracun mati di Pagoh dan diganti oleh Sultan Mahmud Shah (1488-1511).
1498: Tun Perak meninggal dunia.
1500: Tun Mutahir, sepupu Tun Perak, menggantikannya sebagai Bendahara bergelar Bendahara Seri Maharaja dan menjadi bendahara yang paling berkuasa di kalangan bendahara-bendahara.
1509: Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar 'Benggali Putih' oleh orang tempatan. Atas sebab perselisihan faham, angkatannya diserang oleh Melaka dan 20 anak kapalnya ditahan.
1510: Bendahara Tun Mutahir dan keluarganya mati dibunuh oleh Sultan Mahmud Shah kerana beliau enggan menyerahkan anaknya Tun Fatimah kepada baginda.Selain itu, beliau telah di fitnah oleh para pembesar bahawa beliau ingin mengatasi kekayaan sultan.Sultan Mahmud Shah tanpa usul periksa telah membunuh Tun Muthahir dam keluarganya.Kemudian Sultan menyedari akan kesilapannya . Sultan Mahmud Shah memilih anaknya, Sultan Ahmad Shah menggantikan baginda sebagai Sultan sementara.
[sunting] Pemerintahan Portugis
1511: Alfonso d'Albuquerque tiba di Melaka pada 10 Ogos dan membuat permintaan membina sebuah markas Portugis di Melaka tetapi permintaanya ditolak oleh sultan. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos dan membina A Famosa dalam tempoh enam bulan. Dengan penewasan Sultan Mahmud Shah, pihak Portugis memerintah Melaka selama 130 tahun.
1513: Patih Unus dari Jawa, seorang pahlawan Jawa yang menjadi Sultan Demak di Sumatera menyerang Melaka.
1518-1519: Sultan Mahmud Shah telah mengerah rakyatnya membina tembok tinggi mengelilingi Melaka dalam masa tiga bulan.
1521: Gereja St. Paul dibina oleh Kapten Portugis yang bernama Duarte Coelho dan dinamakan "Our Lady of The Hill", tetapi kemudiannya ditukar oleh pihak Belanda kepada tempat persemadian bangsawan dan dinamakan "Gereja St. Paul".
1523: Sultan Mahmud gagal sekali lagi dalam penawanan Melaka.
1525: Laksamana Hang Nadim telah mengepung Kota A Famosa. Pihak Portugis membuat catuan makanan dari Goa.
1526: Seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh negeri Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan yang melindungi Sultan Mahmud Shah. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatra.
1528: Sultan Mahmud Shah mangkat di Kampar, Sumatra.
1537: Pihak Aceh menyerang pihak Portugis di Melaka pada kali yang pertama.
1545: Buat pertama kalinya, Fr. Francis Xavier tiba di Melaka. Pada keseluruhannya, beliau membuat lima lawatan ke Melaka kerana hendak menjadikan Melaka sebagai pusat operasinya di Timur.
1548: Kolej St. Paul (St. Paul's College), sekolah pertama di Melaka, dibina oleh St. Francis Xavier untuk orang Katolik Portugis dan orang tempatan yang memeluk agamanya.
1551: Gabungan Johor, Japara dan Perak yang mantap telah menawan Melaka dan mengepungnya selama tiga bulan.
1553: Fr. Francis Xavier meninggal di Pulau Sancian berdekatan Canton, China dan dibawa ke gereja St. Paul selama sembilan bulan persemadiannya sebelum mayatnya dibawa semula ke Goa, India.
1568: Johor membantu Portugis Melaka mematahkan serangan Acheh. Acheh telah mengawal Selat Melaka selama enam puluh tahun.
1582: Pihak Portugis membantu Johor daripada serangan Aceh, dan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah menjadi Sultan Johor pertama yang melawat Melaka.
1587: Johor menyerang pihak Portugis secara besar-besaran melalui serangan tanah daratan dan laut tetapi gagal sewaktu angkatan pihak Portugis sampai dari Goa.
1588: Pelawat Inggeris pertama, Ralph Ritch telah tiba di Melaka.
1597: Pihak Belanda membuat serangan pertama Belanda ke atas Kota Portugis Melaka.
1606: Pihak Belanda di bawah Laksamana Matelieff de Jonge bekerjasama dengan Sultan Johor untuk menguasai Melaka. Percubaan selama tiga bulan gagal apabila Portugis mendapat bantuan dari Goa.
1615-1616: Acheh menyerang Melaka.
1628-1629: Acheh memerintah Melaka selama lapan bulan sebelum pihak Portugis mengambil Melaka kembali.
1636: Kapal Belanda telah memusnahkan kapal Portugis di pelabuhan.
[sunting] Pemerintahan Belanda


Kota Di Melaka pada 1604.
1641: Pihak Belanda (1641 - 1795) menewaskan pihak Portugis pada 14 Januari dan menakluk Melaka dengan pembantuan Sultan Johor. Gabenor Portugis, Manuel de Souza Couthinho, menyerah kalah kepada Kapten Minne Williemson Kaartokoe.
1645: Tokong Cheng Hoon Teng telah dibina oleh Kapten Lee Wei King dan ia merupakan tokong Cina yang tertua di Malaysia.
1645-1670: Perang antara Belanda - Naning.
1650: Bangunan Stadthuys dibina sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan timbalannya, dan dijadikan pusat pentadbiran Belanda di Melaka.
1710: Gereja St. Peter, gereja Katolik tertua di Malaysia, dibina selepas pihak Belanda memberi kebebasan kepada orang Katolik untuk mengamalkan agama mereka.
1753: Gereja Christ, yang melambangkan seni rekabentuk Belanda, disiap sepenuhnya selepas pembinaan dua belas tahun.
1756: Bugis di bawah pemerintahan Daeng Kemboja telah menyerang Melaka.
1784: Raja Haji datang ke Melaka untuk menawannya tetapi terbunuh semasa pertempuran di Teluk Ketapang.
1795: Syarikat Hindia Timur menguasai Melaka buat sementara semasa Perang Napoleon.
1807: Pihak British di bawah William Farquar mula memusnahkan kubu Portugis dan mengusir pengaruh Portugis dari Melaka. Kemudian Belanda merancang untuk menukarkan pedagang-pedagang yang datang ke Melaka berpindah ke Pulau Pinang dan berhasrat melemahkan kekuatan Melaka.Kerja-kerja memusnahkan kota ini menelan belanja disekitar 70,000 paun sterling.
1808: Kedatangan Sir Stamford Raffles telah menyelamatkan Melaka dari kemusnahannya dengan persetujuan Lord Minto. Rancangan pemindahan penduduk dibatalkan.
1818: Melaka dipulangkan kepada pihak Belanda di bawah Perikatan Vienna selepas Perang Napoleon.
1819: Sultan Husin Shah telah menyerahkan Singapura kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris. Makam baginda terdapat di Masjid Tengkera.

Pemerintahan British
1824: Satu Perikatan British-Belanda (juga digelarkan Perikatan London) dibuat yang mana pihak British memberi Bencoleen (Bengkulu) di Sumatra kepada pihak Belanda sebagai pertukaran dengan Melaka. Perikatan ini ditandatangani untuk mengasingkan kawasan jajahan British dan Belanda. British telah menguasai kawasan utara Selat Singapura sementara Belanda di bahagian Selatan (Kepulauan Indonesia).
1826: Melaka, Pulau Pinang dan Singapura disatukan menjadi Negeri-negeri Selat.
1849: Gereja St. Francis Xavier dibina untuk memperingatkannya.
1867: Negeri-negeri Selat menjadi tanah jajahan British. Pejabat Pemerintahan Gabenor-Jeneral yang berpusat di India berpindah ke Pusat Pemerintahan di London.
1895: Penanaman getah secara ladang dilakukan oleh Tan Chay Yan di Bukit Lintang, Melaka.
1941: Perang Dunia ke-2 berlaku. Jepun mengebom Pearl Harbour (Pengkalan Laut yang penting di Hawai bagi Amerika Syarikat).
1942: Melaka jatuh ke tangan Jepun.
1945: British kembali menguasai Melaka setelah Jepun menyerah kalah kepada British di Singapura.
1948: Komunis menyerang dan menguasai Malaya selama 14 hari. Pihak British mengistiharkan darurat dan situasi ini berakhir pada tahun 1960.
1956: Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama mengumumkan tarikh kemerdekaan (31 Ogos, 1957) setibanya dari London. Dalam tahun yang sama, Melaka menjadi sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara merdeka.
Kemerdekaan
1957: Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos.
1963: Pembentukan Malaysia pada 16 September. Melaka menjadi sebahagian daripada Malaysia. Singapura, Sabah dan Sarawak juga menyertainya.
1989: Melaka diisytiharkan sebagai Bandaraya Bersejarah pada 15 April.

SEJARAH BANDAR RAUB

BAB 1
PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pahang merupakan sebuah negeri yang mempunyai keluasan lebih kurang 35,379.2 km persegi adalah merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia.[1] Daripada beberapa jenis hasilan objek dan perkakas yang diperbuat daripada batu yang dijumpai di merata-rata tempat di seluruh negeri ini, terutama sekali di gua-gua di Ulu Pahang dan di tepi-tepi sungai seperti Sungai Tembeling, Sungai Jelai terutama di Kechau Tui, Ulu Kechau, Ulu Dong, Ulu Cheka, Kota Gelanggi, Pulau Tawar, dan juga di Bukit Charas, Kuantan. Maka dapatlah dikatakan bahawa sejarah awalnya, Pahang telah diduduki oleh manusia sejak zaman prasejarah lagi.[2] Sebenarnya wujud banyak pendapat yang telah dikemukakan tentang sejarah kewujudan Pahang ini. Setiap pendapat para sarjana itu pula ditampilkan dengan bukti-buktinya yang tersendiri. Jadi, tidaklah dapat untuk dinafikan akan kebenaran masing-masing. Justeru, haruslah diakui bahawa kepelbagaian versi penjelasan yang ditampilkan itu semuanya menjelaskan akan kewujudan sebuah negeri yang bernama Pahang. Perbincangan juga akan menyentuh sedikit sebanyak tentang daerah-daerah yang terdapat dalam negeri Pahang sebelum menumpukan isu tentang bandar Raub.
Daerah Raub merupakan salah satu daerah yang terkenal pada masa dahulu dengan perusahaan perlombongan emas. Maka tidak hairanlah bandar Raub salah satu kawasa n yang berkembang pesat menjadi bandar tumpuan. Oleh itu kajian ini akan melibatkan perkembangan sosio ekonomi bandar Raub sekitar tahun 1900 sehingga tahun 2000.
1.2 Daerah-daerah di Negeri Pahang

Selain kekayaan alam semula jadinya, negeri Pahang juga terkenal dengan sejarah perjuangan pahlawan Melayu terutamanya ketika menentang penjajahan Inggeris. Nama-nama seperti Datuk Bahaman Orang Kaya Semantan, Tok Gajah, Mat Kilau serta pengikut-pengikut mereka yang setia, sentiasa terukir dibibir rakyat.[3] Negeri Pahang terdiri daripada sepuluh buah daerah iaitu Bentung, Cameron Highland, Jerantut, Kuantan, Lipis, Pekan, Raub, Rompin,Temerluh dan Maran.
Bandar Raub merupakan lokasi pilihan saya untuk kawasan kajian bagi kursus JMS 418 Sejarah Kajian Tempatan. Tajuk kajian ini ialah “Sejarah Perkembangan Bandar Raub dari tahun 1900 hingga tahun 2000”. Memandangkan bandar ini merupakan sebuah bandar tradisional saya telah menetapkan jangka masa 100 tahun bagi melihat tahap perkembangan sosio-ekonominya.
Jangka masa yang panjang diperlukan kerana pada peringkat awal perkembangan Bandar Raub dengan perlahan kerana kawasan ini merupakan penempatan pinggir Pahang. Dalam jangka masa tersebut Bandar Raub telah memperlihatkan suatu perubahan daripada penempatan pendalaman Pahang menjadi bandar yang tersusun. Keadaan inilah yang telah menjadi faktor utama pemilihan sebagai kawasan kajian saya. Arus pemodenan itu bagaimanapun, tidak merubah struktur hidup masyarakat setempat yang merangkumi pelbagai bangsa , agama dan kebudayaan .
Objektif kajian ini adalah untuk melihat sejarah perkembangan sosial dan ekonomi Bandar Raub dari tahun 1900 hingga tahun 2000.
Dalam usaha menyiapkan kajian ini, saya telah menghadapi pelbagai masalah mengumpulkan bahan memandangkan tiada sebarang kajian pernah dibuat tentang kawasan ini, namun kerjasama penduduk telah membuahkan hasil yang baik dan membanggakan. Tambahan pula sumber dari Arkib Negara, Kuala Lumpur sedikit sebanyak dapat membantu. Data yang diberi oleh Bahagian Hal Ehwal Pahang di Perpustakaan Awam Pahang dan di Perpustakaan Awam Bandar Raub berjaya menjadikan latihan ini mencapai objektifnya.
Hakikatnya, Bandar Raub telah membangun selaras dengan pelaksanaan Rancangan Malaysia Kedua 1971- 1975 yang mana di dalamnya telah digarap Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan pertamanya, membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan keduanya, menyusun semula masyarakat Malaysia demi mengimbangkan kedudukan sosio-ekonomi antara kaum yang berbeza-beza. Yang paling signifikannya rancangan ini telah menganjurkan suatu usaha membangunkan masyarakat Malaysia untuk jangka panjang, yakni yang mengambil tempoh selama 20 tahun ( 1970-1990)[4].











BAB 2
LATAR BELAKANG BANDAR RAUB

2.1 Sejarah Awal Raub

Raub adalah salah sebuah dari 6 buah daerah yang terdapat di Pahang. Daerah Raub terdiri daripada 7 buah mukim iaitu Batu Talam, Sega, Semantan Ulu, Dong, Ulu Dong, Gali dan Tras. Ia juga mempunyai 37 buah kampung tradisional dan 9 buah kampong baru China . Raub berlokasi di sebelah barat negeri Pahang dan keluasannya ialah 2,271 kilometer persegi, iaitu 6.34% dari keluasan Pahang (35,823 kilometer persegi). Raub terletak antara dua banjaran, iaitu Banjaran Utama dan Banjaran Gunung Benom. Ketinggian Raub adalah 160 meter dari atas paras laut dengan purata suhu tahunan 79.5º dan hujan tahunan kira-kira 200 sentimeter. Jarak Raub dengan Kuala Lumpur hanya 130 kilometer dan hanya akan mengambil masa 1½ jam untuk sampai ke pekan kecil ini melalui lebuhraya Kuala Lumpur Karak. Kajian ini hanya aka melibatkan kawasan bandar Raub yang merangkumi Bukit Koman, Sempalit dan kawasan pesekitaran bandar Raub.








BAB 3
ASAL USUL NAMA BANDAR RAUB

Menurut cerita lisan orang-orang tua daerah ini, bandar Raub telah di buka dalam kurun ke 18. Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai dua orang pemuda bersama ayah mereka telah melalui hutan menyusuri sebatang anak sungai. Setelah sekian lama berjalan mereka sampai ke tebat atau tebatan ( satu kawasan di mana air sungainya tersekat atau di gelar empang ). Sebaik sampai di situ, si ayah mengatakan kepada anaknya disitulah tempatnya yang paling sesuai untuk berehat. Kelihatan di kiri dan kanan tebatan itu amat bersih. Kedua pemuda itu bersetuju dengan cadangan ayah mereka. Merekapun mula membuka kawasan itu. Sekitarnya lalu didirikan sebuah pondok untuk kediaman mereka. Setelah itu ketiga-tiga beranak itu memasuki hutan untuk mencari rotan, getah jelutong dan sebagainya. Mereka juga memetik pucuk dedaun yang subur berhampiran tebatan untuk dijadikan makanan.
Satu hari salah seorang pemuda itu terpandang pohon-pohon paku yang menghijau dengan subur di tebatan. Dia terus pergi mencabut pohon-pohon paku tersebut. Apabila pohon-pohon itu tercabut, pemuda itu terkejut melihat cahaya berkerdipan dari pasir-pasir yang melekat pada akar pohon paku itu. Dia mencabut lagi beberapa pohon paku itu. Pemuda itu kembali mendapatkan ayahnya. Dia menceritakan peristiwa itu. Ayah dan saudaranya pergi sendiri untuk mempastikan sendiri. Nyata benar apa yang dinyatakan oleh anaknya tadi. Ayahnya meneliti dengan berhati-hati. Akhirnya memberitahu kedua anaknya ini emas.
Ahli Dewan Persuratan Melayu Pahang ( DPMP ) menemui bekas ketua kampung sempalit Encik Nasir Salleh untuk mengkaji asal usul nama Raub. Menurutnya Raub di buka oleh Tengku Laksamana Alang Shah bersama dua anak lelakinya Awang dan Kassim pada tahun 1882. Ketika itu Pahang belum bernaung di bawah pemerintahan Inggeris. Katanya Tengku Laksmana itu berasal dari Natar, Pagar Ruyung di Sumatera mengembara bersama anaknya melalui Kuala Kubu, Selangor mengikuti alur sungai dalam hutan belantara menuju ke sini. Setelah sekian lama mereka mengembara, di tebatan. Apabila sampai di kawasan tersebut Laksamana mendapati sesuai untuk membuka petempatan. Kedua-dua tebing tobak itu cantik kerana tanahnya berpasir dan menarik.
Kawasan itu sekarang merupakan padang besar Majlis Daerah Raub. Menurut Encik Nasir setelah membuka kawasan perkampungan mereka menanam pelbagai sayur-sayuran di tebing tanah berpasir itu. Dalam masa yang sama mereka mencari rotan, damar, getah jelutung dan memburu binatang berhampiran kawasan hutan. Pada satu hari Laksmana Alang Shah dan anaknya berhasrat untuk membuat gula paku lalu mereka ke tebatan tersebut lalu mencabut sepohon paku. Apabila pasir yang melekat itu bederai kelihatan serbuk emas. Sejak itu Laksmana dan anak buahnya meraub pasir dan tanah berlumpur disepanjang tebing sungai itu untuk mencari emas. Setiap kali meraub mereka amat gembira mendapat emas. Meraub menjadi buah mulut pendulang emas di situ, ungkapan itu timbulah cadangan menamakan tempat bertuah itu sebagai Raub.6
Ceritanya ini diakui kebenaran oleh tokoh budaya dan pengamal adat istiadat daerah ini, Encik Othman Sabudin 69 tahun. Menurutnya sekitar 1882 seorang ahli agama bernama Haji Abu yang berasal dari Sumatera datang ke Raub bersama anak buahnya. Walaupun ada percanggahan dari segi tokoh yang menerokai bandar ini tetapi cerita asal usul bandar ini adalah sama iaitu daripada kegiatan meraub emas di kawasan tersebut.
Ada satu pendapat terpencil yang menyatakan asal nama daerah Raub itu sebenarnya berpunca daripada nama suku “ RAO” digelar Rawa oleh orang semenanjung yang begitu ramai sekali mendominasi jumlah kawasan terbabit hinggakan daerah Raub terkenal dengan lubuk orang Rao dinegeri Pahang. Dengan peredaran masa cara percakapan telah bercampur gaul dengan cara pertuturan orang Pahang akhirnya Rao itu berubah menjadi Raub iaitu daerah yang paling ramai dihuni oleh suku Rao yang asalnya dari Sumartera barat. Bukanlah satu kebetulan barangkali apabila dibuat perbandingan bahawa daerah asal orang Rao ialah di Sumatera barat dan apabila tiba di Pahang mereka berkampung halaman di Raub yang letaknya di Pahang barat. Malah rupa buminya dengan bukit bukau dan lembah untuk dibuat sawah padi dialiri oleh sungai saling tak tumpah dengan bentuk bumi tanah kelahiran suku Rao. 7
Kawasan yang bernama Raub di Hulu Pahang adalah salah satu daripada tempat di Pahang yang kaya dengan bijih emas dan bijih timah sejak zaman dahulu lagi. Daerah Raub dahulunya tidak berdiri sendiri tetapi sebahagian jajahan Lipis atau Hulu Pahang yang luas dan subur. Berdasarkan cerita orang-orang tua dahulu asal usul nama daerah istimewa ini berpunca daripada meraub emas dari tebing sungai dengan begitu mudah sekali dengan menggunakan tangan kosong kerana banyak kandungan emas yang terbenam di bumi Raub. Ketika itu salah satu tapak yang mengandungi banyak emas ialah di kawasan padang di kaki bukit Rumah Rehat Raub yang dahulunya kawasan berair dan menjadi laluan angkatan bergajah para perniaga dari Hulu Pahang menuju ke Kuala Kubu, Selangor. Sebilangan orang tua menyebut nama raub mula dikenali setela Raja Impeh bin Raja Abdullah dan abangnya Raja Ismail bin Raja Abdullah datang dari Selangor membuka lombong emas secara giat di sekitar kawasan bandar Raub dan Sempan.8
Dapatlah disimpulkan daripada cerita lisan tersebut hampir sama jalan ceritanya yang berkaitan dengan nama bagi bandar Raub yang diberi sempena nama meraub kawasan emas. Oleh itu Raub mendapat nama dan kekal sehingga kini.



















BAB 4
HUBUNGAN BANDAR RAUB DENGAN PERLOMBONGAN EMAS BRITISH

Perkataan Raub dalam Bahasa Malaysia bermaksud genggam. Mengikut sejarah, pusat perlombongan ini dinamakan Raub selepas pelombong-pelombong menjumpai seraub emas pada setiap dulang pasir. Hal ini dinyatakan dengan menarik oleh J.A. Richardson dalam bukunya, The Geology and Mineral Resources of the Neighbourhood of Raub Pahang. Menurutnya,

"People found that for every "dulang" of sand there was a handful (raub) of gold" .

Raub menjadi terkenal pada awal abad ke-20 kerana hasil emasnya. Syarikat lombong emas yang mengusahakan perlombongan di daerah ini ialah Raub Australian Gold Mine (R.A.G.M) yang didaftarkan pada 1889 di Queensland, Australia. RAGM juga dikenali sebagai Raub Gold Mine. Pada awalnya syarikat lombong ini dikenali sebagai Australian Syndicate Ltd dan kemudian Australian Gold Mining Co. Ltd pada 1892. RAGM beroperasi sehingga 1961.
Kaedah perlombongan yang dijalankan di daerah Raub adalah kaedah bawah tanah (shaft mining) dan ia dimulakan di Lubang Raub (Raub Hole). Daerah yang terlibat dengan perlombongan emas ialah Bukit Koman dan dipercayai perlombongan telah meliputi kawasan bawah tanah hingga ke bandar Raub. Kawasan bawah tanah antara pekan Bukit Koman dan bandar Raub adalah berlubang dan ini meninggalkan kesan yang buruk kepada pembangunan fizikal bandar. Hingga kini Raub tidak boleh mendirikan bangunan-bangunan tinggi.
Kegiatan perlombongan emas telah meninggalkan warisan sejarah yang berharga untuk bandar Raub. Kebanyakan nama jalan-jalan utama bandar Raub sebelum 1980-an adalah sempena nama pengurus lombong RAGM. Misalnya jalan Bibby Road, sempena nama pengurus pertama, William Bibby dan Mason Road yang juga sempena nama salah seorang pengurus lombong zaman berkenaan.
Kemajuan perlombongan juga menyebabkan bandar Bukit Koman kawasan di mana R.A.G.M beroperasi menjadi terkenal dan mendapat jolokan "Ibu Emas Malaysia". Ia seolah-olah menjadi pusat pelancungan daerah Raub. Ramai pelawat-pelawat asing dari England, Singapura dan beberapa negara lain mengunjungi bandar ini dengan tujuan untuk melihat sendiri kegiatan perlombongan emas. Bandar Bukit Koman juga menikmati pelbagai kemudahan selepas R.A.G.M. memulakan kegiatan. Antaranya jalanraya yang menghubungkan bandar Bukit Koman dengan daerah Raub dan dengan Kuala Lumpur, rumah sembelih binatang, kedai, bekalan letrik dan berek tempat tinggal untuk para pekerja dan sebuah sekolah rendah berpenghantar bahasa Cina, Yuh Hwa yang dibina pada 1907. Ia disifatkan sebagai sekolah kebangsaan Cina kedua tertua di Malaysia.
Ancaman Komunis di semenanjung dan khususnya di daerah Raub pada tahun-tahun 40-an menyebabkan langkah-langkah diambil untuk mendirikan penempatan-penempatan baru. Hasilnya muncul kampung-kampung baru yang kekal hingga ke hari ini. . Kampung-kampung baru tersebut ialah Cheroh (1948), Sang Lee (1948), Sungai Ruan (1948), Sungai Chetang (1948), Bukit Koman (1949), Sempalit (1950), Sungai Lui (1950), Tras (1950) dan Sungai Klau (1960). Sesiapa sahaja yang melawat Bukit Fraser melalui jalan Kuala Kubu tidak akan terlepas dari melihat beberapa kampung baru ini (Sang Lee dan Tras) dalam perjalanan mereka ke pusat peranginan ini.

BAB 5
SEJARAH PERKEMBANGAN BANDAR RAUB

5.1 Sebelum Kedatangan British

Walaupun kajian ini melibatkan sekitar tahun 1900 tetapi perlu juga dimasukkan sejarah perkembangan awal bandar Raub untuk melihat perubahan yang akan berlaku. Bandar Raub sebelum kedatangan British adalah terdiri dari masyarakat orang Melayu dan orang Asli. Mereka berkecimpung dalam pertanian sara diri, mencari hasil hutan seperti madu, rotan, damar, buah-buahan serta binatang sebagai makanan. Ekonomi ketika itu berkembang setempat dan hanya melibatkan penduduk di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun perlombongan emas juga dilakukan secara kecil-kecilan dan diusahakan oleh orang-orang Melayu.
Sebelum itu ada pendapat yang menyatakan Raja Impeh mula membuka kawasan lombong emas di Raub secara giat disekitar tahun 1880-an manakla abangnya Raja Ismail tiba lebih awal di Raub daripada beliau.9 Kedua-dua bersaudara ini dikatakan menyokong Engku Muda Mansor yang hendak memberontak melawan abangnya Sultan Ahmad ibni Bendahara Tun Ali pada tahun 1884. Jelas terbukti pada ketika Raja Impeh mencari lombong emas baru pada tahun 1884 nama Raub mula disebut orang.10
Sebelum campurtangan British di Pahang adalah amat sukar untuk diketahui oleh ahli-ahli sejarah. Beberapa kurun berikutnya selepas kedatangan Portugis ke Melaka, pengetahuan mengenai Pahang hanya sedikit sahaja. Mereka hanya mengetahui bandar Pekan dan muara sungai Endau. Pada umumnya jika dibandingkan dengan sumber yang lain ada menyebut mengenai Kampung Raja, pelabuhan peniagaan Pekan dan satu lombong emas yang terletak di kawasan pendalaman Pahang.11
Oleh kerana pada masa tersebut emas banyak didapati di Pahang orang-orang Minangkabau berhijrah ke sini. Mereka membuat petempatan di kawasan seperti Triang, Sungai Bera dan termaksuklah bandar Raub. Mereka bersama-sama orang Asli mengusahakan perlombongan emas. Orang Melayu juga turut terbabit dalam perlombongan. Mengikut W.Linehan terdapat bukti-bukti yang menunjukkan terdapat kolonialisasi orang Minangkabau di Pahang. Antaranya ialah penduduk-penduduk yang kebanyakkan itu kebanyakannya tempatan itu, mereka berasal dari Minangkabau. Keturunan Maharaja Purba Jelai dan Orang Kaya Pahlawan Chenor.12
Orang-orang Melayu melombong emas pada masa itu dengan menggunakan teknik melampan atau mendulang. Dulang itu sesuai digunakan di sungai dan di anak sungai yang tohor airnya. Dengan menggunakan alat bijih emas, ketul-ketul batu kecil, pasir lumpur disodok dan kemudiannya material tersebut diayak didalam air. Dengan cara ini bijih emas itu dapat diasingkan. Orang-orang Melayu di Raub menggunakan proses yang sama dan tidak memerlukan modal yang tinggi seperti pada zaman perlombongan emas oleh British. Kebiasaanya pekerjaan mereka adalah merupakan kerja sambilan dan dilakukan pada waktu tertentu sahaja.
Penulis-penulis sejarah seperti Abdullah Mushi, Edward Gray dan sebagainya banyak memaparkan kawasan perlombongan emas terutamanya di Raub. Berdasarkan laporan seorang pegawai dan pengembara British yang bernama Edward Gray yang melawat Pahang pada tahun 1827,
“ Hari itu juga saya hantarkan lima peti candu kepada saudagar Pahang, dan saya menjualkan sepuluh ketul candu yang kurang baik mutunya dengan kiraan harga 80.00 bertukar dengan emas urai yang berharga 20.00 sebungkal.” 13

“Orang-orang di situ mengatakan Datuk Bendahara dengan seorang Kapitan China telah mudik ke Jelai ke tempat orang mencebak emas, lima belas hari lamanya baru sampai di Jelai. Berlaksa ramainya orang tinggal di sana. Tempat itu ramai dan ramai orang berniaga di situ.”14

“Selain itu Abdullah Musyi juga mengatakan bahawa emas merupakan bahan dagangan yang banyak sekali dieksport oleh Pahang.” 15

Jelaslah di sini bahawa sememangnya aktiviti perlombongan emas bermula semenjak awal lagi termaksuklah di bandar Raub.

5.2 Zaman Penjajahan British

British sememangnya berhasrat untuk campurtangan dalam hal ehwal negeri Pahang kerana terpesona dengan cerita mengenai kekayaan dan pendapatan yang tinggi terutama dalam bidang perlombongan. Hal ini jelas melalui pendapat beberapa orang tokoh British seperti J.P Rodger, Abdullah Musyi dan sebagainya. Diantara tahun 1882-1885 kawasan di Raub telah diterokai oleh pelombong-pelombong Eropah seperti William Frazer, George Scaife, Walter Knaggs dan Willam Cameron.16
Perusahaan perlombongan emas yang dijalankan oleh masyarakat Eropah telah menjejaskan perusahaan perlombongan terutama yang diusahakan oleh orang Melayu dan China. Berlakulah rasa tidak puas hati dikalangan masyarakat tempatan. Masyarakat China khususnya yang kehilangan pekerjaan sangat marahkan pelombong-pelombong British. Untuk menyelesaikan masalah tersebut British mengambil semula pekerja China dalam kegiatan melombong di Bandar Raub.
Cara perlombongan yang dijalankan orang Eropah adalah berbeza dengan cara perlombongan yang dijalankan oleh masyarakat tempatan, dimana mereka menggunakan buruh yang sedikit dan banyak menggunakan alatan perlombongan moden. Mereka juga menggunakan modal yang besar dalam proses pengeluaran perlombongan.17
Walaubagaimanapun dalam proses perlombongan tersebut pihak British menghadapi pelbagai masalah kerana perusahan di Raub ini masih dalam peringkat percubaan. Masalah yang paling rumit sekali mengikut catatan British ialah perlombong-perlombong menghadapi masalah ketiadaan jalan raya mahupun jalan kereta api. Jalan perhubungan amatlah penting untuk memudahkan mereka membawa hasil perlombongan di Bandar Raub ke luar. Jalan yang digunakan hanya jalan denai dan jalan sungai. Kesukaran ini menyebabkan kos yang tinggi .
Pada peringkat awal ini syarikat-syarikat perlombongan belum mencapai pencapaian yang memuaskan. Mereka bukan sahaja menghadapi masalah pengangkutan tetapi turut menanggung masalah penyakit demam malaria,buruh dan kemudahan asas yang lain.

5.2.1 Sejarah Penubuhan Dan Perkembangan Syaraikat Perlombongan Emas Pada Peringkat Awal

Kawasan perlombongan emas di bandar Raub dikenali dengan nama Pahang Gold Belt. Ianya meliputi kawasan perlombongan seluas 14000 batu persegi. Syarikat yang menjalankan perlombongan di bandar Raub ialah Syarikat Perlombongan emas Australia Raub ( Raub Australian Gold Mine Company Limited/ R.A.G.M ) . Mereka menjalankan perlombongan di kawasan Bukit Koman yang juga dikenali dengan nama Raub Hole.
Syarikat ini diketuai oleh seorang Pengurus Besar. Beliau bertanggungjawab dalam mengurus, mencatat dan melaporkan kemajuan lombong . Pada peringkat awal ini terdapat 9 orang pengurus besar iaitu : 18
Jadual 1: Nama Pengurus Besar Syarikat R.A.G.M.
Nama Pengurus Besar
Tempoh Perkhidmatan
1. William Bibby
1892-1896
2. L.L Beiley
1897
3. Gilbert B. Whyte
1898-1899
4. W.N Bibby
1900
5. Waters
1901-1902
6. C.C Lock
1903-1905
7. Martin
1906-1909
8. J. Cates
1910
9. Frank William
1911-1914

Sebelum itu mengikut laporan Syarikat Perlombongan , sistem pengangkutan yang digunakan ilah kereta lembu. Jalan perhubungan melalui denai-denai hutan. Pada masa hujan denai ini menjadi becak dan berlumpur. Lebar denai ini biasanya dua atau tiga kaki dan boleh dilalui orang yang berjalan kaki dan berkereta lembu sahaja. Jalan keretai pendek telah dibina dan tahun berikutnya mesin penghancur lombong telah bertambah menjadi 100 buah yang menggunakan kuasa eletrik. Laporan syarikat menunjukkan perkembangan dan kemajuannya menyebabkan bandar Raub telah berkembang dengan pesatnya.19
Apabila William Bibby sampai dilombong Raub, beliau mendapati betapa sukarnya untuk membawa emas keluar dari kawasan itu untuk dieksport disebabkan oleh sistem pengangkutan yang buruk. Justeru itu beliau mencadangkan supaya diadakan perubahan pengangkutan seperti membina jalan raya sejauh tiga batu melalui paya-paya dan hutan-hutan untuk memperbaikai sistem pengangkutan disitu.
Berikutan dengan terjumpanya emas di Raub Hole, lombong di Bukit Koman di buka. Pembukaan lombong itu mendatangkan implikasi yang baik kerana lombong tersebut mengeluarkan ketul-ketul batu emas yang lebih banyak. Lombong Raub terletak di satu lembah yang sempit mengunjur dari utara ke selatan. Di baratnya terletak kaki bukit Banjaran Gunung Besar, di timur terdapat beberapa buah bukit kecil. Mengikut laporan pribumi di situ, tempat itu kaya dengan penemuan emas semenjak zaman dahulu lagi sehinggakan emas yang dijumpai di kawasan itu ditaksirkan berjumlah satu hingga dua setengah aun pada tiap-tiap satu tan bijih. Panjang barisan bijeh lebih kurang seratus ela dan kesan daripada perjumpaan itu amatlah menakjubkan.20
Lombong Raub Hole dan Stope di buka di lembah itu. Di selatan lombong-lombong itu, bandar Raub didirikan. Berhampiran dengan Bandar Raub, iaitu di sebelah timurnya terdapat Lombong Raub Selatan. Di utara Bandar Raub terletak Eastern Lode Rine. Penggalian perlombongan melibatken kedalaman sehingga 150 kaki. Walaubagaimanapun sehingga tahun 1914, banyak lombong telah ditutup dan dibuka. Antara yang telah ditutup ialah Lombong Stope, Old raub Hole, Estern lode, Western Lode dan Bukit Hitam. Lombong yang dibuka ialah Lombong Bukit Koman dan Anderson.21
Untuk membuktikan lagi perusahaan perlombongan emas pada peringkat awal di bawah menunjukkan pengeluaran Syarikat Perlombongan Emas Australia Raub 1893-1914.
Jadual 2: Pengeluaran Syarikat Perlombongan Emas Australia Raub 1893-1914.22
Tahun
Jumlah Pengeluaran (Aun)
1893-1896
16,564
1897-1900
44,420
1901-1904
38,748
1905-1908
46,072
1909-1912
49,072
1913-1914
26,246

Akibatnya bandar Raub menjadi bandar yang terpenting dan memiliki penduduk yang ramai dan terlibat dalam aktiviti perlombongan. Berbanding dengan daerah-daerah lain di Pahang Raub mencatatkan jumlah penduduk yang lebih ramai dan memiliki sistem jalanraya yang lebih panjang kerana aktiviti mengangkut emas untuk dipasarkan.
Dengan adanya kemudahan jalan raya dan berkembang pesat proses urbanisasi di Raub, ianya dianggap seakan-akan terletak di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan bukannya di Pahang.23

5.2.2 Penubuhan dan Perkembangan Syarikat Perlombongan Emas Pada Peringkat Pertengahan 1915-1941

Pada peringkat ini banyak cabaran yang dihadapi oleh R.A.G.M terutamanya setelah meletus perang dunia pertama. Antaranya kesulitan yang dihadapi untuk mendapatkan tenaga buruh. Kekurangan tenaga buruh mengakibatkan kos buruh yang tinggi. Selain kenaikan harga peralatan perlombongan kos pengangkutan. Sebagai contoh syarikat ini mengeluarkan kos sebanyak 2,163 dalam tahun 1915 dan 1917 mencatat kadar yang paling rendah iaitu 354. 24
Pada peringkat ini terdapat tiga corak perlombongan yang telah digunakan iaitu lombong dedah, kapal korek dan lombong shaf, tetapi corak perlombongan bawah tanag merupakan yang paling penting sekali. Kemajuan perlombongan bawah tanah sukar untuk dijalankan kerana kekurangan tenaga mahir . Walaubagaimanapun pengeluarannya bertambah baik dalam tahun 1928-1934 iaitu semasa zaman kemelesetan ekonomi dunia.
Pada tahun 1931 banjir besar telah berlaku menyebabkan lombong emas di bandar Raub tenggelam. Selama tiga bulan usaha perlombongan tidak dapat dijalankan. Usaha-usaha pengeringan air dijalankan untuk membolehkan usaha perlombongan kembali semula. Berikutan itu syarikat ini mengalami pengurangan hasil.25
R.G.A.M telah menambahkan kemudahan alatan seperti jentera, kemudahan janakuasa di Sempan yang dapat memberi kemudahan bekalan elektrik. Pembinaan jalan raya baru selain itu sejumlah lori pengangkut telah dibeli dalam tahun 1936, bagi mengatasi masalah kekurangan lori.26
Pada peringkat inilah yang merupakan pengeluaran paling tinggi sekali serta menguntungkan jika dibandingkan dengan peringkat yang lain. Pengeluaran yang tinggi disebabkan skop operasi perlombongan yang luas dan tersusun. Program perlombongan yang teratur serta buruh yang mencukupi.

5.2.3 Penubuhan dan Perkembangan Syarikat Perlombongan Emas Pada Peringkat Akhir 1942-1961

Pada tahap ini R.A.G.M mengalami zaman kemerosotan dan menuju kearah kejatuhannya. Pada masa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu syarikat ini telah ditutup buat sementara waktu. Jepun talah mentadbir negeri Pahang selama tiga tahun setengah. Jepun menguasai lombong emas di bandar Raub untuk mendapatkan hasil lombong yang berniali tinggi. Para perlombong Australia telah kembali semula ke tempat mereka. Syarikat ini menyerahkan lombong buat sementara kepada seorang perlombong China yang kaya iaitu Tan Yew Kee. Jepun tidak masuk campur namum mencuri hasil emas tersebut.27
Apabila Jepun menyerah kalah syarikat ini kembali semula mengusahakan perlombongan namun menghadapi pelbagai masalah terutama buruh dan jentera. Selain itu syarikat ini juga menghadapi masalah yang besar iaitu pengistiharan darurat pada tahun 1948. Daerah Raub pada masa itu menjadi tumpuan penganas komunis menyebabkan kesukaran kepada pengusaha lombong.
Bandar Raub telah diumumkan kawasan putih iaitu kawasan yang tidak lagi menghadapi ancaman pengganas komunis dalam tahun 1956. Dengan tamatnya ancaman itu usaha perlombongan diteruskan kembali.
Pada keseluruhannya pada tahap ini pengeluaran dan keuntungan syarikat mengalami kemerosotan. Pada penghujung 1950an, telah bermula kemerosotan R.A.G.M . Antara masalah besar ialah isu pemogokan pekerja China yang kemudian meninggalkan kawasan perlombongan sebaliknya bekerja di ladang-ladang getah dan berniaga di sekitar bandar Raub. Upah yang rendah juga memungkinkan rasa tidak puashati para perlombongan.
Perkara yang paling malang sekali ialah pada March 1957 hingga 1958 berlaku sekali lagi kemelesetan ekonomi dunia. Hanya lombong di Raub Hole dan Derrik yang masih mampu untuk menyumbangkan penghasilan yang tinggi. Syarikat ini berpendapat adalah lebih baik untuk menghentikan perlombongan di bandar Raub. Lagipun pada 1958 berlaku banjir besar mengakibatkan kematian 12 orang perlombong. Akibatnya pekerja lombong menjadi takut untuk bekerja semula. Buktinya pada tahun 1959 hanya 377 orang bekerja jika dibandingkan pada tahun 1957 seramai 615 orang pekerja.28
Lombong emas di bandar Raun langsung ditutup apabila berlaku kerosakan stesen janakuasa elektrik di Sempam dan Bukit Koman. Akibatnya berlaku kekurangan tenaga dan mengakibatkan mesin-mesin tidak dapat digerakkan. Segala jentera, lori dan lain-lain barang-barang kemudian telah dijual kepada pemborong tempatan.
Penutupan lombong di bandar Raub mengakibatkan kesan yang buruk apabila bandar Raub menjadi bandar yang sunyi dan kurang penting. Kampung Bukit Koman turut terjejas. Akibatnya ramai yang telah berpindah berdekatan bandar Raub untuk menjalankan kegiatan pertanaian dan peruncitan.

5.3 Sejarah Perkembangan Zaman Kini Sehingga Tahun 2000.

Selepas melalui zaman cemerlang dalam perlombongan emas bandar Raub mula menjadi bandar mati dan tidak seramai sewaktu perlombongan masih berjalan. Walaubagaimanapun penduduk dan kegiatan ekonomi berubah dimana bandar Raub berkembang sejajar dengan perkembangan ekonomi negara. Untuk melihat perkembangan akan diterangkan dalam bab seterusnya.
Tiada lagi usaha perlombongan dijalankan baik kerajaan mahupun syarikat dan juga penduduk. Luas kawasan yang dilombong iaitu 11, 756 ekar.29 Kawasan yang luas ini ditinggalkan terbiar dan ada yang dipenuhi semak samun dan berlukar. Walaupun begitu ada juga penduduk yang menguasahakan pertanian seperti penanaman getah dan kelapa sawit di atas tanah lombong tersebut manakala Majlis Daerah Raub pula menjadikan sebagai tempat rekrasi seperti taman permainan kanak-kanak, padang golf dan kawasan memancing ikan.
Pada peringkat ini masyarakat bandar Raub mengusahakan pertanian seperti penanaman kelapa sawit, getah, koko, buah-buahan dan ada juga yang berkecimpung dalam bidang perniagaan, pengangkutan dan perkhidmatan. Tambahan pula bandar Raub terkenal dengan penghasilan durian yang bermutu tinggi. Kebanyakan pertani dan pekerja tersebut berasal dari bandar Raub sendiri . Masyarakat majmuk ini terdiri dari masyarakat Melayu yang banyak mendiami Kampung Melayu Sempalit, Sempan, Kampung Simpang Kallang dan di bandar Raub. Masyarakat China pula lebih ramai tinggal di kampung baru sempalit, Tras, Bandar Raub dan di Sungai Ruan.
Terdapat juga kawasan Felda seperti Felda Tersan, Felda Lembah Klau dan Felda. Tanah rancangan Felcra dan Risda juga terdapat di bandar Raub. Mara pula melibatkan aktiviti perniagaaan di bandar untuk membantu Bumiputera supaya dapat melibatkan diri dalam bidang perniagaan.
Bandar Raub mula berkembang dari kawasan perlombongan emas di Bukit Koman dan telah bertukar ke Bandar Baru yang terletak berhampiran dengan padang Majlis Daerah Raub. Dalam bab seterusnya akan membincangkan kemajuan dari sudut sosio ekonomi bandar Raub.















BAB 6
SEJARAH PERKEMBANGAN SOSIO EKONOMI BANDAR RAUB

6.1 Sejarah Perkembangan Penduduk

Sebelum British menguasai bandar Raub, penduduk agak sukar untuk mencari jumlah bilangan secara tepat. Pada masa ini kebanyakkan penduduk terdiri dari bangsa Melayu, China dan sedikit orang Eropah. Akibat terjumpanya emas di bandar Raub menarik perhatian orang Minangkabau untuk berhijrah mencari sumber ekonomi yang bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan. Saudagar Eropah dan China melabur dalam usaha untuk mencari emas. Penduduk Bandar Raub pada masa ini hanya mendirikan penempatan mereka di sekitar kawasan lombong yang dikuasai oleh syarikat konsensi.
Semasa penjajahan British barulah ada sumber yang menunjukkan jumlah penduduk Bandar Raub. Apabila British mula campurtangan Bandar Raub bertukar menjadi satu kawasan perlombongan yang menarik penghijrahan penduduk ke bandar Raub. Jumlah penduduk di bandar Raub b rkaitan dengan bilangan tenaga buruh yang terlibat dalam perusahaan perlombongan. Mereka bekerja sebagai pelombong, membina jalan, menebang kayu balak dan sebagainya.
Jadual 3: Anggaran penduduk di Ulu Pahang 30
Kawasan
Melayu Eropah India China Lain-lain
Jumlah
Ulu Pahang
19556 41 25 909 1899
22430

Walaupun secara keseluruhan jadual ini menunjukkan jumlah penduduk di Ulu Pahang sekitar tahun 1891 oleh Census31 secara keseluruhan namum boleh digunapakai untuk menunjukkan perkembangan penduduk bandar Raub jika dibandingkan dengan sebelum kedatangan British ke Pahang.

Jadual 4 :Pusat Perbandaran Di Pahang Mengikut Jumlah Penduduk Dalam Tahun 1939 32
Kumpulan
Nama bandar
Jumlah Penduduk
Penduduk bandar (%)
5 ribu keatas
Kuantan
Bentong
Bandar Raub
7 000
6 000
5 880
10.9

18.07
3000 - 4999
Kuala Lipis
Sungai Lembing
4 500
3 500
2.5
1000 -2999
Mentakab
Temerloh
Pekan
Beserah
2 500
1 500
1 500
1 500


Berdasarkan jadual di atas mendapati bilangan jumlah penduduk di bandar Pahang sekitar tahun 1939. Bandar Raub jumlah penduduknya sekitar 5 880 orang dan merupakan bandar yang ketiga tertinggi dalam bilangan penduduk, sedangkan bandar Raub hanya bandar kecil serta jumlah penduduk tidak merangkumi daerah Raub yang jumlah penduduk sekitar 30 ribu orang. Jumlah penduduk ini bertambah kerana ramai Buruh yang bekerja dengan Syarikat Perlombongan Emas Australia-Raub.
Urbanisasi berlaku di bandar Raub. Bandar Raub menjadi tumpuan pekerja mencari pekerjaan. Buruh-buruh lebih senang tinggal di bandar Raub kerana terdapat kemudahan asas seperti elektrik, air dan kemudahan pasarana perniagaan. Lagipun jarak lombong dan bandar Raub hanya 2 batu sahaja. Buktinya jelas bandar Raub mencatatkan 18.07 peratus daripada penduduk Pahang.
Penutupan syarikat perlombongan di bandar Raub telah menimbulkan kesan yang amat buruk. Bukit Koman pusat perlombongan utama mengalami kesan yang paling buruk dalam penghijrahan penduduk. Pekan ini menjadi bandar mati. Ramai penduduknya berhijrah ke tempat lain terutama ke Bentong dan Lipis untuk mencari rezeki lain.
Walaubagaimanapun data yang diperolehi melalui bancian yang dijalankan pada tahun 1970 sehingga 1980 mendapati penduduk di Bandar Raub masih lagi mengalami peningkatan walaupun sektor perlombongan emas tidak berjalan lagi. Berikut merupakan data yang diperolehi:33

Jadual 5: Saiz Penduduk Penempatan Bandar Raub 1970 Hingga 1985.
1970
1980
1985
18,433
19,987
20,100

Berdasarkan maklumat di atas didapati bahawa sejarah perkembangan penduduk bandar Raub tetap berubah. Jika dilihat secara keseluruhan bilangan penduduk bandar Raub pada tahun 1970 sebanyak 18,433 orang meningkat kepada 19,987 dan seterusnya naik walaupun sedikit kepada 21,100 dalam tahun 1985.
Jumlah penduduk di Bandar Raub semakin meningkat setiap tahun. Jumlah penduduk di bandar Raub sekitar tahun 1991 hingga 2000 seperti berikut :34



Jadual 6: Unjuran Penduduk Daerah Raub 1991-2000
Tahun
Bandar
Luar Bandar
Jumlah
1991
20, 940
52,081
73,021
1995
21, 838
59,470
81,308
2000
23,669
70,382
94,051

Berdasarkan jadual di atas pertumbuhan penduduk di Bandar Raub semakin meningkat jika dibandingkan antara tahun 1991 sehingga 2000. Jumlah penduduk mencatatkan kadar tertinggi pada tahun 2000 iaitu sekitar 23, 669 orang penduduk kenaikan sebanyak 2729 orang. Walaubagaimanapun daerah Raub telah mengalami migrasi keluar melebihi migrasi masuk. Dalam tempoh 1980 sehingga tahun 1991 seramai 9,490 orang. Kadar migrasi ialah sebanyak 1.2% setahun.35 Pertumbuhan penduduk bagi bandar Raub adalah negatif 0.8% manakala pertumbuhan luar bandar 2.2% setahun. Sebagai kesimpulan jelaslah bahawa sejarah perkembangan bandar Raub amat menarik untuk dikaji kerana walaupun tiada lagi perlombongan tetapi bandar Raub tetap mengalami pertumbuhan jika dilihat dari tahun 1970 sehingga tahun 2000.
Berikut merupakan kawasan perumahan dan penempatan penduduk bandar Raub iaitu Taman Raub Jaya 1&2, Jalan Tras, Taman Lee Man, Jalan Lipis, Jalan Cheroh, Jalan Pekeliling, Lorong Bibby, Batu 11/12 Bukit Koman, Taman Sentosa, Taman Abu Bakar, Taman Bahagia, LKNP Maju 1, Taman Muhibah, Kampung Baru Sungai Lui, Kampung Sempam Baru, Taman Muhibah Bukit Koman, Kampung Baru Bukit Koman, Kampung Melayu Sempalit, Kampung Simpang Kallang, Taman Sri Raub, Taman Hutan Emas dan Kampung Baru Sempalit.36 Menjelang tahun 2000 sejarah perkembangan kawasan pertempatan di bandar Raub semakin meningkat dengan perancangan dan pembinaan rumah baru bagi menampung permintaan daripada penduduk bandar Raub yang semakin bertambah.

6.2 Sejarah Perkembangan Komunikasi dan Kemudahan Infrastruktur

Mengikut catatan sejarah sebelum kedatangan British masyarakat tempatan menggunakan jalan denai yang menghubungkan antara satu kawasan dengan kawasan yang lin. Jalan denai ini amat sukar kerana hanya berjalan kaki dan berkereta lembu sahaja yang boleh melalui. Adalah sukar bagi penguasaha lombong untuk mengeluarkan hasil lombong melalui jalan denai. Ketiadaan jalan perhubungan moden seperti jalan raya dan keretapi . Sebelum tahun 1895 mengikut laporan Syarikat Perlombongan emas Raub sistem pengangkutan yang digunakan ialah kereta lembu. Jalan perhubungan yang digunakan ialah denai-denai. Pada masa hujan denai ini akan menjadi becak dan berlumpur. Lebai jalan ini biasanya dua atau tiga kaki dan boleh dilalui oleh perjalan kaki dan berkereta lembu. Jalan perhubungan amat penting kawasan perlombongan letaknya terpencil di Ulu Pahang. Jalan denai dan sungai yang digunakan ialah Sungai Pahang dan jalan penarikan. Jalan darat menghubungkan jalan Ulu Lipis dengan Ulu Slim, Tras dengan Kualan Kubu dan ulu semantan dengan Ulu Kelang. Kesukaran tiadanya jalan mendatangkan kos yang tinggi dalam proses perlombongan.
Bandar Raub telah berkembang pesat dalam sejarah komunikasi dan kemudahan infrastruktur. Hal ini tidak menghairankan kerana semenjak awal lagi British akan menyediakan kemudahan yang lengkap sekiranya sesuatu kawasan tersebut memberi pulangan ekonomi. Apabila William Bibby sampai di lombong Raub beliau mendapati sukar membawa emas keluar dari kawasan untuk dieksport. Beliau mencadangkan supaya diadakan perubahan pengangkutan seperti membina jalan sejauh tiga batu melalui paya-paya dan hutan-hutan .37
Perkembangan perlombongan emas telah mendatangkan perubahan pesat dlam bidang komunikasi terutama sekali jalan raya. Jalan raya yang dibina pertama kali menghubungkan Raub dengan Kuala Kubu, Bentong, Penjom dan Kechau. Jalan perhubungan semakin panjang lagi dimana dalam tahun 1909 jalanraya dibina menghubungkan Raub ke Kuala Lumpur. Bandar Raub juga mempunyai jalan yang lebih banyak jika dibandingkan dengan bandar Kuantan, Lipis, Temerloh dan Pekan.
Jadual : Perbandingan diantara Daerah Raub dengan daerah lain yang terdapat di Pahang dari segi jalan raya.38

Jadual 7: Perbandingan Jalan raya di Pahang Dalam Tahun 1909.
Daerah
Jalan raya dalam batu persegi
Jalan raya perkapita
Raub
108
0073
Kuantan
001
00008
Lipis,Temerloh dan
Pekan
0015
0002

Berdasarkan angka-angka di atas Raub menduduki tempat teratas dari segi panjang dan banyaknya jalanraya. Perbezaan jauh ketara antara ketiga-tiga bandar ini. Lihat antara Raub dengan Kuantan begitu jauh. Jalan-jalan raya ini untuk memudahkan syarikat perlombongan membawa hasil keluar.
Jalan raya di bandar Raub dibina dengan sempurna melibatkan sejauh 22 batu. Jalanraya ini memudahkan lori melalui dan membawa jentera-jentera untuk proses perlombongan.39 Berikut merupakan jarak jalan yang telah di bina Raub ke Kuala Kuala Lumpur sejauh 82 batu, Raub ke Gap 23 batu dan Raub ke Bentong sejauh 29 batu, Raub ke Kuala Lipis 38 batu , Raub ke Bukit Koman 2 batu dan Raub ke Tras 8 batu.40
Sekitar tahun 1920 kereta loko telah digunakan. Penggunaan kereta loko memudahkan mereka membawa emas dengan kadar yang banyak. Syarikat perlombongan membawa masuk lori, jentera berat dan alatan lain untuk melipatgandakan usaha mencari emas.
Jalan raya asal yang dibina oleh pihak British masih digunakan lagi oleh pengguna tempatan. Sebagai contoh jalan raya di bandar Raub merupakan jalan yang dibina oleh British. Cuma jalan raya tersebut diperbesar dan di tar semula. Hanya pada tahun 1999 jalan raya baru di bina bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar Raub terutama di pusat bandar.
Sekitar tahun 1970 sehingga 1985 banyak perubahan telah dilaksanakan untuk meningkatkan lagi pasaranan jalan. Terdapat tiga jenis jalan iaitu jalan bandaran, jalan negeri dan jalan persekutuan. Berdasarkan rekod jumlah km jalan persekutuan di bandar Raub ialah 200.1km manakala jalan negeri seluas 227.7km.41 Jalan bandaran dibina menghubungi kawasan rumah terutama di kampung dan dibandar Raub itu sendiri.
Pada 1991 terdapat beberapa cadangan untuk meningkatkan lagi sistem jalan raya di bandar Raub. Antara cadangan yang dibuat ialah menaiktaraf jalan raya utama di bandar Raub seperti menaiktaraf laluan 8 laluan antara Bentong-Raub dan Gua Musang yang telah selesai dan digunakan pada masa sekarang. Sebatang jalan baru jalan pintasan belum dilaksanakan lagi iaitu menghubungkan bandar Raub dengan jalan pintas Tranum-Bentong-Lurah Bilut dan Raub.42
Bandar Raub mengalami perkembangan sistem jaringan jalanraya yang merangkumi sebahagian besar daerahnya. Jaringan jalanraya laluan 8 dan laluan 55 iaitu jalan utama menghubungkan bandar Raub dengan kawasan luar daerah. Laluan lapan dengan kapasiti 6494 merupakan jalan utama bandar Raub. Oleh kerana itu Majlis Daerah Raub mewujudkan jalan sehala bagi mengatasi kesesakan jalanraya pada tahun 2000. Tiga lampu isyarat juga disediakan bagi mengatasi serta mengurangkan kesesakan.
Jalan utama di bandar Raub ialah seperti Jalan Husin, Jalan Tun Razak, Jalan Dato Abdullah, Jalan Cheroh, Jalan Simpang Kallang dan Jalan kampung. Jalan raya di pinggir bandar juga dibina melalui bantuan kerajaan pusat. Boleh dikatakan bandar Raub mempunyai sistem jaringan jalan raya yang lengkap dan sempurna.

6.3 Sejarah Perkembangan Kemudahan Asas

Berbanding dengan tempat lain di Pahang Bandar Raub terlebih dahulu memperolehi janakuasa elektrik. Ini tidak menghairankan kerana janakuasa elektrik amat penting dalam proses perlombongan. Pembinaan janakuasa Sempan yang terletak di tebing Sungai Sempan. Tenaga elektrik tersebut di salurkan ke syarikat itu melalui hutan sejauh lapan setengah batu. Kuasa elektrik ini bukan sahaja dapat menjalankan jentera-jentera lombong tetapi dapat juga menerangi shaf dan rumah-rumah. Beberapa tahun kemudian stesen itu menghasilkan sebanyak 5,000 volt tenaga elektrik dan semuanya digunakan oleh syarikat itu. 43
Para pekerja lombong juga tinggal di Bandar Raub kerana memperolehi kemudahan elektrik dan kemudahan air yang agak lengkap mampu membantu pekerja datang dan tinggal di bandar Raub.
Pada tahun 1937 perjanjian mengenai bekalan elektrik ke bandar Raub telah diperbaharui dalam tempoh lima tahun berikutnya. Janakuasa Sempan telah diperbaiki dan saluran ditambah untuk membekalkan elektrik kususnya di Lombong emas yang berhampiran. Sebuah stesen janakuasa di Bukit Koman yang dijalankan oleh enjin diesel. Bebepa generator di stesen ini telah digunakan sebagai pengganti jika janakuasa Sempan rosak.44
Bebarapa tahun selepas itu janakuasa-janakuasa berjalan dalam keadaan yang memuaskan dan dapat menghasilkan sebanyak 4,930.00 unit. Dan kos seunit 2.49 seunit. Pada tahun 1940 janakuasa eletrik Sempam menghasilkan sebanyak 5,326.340 unit dengan harga 0.69 sen seunit. 45 Secara amnya dapatlah dikatakan janakuasa ini merupakan sumber bekalan tenaga yang penting kerana jatuh bangunnya syarikat perlombongan bergantung kepada sumber elektrik.
Sekitar tahun 1946-1951 stesen janakuasa eletrik Sempam dan Bukit Koman
Mengalami masalah kekurangan dalam bekalan minyak. Lagipun janakuasa yang lama banyak yang telah dimusnahkan oleh tentera Jepun sewaktu menawan bandar Raub. Akibatnya British menggantikan dengan alat yang baru. Kerja-kerja pemulihan kedua-kedua janakuasa tersebut dijalankan dengan begitu pesat pada tahun 1950. Diantara kerja-kerja yang dijalankan ialah membaiki semula “ High Tension Line ” di Sempam. Pada tahun itu stesen janakuasa ini menghasilkan eletrik sebanyak 3,425,154 unit. Syarikat ini juga membekalkan elektrik ke bandar Raub diantara tengah malam sehingga 6 pagi. 46
Menjelang tahun 1956 kerosakkan sering berlaku ke atas janakuasa eletrik di Sempam dan Bukit Koman. Akibatnya syarikat ini menggunakan sumber tenaga elektrik dari Lembaga Letrik Negara yang terletak dibandar Raub sebanyak 88,622 unit.47 Kerosakkan seringkali berlaku akibat panahan petir dan janakuasa terbakar. Pada tahun 1960 keadaan menjadi buruk juga disebabkan panahan petir. Akibatnya usaha perlombongan di bandar Raub menjadi terbantut. Tambahan pula harga tawaran eletrik melibatkan kos yang tinggi. Oleh itu pihak penguasa lombong mengambil tindakan drastik dengan meninggalkan terus usaha perlombongan atas sebab kerosakan janakuasa jika dibaiki menelan belanja yang tinggi dan tidak mampu ditanggung oleh keutungan perlombongan.
Pada masa ini juga kemudahan asas yang lain juga berkembang pesat. Bandar Raub telah dilengkapkan dengan kedai, rumah, longkang, rumah sembelih binatang, pasar, kolam dan lain-lain lagi. Selain itu ramai juga yang bekerja dalam sektor pembekal daging babi, ternakan ayam itik, menanam sayur-sayuran.
Rumah kedai terutama di Bukit Koman dan sekitar bandar Raub sehingga kini masih boleh dilihat peninggalannya. Banyak kedai di buka seperti kedai runcit, kedai gunting rambut, sebuah pasar, perhentian bas bandar Raub, Rumah Rehat bandar Raub dan kelab yang disertai oleh perlombong barat.
Hospital bandar Raub juga di buka semasa penjajahan British untuk memberi rawatan berpusat kepada para penguasaha dan para pekerja lombong. Rumah ibadat seperti Majid Jamek Bandar Raub, Gereja S.Thomas, Kuil dan Tongkang di bina betul-betul di Pusat bandar Raub.
Kemudahan asas di bandar Raub pada tahun 1991 sehingga 2000 berkembang pesat dengan kemajuan yang dicapai oleh Malaysia. Kemudahan asas seperti elektrik, telefon, air dan sistem pembentungan telah diterima oleh penduduk bandar Raub. Antara agensi yang terlibat dalam memberi kemudahan asas di bandar Raub ialah Majlis Daerah Raub, Tenaga Nasional Berhad, Syarikat Telekom Malaysia, pemungutan sampah, Alam Flora dan Indah Water. Kecekapan perkhidmatan di bandar Raub memastikan taraf kehidupan penduduk tempatan terbela
Pada sekitar tahun 1970 sehingga 1995 terdapat beberapa buah loji bekalan yang membekal air kepada para penduduk. Loji air Tras membekalkan sehingga 300,000 gelen air, Loji air Sungai Bilut membekalkan 2.4 juta gelen air dan Loji air Cheroh 300,000 gelen air. 48
Pada tahun 1990 terdapat perkembangan dengan bebearpa buah loji air dibuka. 8 buah loji pembersih yang memberi bekalan kepada lebih 95% Derah Raub dan 100% kepada penduduk Bandar Raub. Keupayaan maksima loji air sehingga tahun 2000 ialah 33.82 juta liter sehari dan penggunaan semasa adalah 39% daripada keupayaan maksima loji tersebut. Pada keseluruhannya kadar pertumbuhan purata tahunan adalah sebanyak 5.3%.
Pada tahun 1970 sehingga 1985 bekalan elektirk keupayaan bandar Raub ialah 1.4 Megavolt Ampire dan Mini Elektrik Hidro di Sempam mengeluarkan 1.4 Megavolt Ampire. Walaubagaimanapun bekalan elektrik Bandar Raub pada tahun 1990 sehingga tahun 2000 berkembang dan meningkat kerana terdapat sebuah pencawang masuk utama dengan keupayaan maksima 2x 7.5 Megavolt Ampere yang memberi bekalan tenaga ke semua sektor didalam Bandar Raub. Pada tahun 1992 terdapat 19,039 pengguna dari pelbagai sektor yang menggunakan 3,521,642 unit tenaga sebulan. Jumlah keupayaan tenaga elektrik ialah 15.0MVA manakala penggunaan semasa ialah 9.2MVA.49
Pungutan sampah dikendalikan oleh Alam Flora yang melibatkan pungutan sampah sebanyak dua kali dalam seminggu. Jumlah pungutan sampah adalah purata 2,100 tan sebulan. Pembetungan pula menggunakan sistem septik individu. Perkhidmatan ini telah diswastakan pada 1995.
Perkhidmatan telekomunikasi pada tahun 1970 sehingga 1985 ialah muatan sedia ada sebanyak 2817 dan menjelang tahun 1987 terdapat 5000 talian kepada para penduduk bandar Raun. Perkembangannya semakin bertambah sebanyak 6 buah ibusawat telefon di bandar Raub dengan jumlah keupayaan 11,400 talian. Sehingga tahun 1993 sebanyak 8,218 atau 72% talian telah digunakan. Pada masa akan datang dijangka permintaan setinggi 28,075. 50
Bandar Raub dikenalpasti sebagai puat perkhidmatan utama di wilayah Pahang Barat. Bandar Raub merupakan penempatan utama dan juga merupakan pusat perniagaan. Pusat bandar Raub merangkumi kawasan seluas 94.9 hektar. Perdagangan, tanah kosong dan rezab jalan merupakan gunatanah utama bandar ini.
Sejumlah 258 buah bangunan yang terdapat di pusat bandar, sebanyak 84.1% adalah digunakan untuk perniagaan, 6.3% untuk kegunaan pejabat dan selebihnya adalah kegunaan untuk kegunaan kediaman, stor dan bangunan kosong. Rumah kedai merupakan jenis bangunan yang dominan di pusat bandar Raub. Sejumlah 85.5% jenis gerai, 6.1% teres, 4.4% sesebuah dan 2.8% kompleks. Aktiviti perniagaan runcit merupakan paling utama dijalankan meliputi 83.5% diikuti oleh pejabat 13.1%, sektor lain 1.4% dan lain-lain 2.0%. 51
Pada masa kini jumlah unit kedai yang terdapat di bandar Raub adalah sebanyak 765 buah kedai. Kegiatan runcit mendominasi mencatatkan 57%, perniagaan jenis pejabat/ perkhidmatan adalah kedua terbanyak 35.4%, perniagaan borong 6.3% dan peniagaan tempat penginapan 1.3%. Secara keseluruhan iaitu 93.7% perniaga menjalankan perniagaan di tingkat bawah satu bangunan. Kebanyakan pertubuhan perdagangan iaitu 68.8% memenuhi ruang lantai diantara 1,000-2,000 kaki persegi. Seramai 638 peniaga secara kecil-kecilan seperti menjual makanan, minuman dan pasar-pasar malam. 52
Antara kemudahan asas yang ada di bandar Raub pada tahun 1991 hingga 2000 ialah Pejabat Daerah, Majlis Daerah Raub, Cawangan Jabatan Negeri, Badan Berkanun, dan Hospital Daerah Raub yang memperolehi bangunan baru dalam tahun 1999. Kemudahan lain ialah 4 pusat kesihatan kecildan 8 buah klinik kecil.
Pejabat Polis sekian lama menggunakan bangunan lama semenjak zaman British lagi bukti peninggalan penjajah di Bandar Raub. Namum usaha mendirikan banguan Polis berpusat sedang dilaksanakan dan dijangka siap dalam tahun 2007. 4 buah balai Polis dan 10 buah pondok Polis. Bilangan anggota Polis ialah seramai 167 orang yang ditempatkan di bandar Raub. Secara keseluruhan bangunan masih menggunakan bangunan British dan kedudukan sama seperti masa penjajah.
Begitu juga Pejabat Pos Daerah yang masih lagi mengekalkan unsur penjajah Cuma di tambah dan dicat baru. Terdapat 2 pos mini dan 1 buah wakil pos di bandar Raub. Balai bomba daerah yang baru dan moden serta lengkap didirikan berhampiran dengan Bukit Koman. Bagi pili bomba terdapat 88 buah di bandar Raub.
Pada masa ini terdapat 13 buah masjid dan 43 buah surau di Daerah Raub. Masjid Jamek Bandar Raub telah digantikan oleh Masjid Baru Bandar Raub, terdapat 3 buah tokong China, sebuah Kuil Hindu , sebuah Gereja masih berfungsi lagi malahan masih lagi meninggalkan kesan sejarah dan sebuah kuil Sikh.
Wakil rakyat di bawah MCA berusaha dengan keras untuk membangunkan kawasan bandar Raub dengan membina kemudahan longkang, balairaya, pondok bas dan kemudahan pengangkutan yang lengkap. Stesen bas dan teksi bandar Raub sedang dalam proses pembangunan. Perkhidmatan bas meliputi kawasan pesekitaran bandar Raub dan tempat lain seperti ke Kuala Lipis, Bentong dan Kuala Lumpur. Terdapat lima syarikat perkhidmatan bas iaitu Central Omnibus, Pahang Lin Siong, Mara, Keat dan Pahang Onimbus. Terdapat kira-kira 52 buah teksi di bandar Raub.

6.4 Sejarah Perkembangan Pendidikan

Sejarah perkembangan pendidikan di bandar Raub sememangnya menarik untuk dikaji. Pihak British mendirikan sekolah bagi kemudahan para pegawai British, pegawai lombong malahan pekerja-pekerja lombong itu sendiri. Bangunan bersejarah yang didirikan oleh British masih digunapakai sehingga kini. Antara sekolah yang didirikan oleh British ialah Sekolah Inggeris seperti Sekolah Rendah dan Menengah Mahmud, Sekolah Rendah dan Menengah Methodist dan Sekolah China Chung Ching Bandar Raub. Hanya tiga buah sekolah ini yang dapat dikesan dibina oleh pihak British.
Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan kerajaan berusaha menjadikan sektor pendidikan sebagai usaha menyatupadukan masyarakat. Selepas kemerdekaan Bandar Raub dari segi sejarah perkembangan pendidikan semakin bertambah. Antara penambahan sekolah ialah Sekolah Kebangsaan Bandar Raub dalam tahun 1970an, Sekolah Menengah Tengku Kudin dan Sekolah Menengah Syahbandar dalam tahun 1970 an. Sekolah Jenis Kebangsaan China Chung Chin, Khai Mun dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bandar Raub. Sekolah yang didirikan oleh British di bandar Raub masih digunakan lagi tetapi jumlah kelas, murid dan kemudahan lain semakin meningkat selaras dengan perkembangan ekonomi bandar Raub.
Berikut akan diterangkan sejarah perkembangan sekolah dibandar Raub terutama melibatkan data bilangan murid di beberapa buah sekolah rendah dan menengah di bandar Raub:

Jadual 8 : Pertambahan bilangan pelajar di Sekolah Menengah di Bandar Raub53
Nama sekolah/Tahun
SM Mahmud
SM Tengku Kudin
SM Syahbandar
SM Chung Ching
SM Methodist
Jumlah Keseluruhan
1986
1619
1259
783
829
329
4819
1987
1834
1187
859
827
320
5026
1988
1991
1297
972
775
329
5367
1989
2090
1521
1037
816
361
5824
1990
2090
1775
1067
815
373
6100
1991
2305
1906
1103
820
378
6512
1992
2448
2068
1136
831
385
6868
1993
2464
2203
1155
818
391
7031
1994
2467
2339
1178
858
404
7246
1995
4245
2485
1199
858
420
7416

Berdasarkan jadual di atas sekolah menengah di bandar Raub mengalami pertumbuhan yang pesat terutama sekali bilangan pelajar selaras dengan peningkatan penduduk menyebabkan permintaan yang tinggi dalam sektor pendidikan. Beberapa buah sekolah semenjak zaman penjajah masih kekal seperti Sekolah Menengah Mahmud, Sekolah Menengah Methodist dan Sekolah Menengah Chung Ching. Berdasarkan jadual diatas menjelang tahun 1986 hanya terdapat 4,819 bilangan pelajar sekolah menengah dan meningtak sebanjak 7,416 pelajar pada tahun 1995.

Jadual 9: Pertambahan bilangan pelajar di Sekolah Rendah di Bandar Raub 54
Nama sekolah/Tahun
SK Bandar Raub
SRK Mahmud
SRK Methodist
SJK Chung Ching
SJK Sempalit
SJK Tamil Raub
1986
401
753
693
956
657
160
1987
458
778
710
954
617
173
1988
509
742
714
966
608
192
1989
555
752
727
966
583
213
1990
582
758
752
1002
579
214

Sama seperti sekolah menengah sekolah rendah di bandar Raub mengalami pertambahan bilangan murid selaras dengan pertambahan penduduk. Pada tahun 1986 sehingga 1990 bilangan murid sekolah rendah masih mengalami pertambahan. Sekolah Rendah Mahmud, Methodist dan Chung Ching merupakan sekolah yang bersejarah semenjak zaman penjajahan British lagi.
Selaras dengan itu sekolah baru dibina untuk memenuhi pemintaan daripada masyarakat tempatan. Antara sekolah baru dibina ialah Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Sekolah Menengah Seri Raub dan Sekolah Bestari. Mengikut pelan induk Majlis Daerah Raub sekolah di Bandar Raub akan bertambah pada masa hadapan kerana jangkaan pasarana sekolah masih tidak cukup menampung jumlah penduduk bandar Raub. Kemudahan Tadika Kemas, Pra Sekolah dan tadika swasta ada terdapat dibandar Raub iaitu sekitar 20 buah dalam tahun 1990 dan meningkat kepada 53 buah pada tahun 2000. Selain itu UITM melalui kampus cawangan Raub didirikan bagi memberi pendidikan berterusan kepada penduduk Raub terutama pada peringkat sijil dan Diploma. Begitu juga dengan Pusat Latihan Mara didirikan bersebelahan Padang Bandar Raub untuk melatih remaja Bumiputra mahir dalam pelbagai bidang. Pada masa ini terdapat 5 buah dewan orang ramai dan 15 buah balairaya di bandar Raub. Masyarakat mengunakan dewan untuk perjumpaan sesama mereka, aktiviti sosial, permainan badminton dan majlis perkahwinan.

6.5 Sejarah Perkembangan Ekonomi

Ekonomi masyarakat bandar Raub sebelum zaman penjajahan merupakan ekonomi sara diri dan penjualan hasil-hasil hutan serta emas secara kecil-kecilan. Semenjak British campurtangan kegiatan penduduk Bandar Raub mula berubah. Sehingga tahun 1960 kegiatan ekonomi bandar ini tertumpu kepada sektor perlombongan emas yang dikendalikan oleh penguasaha-penguasaha barat. Pelbagai kegiatan ekonomi dijalankan sepanjang kegiatan perlombongan. Antaranya tertubuhnya bandar Bukit Koman dengan pelbagai kegiatan ekonomi. Antaranya perniagaan runcit, kedai makan, rumah pemyembelihan, bercucuk tanam dan sebagainya. Sebagai bukti masih banyak kedai masih wujud lagi sama ada di Bukit Koman mahupun di Pusat Bandar Raub.
Proses urbanisasi penduduk seperti masyarakat Melayu, India, China dan Bangsa Eropah yang datang bekerja dalam sektor perlombongan menggalakan lagi perkembangan ekonomi bandar Raub. Bandar ini menjadi tempat kediaman utama para pekerja, tempat membeli belah, pusat hiburan dan sebagainya. Mereka sudah tentu ingin mendapatkan sumber makanan, pakaian dan sebagainya dan bandar Raub menjadi tempias kepada senario ini.
Menjelang tahun 1970 sehingga 1989 kegiatan perniagaan agak menggalakkan. Data menunjukkan sebanyak 847 lesen yang menjalankan kegiatan pelbagai, 180 pasar lesen dan penjaja sebanyak 306 lesen. Lesen premis makanan meliputi 200, lesen perniagaan 520. Bangunan perniagaan pula sebanyak 429 unit.55
Perkembangan sesebuah bandar antaranya bergantung kepada kepesatan aktiviti ekonominya. Barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah bandar perlu bersaing dengan mana-mana pusat penempatan supaya menarik penduduk yang merupakan kuasa pembelinya. Bandar Raub semakin meningkat terutama dalam sektor perniagaan . Ini jelas jika kajian dilakukan dari tahun 1990 sehingga tahun 2000.
Corak aktiviti ekonomi di bandar Raub melibatkan perniagaan, perusahaan, pertanian dan perkhidmatan. Secara ringkasnya aktiviti peruncitan mencatatkan kadar yang paling tinggi iaitu 57%, diikuti oleh pejabat dan perkhidmatan, 35.4%, perniagaan borong 6.3% dan tempat penginapan 1.3%.56 Aktiviti ekonomi adalah dijangka berkembang dan mempunyai kegiatan ekonomi yang baik. Perkembangan ekonomi berkembang mengikut tren semasa pada kadar purata 2.8%
Perindustrian sekitar tahun 1970 sehingga 1989 masih lagi berada di tahap yang kecil. Sektor ini bukan sektor utama pada tahun tersebut. Ini tidak mustahil kerana pada masa itu ketiadaan kawasan perindustrian yang sesuai untuk dibangunkan. Hanya terdapat beberapa buah kilang papan dan kejuruteraan yang terletak di Jalan Lipis. Terdapat 5 buah kilang papan dan 3 buah kilang kejuruteraan.
Menjelang tahun 1990 sehingga 2000 secara umumnya Daerah Raub menyumbangkan 2.1% kepada KDNK sektor perindustrian negeri Pahang. Sumbangan yang paling besar disumbangkan melalui kegiatan perindustrian di bandar Raub. Bandar Raub terletak di Koridor Pembangunan Industri “ Central-North-South” dan disokong oleh rancangan sistem rangkaian jalan raya yang efisyen.
Luas tanah perindustrian yang dimajukan di Bandar Raub ialah 322.4 hektar dan bilangan industri ialah 70 buah. Pertumbuhan sektor perindustrian bertambah dengan pesat. Dalam jangkamasa 10 tahun 1980 ke 1990 sektor perindustrian mencatatkan kadar pertumbuhan sebanyak 4.3% iaitu kedua tertingi selepas sektor kewangan 5.25%. Kadar pertumbuhan pekerjaan dalam sektor perindustrian jauh melebihi kadar pekerjaan secara keseluruhan.57
Jumlah pekerjaan yang terlibat di dalam sektor industri adalah sebanyak 3,245 pekerja pada 1990. Dapat dikenalpasti bahawa industri perkayuan menyumbangkan jumlah pekerjaan yang terbesar iaitu sebanyk 53% dari tenaga kerja diikuti industri I kimia , getah dan plastik 29%, industri rsekabentuk metal 17% dan industri makanan 1%.
Perindustrian dibandar Raub dijalankan atas tanah-tanah persendirian dan bangunan yang dibina khas untuk perusahaan tersebut. Keluasan lantai berbeza-beza. Ada kurang 2,000 kaki persegi sehingga melebihi 12,000 kaki persegi. Melalui kajiselidik yang dijalankan terdapat dua jenis perindustrian di bandar Raub iaitu industri perkayuan, rekabentuk mental, bahan kimia, getah, palstik industri makanan.58
Sektor pertanian juga berkembang dengan pesat. Melalui agensi kerajaan para petani dibandar Raub mengalami peningkatan taraf hidup. Adalah sukar untuk melihat jumlah keluasan kawasan pertanian di bandar Raub. Oleh itu hanya data mengenai pertanian di Daerah Raub dapat diambil. Sebagai contoh Risda memajukan seluas 9900 hektar manakala Felca memajukan tanah seluas 3998 hektar.59
Secara ringkasnya kawasan pertanian yang penting di bandar Raub ialah Kampung Ulu Sempalit yang mempunyai 72 pekebun kecil getah di bawah Risda manakala di bawah Felcra melibatkan 23 pekebun .60 Sekitar tahun 1990 sehingga 2000 kadar keluasan tanah dan bilangan pekebun masih sama dan ini menunjukkan perkembangan sektor pertanian masih lembab jika dibandingkan dengan sektor lain. Ini tidak menghairankan kerana sektor pertanian banyak dijalankan di luar bandar dalam daerah Raub sebaliknya bandar Raub menjadi bandar perkhidmatan.
Perlancongan juga menyumbangkan kepada ekonomi bandar Raub. Pada tahun 1992 jumlah bilik yang terdapat dibandar Raub ialah sebanyak 165 buah61 termasuk Rumah Rehat Kerajaan. Walaubagaimanapun tiada lagi hotel yang bertaraf lima bintang dibandar Raub.
Purata pelancong yang datang dan bermalam dibandar Raub ialah sekitar 20,073 orang dalam tahun 1990 dan mencatatkan 39,117 orang pada tahun 2000. 62 Perkembangan ini selaras dengan kemajuan Bukit Fraser yang terletak dalam Daerah Raub. Biasanya mereka akan singgah untuk menginap di bandar Raub sebelum ke Bukit Fraser. Bandar Raub juga menjadi tumpuan terutama terdapat kawasan rekrasi hutan simpan, air terjun dan kawasan bekas lombong yang telah di bina padang golf, pusat pelancongan sejarah dan taman rekrasi.























BAB 7
PENUTUP

Setelah meneliti sejarah perkembangan bandar Raub serta meninjau sejauh mana sumbangannya kepada kedudukan sosio-ekonomi negeri Pahang, barangkali ada beberapa rumusan penting yang harus kita renungkan kembali. Perkara pertama yang harus direnungkan kembali ialah mengenai sejarah awal bandar Raub yang dikatakan pada asalnya merupakan sebuah desa kecil yang agak ketinggalan dari arus pemodenan dan terletak di tengah-tengah laluan perjalanan di antara laluan ke Lipis dan Gua Musang, Kelantan. Dari segi prasarana seperti jalan raya di bandar ini, sejarah pembinaannya dikatakan bermula awal iaitu semasa penjajahan British. Bandar Raub juga boleh dikatakan merupakan satu daripada bandar di negeri Pahang yang mengalami pelbagai perubahan dalam sejarahnya yang tersendiri. Petempatan dan kependudukan di daerah ini dikatakan berlaku sejak zaman tradisional lagi. Namun, bermula sekitar tahun 1896 bandar Raub telah mengalami perubahan yang agak ketara akibat daripada penerokaan dan pembukaan kawasan-kawasan lombong emas yang dibuka oleh syarikat barat terutama sekali Raub Australian Gold Mining Company Limited.
Akibatnya bandar Raub mendapat faedah yang tidak kurang pentingnya dengan limpahan sumber asli emas. Penempatan, kegiatan ekonomi dan kemudahan asas tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Sehinggalah pada tahun 1961 lombong emas dibandar Raub mengalami masalah terutama masalah janakuasa elektrik. Tambahan pula hasil yang diperolehi masih lagi kurang menyebabkan mereka tidak meneruskan lagi usaha perlombongan.
Bandar Raub terus ditinggalkan dan mengakibatkan kesan yang amat buruk pada peringkat awal. Bandar Raub seolah-olah menjadi sebuah bandar mati. Penghijrahan penduduk berlaku kerana sumber pekerjaan di lombong telah tiada lagi. Namun bandar Raub tetap berkembang selaras dengan perkembangan negara Malaysia. Walaupun tiada lagi usaha perlombongan emas namun bidang lain seperti perniagaan, perindustrian, perlancongan dan sebagainya berkembang perlahan-lahan. Hasilnya bandar Raub mencatatkan bilangan penduduk yang paling padat dalam daerah Raub. Bandar Raub menjadi pusat kepada kawasan lain dalam daerah Raub. Segala kemudahan lengkap dan terkini.
Bandar Raub tidak lagi menjadi kawasan perlombongan emas. Adalah mustahil untuk meneruskan aktiviti perlombongan kerana perlombongan emas di Raub dijalankan secara lombong dedah. Menurut kajian kawasan bawah bandar Raub adalah merupakan kawasan bekas lombong. Bangunan yang didirikan di kawasan Raub tidak boleh melebihi lima tingkat. Hampir keseluruhan bangunan di bandar Raub didirikan tidak melebihi lima tingkat.
Bandar Raub pada masa hadapan dijangka akan menerima pertumbuhan pesat kerana kedudukan yang strategik dengan keadaan tanah kosong yang boleh menampung kegiatan ekonomi. Tambahan pula kerajaan Negeri Pahang berusaha membangunkan daerah Raub dengan manaiktaraf sistem pengangkutan dan kemudahan asas bandar Raub.
Semoga bandar Raub akan mampu berdiri sendiri dan dapat menjadi sebuah bandar yang maju dengan kegiatan ekonomi, sosial serta politik yang menjana ke arah kemajuan yang tinggi selaras dengan Wawasan 2020 yang inginkan negara Malaysia menjadi negara maju dalam tahun 2020.
[1] Pembukaan Rasmi Muzium Abu Bakar, 21 Oktober 1976.
[2] Ibid.
[3] Mohd. Roselan Ab. Malek, Salasilah Nama Tempat Negeri Pahang Darul Makmur: Penerbit Prisma
Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1993, h. 2.
[4] Shamsul Amri Baharuddin, Masyarakat Malaysia Yang Membangun. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,1990, h.7.
6 Berita Harian 9 Januari 1989
7 Zaffuan Haji Manap, Bingkisan Sejarah Raub Rao dan Pagaruyung : Pertaliannya Dengan Raub
dan Pahang, Kuala Lumpur : Anjung Media Resources, 2007, h. 73.

8 Zaffuan Haji Manap , loc.cit., 2007, h.68.

9 Aruna Gopinath, Sejarah Politik Pahang 1880 –1935, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,
1993. h.12.
10 Zaffuan Haji Manap , Op. Cit., h. 72.

11 Zakaria Awang Ali, “ Sejarah Perlombongan Emas di Negeri Pahang”, Latihan Ilmiah Sarjana Muda
Universiti Kebangsaan Malaysia, h.5.
12 Linehan, W., A History of Pahang dalam JMRAS, Vol.XIV, Pt.2, 1936, h.189.
13 Haji Buyong Adil,Op .cit., h. 105.
14 Ibid, h.110.
15 Ibid, h.111.
16 Haji Buyong Adil, Op. cit., h. 198.

17 Zakaria Awang Ali,Op .cit., h. 18.
18 S. Adikulasamy, Summary of Inventory of Record of Raub Australian Gold mine Co. Ltd, P.Jaya ,
Selangor, 1973. h. III-IV.

19 S. Adikulasamy , Op. cit., P3.
20 Zakaria Awang Ali,Op .cit., h. 29.

21 Ibid, h. 31-32.
22 J.A Richardson, The Geology and Mineral Resourses of the Neighbourhood of Raub Pahang,
Kuala Lumpur, 1928, h.18.

23 Zakaria Awang Ali,Op .cit., h. 15.
24 R.A.G.M Aannual Report 1918, Gordon and Cotch (Queensland) Ld. Brisbane, 1918.
25 R.A.G.M Annual Report 1931 Gordon and Cotch (Queensland) Ld. Brisbane, 1931.h.1
26 R.A.G.M Annual Report 1936, Gordon and Cotch (Queensland) Ld. Brisbane, 1936. h.10.
27 Zakaria Awang Ali,Op .cit., h. 30.


28 Zakaria Awang Ali,Op .cit.,h. 112-113.

29 Pahang Annual Report 1931, Govt. Pinting Office, Kuala Lumpur, h.15.

30 Jang Aisjah Muttalib, Pemberontakan Pahang , 1891-95, Kota Bahru , Pustakan Aman Press, 1972,
h.30( Ubahsuai)

31 Jang Aisjah Muttalib , Op. cit., h. 29.
32 Zakaria Awang Ali,Op .cit. h. 139.
33 Bancian Penduduk dan Perumahan 1970-1985, Jabatan Perangkaan Negeri Pahang.
34 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, 1996, Rancangan struktur , Majlis Daerah Raub 1993-2010,
Kuala Lumpur: 1996, h.4-2.

35 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, 1996, Op.cit.,, h.4-3.
36 Pelan Induk Daerah Raub 1980-1990 , Pejabat Daerah Raub, ( Jabatan Perangkaan Negeri Pahang ),
1985: Kuantan, h.89.

37 Zakaria Awang Ali,Op .cit. h. 26.
38 Ibid, h.40.
39 Cuthbert Woodville Harisson, Illustrated Guide to the Federated Malay States, Oxford University
Press, New York: 1923, h. 84.
40 Zakaria Awang Ali,Op .cit. h. 341.
41 Pelan Induk Daerah Raub , Op. cit., h. 43.
42 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Op.cit.,, h. 6-9.

43 Zakaria Awang Ali,Op .cit. h. 35.
44 Sumber Perpustakaan Awam Raub
45 Ibid
46 R.A.G.M annual report 1950 , Op. cit., h.14.
47 R.A.G.M annual report 1950 , Op. cit., h.6.


48 Pelan Induk Daerah Raub , Op. cit., h. 45.
49 Sumber Tenaga Nasional Daerah Raub.

50 Sumber Syarikat Telekom Malaysia Cawangan Raub, Pahang.
51 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Op.cit.,, h. 7-4,7-5.
52 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Op.cit.,, h. 8.2.



53 Sumber Pejabat Pelajaran Daerah Raub.
54 Sumber Perjabat Pendidikan Daerah Raub.

55 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Op.cit.,, h. 10-1.
56 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Op.cit.,, h. 8-1.


57 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Op.cit.,, h. 9-1.
58 Ibid ., 9-3.
59 Pelan Induk Daerah Raub, 1980-89, h. 6-8.

60 Pelan Induk Daerah Raub, 1980-89, h. 10-2.
61 Ibid., 10-3
62 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Op.cit.,, h. 10-4.