· Peta minda dibentuk berdasarkan bagaimana otak manusia merakam dan memproses maklumat secara linear dan dalam masa yang sama membuat pengelolaan yang menyeluruh (menhubungkait, membanding, menganalisa dsb.) · Peta minda merupakan satu pembinaan yang dibuat di atas sehelai kertas, di mana idea penting diletakkan di tengah-tengah pusat utama dan idea lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah geometri, warna dan sebagainya. · Ianya boleh meminimumkan penggunaan masa dalam mempelajari sesuatu mata pelajaran pendidikan. · Peta minda dikatakan boleh membantu kita menggunakan proses pemikiran kreatif.
Cara Lama Mengambil Nota · Terdapat 3 stail; 1. Stail naratif; menulis apa sahaja idea yang kita dengar dalam bentuk naratif . 2. Stail penyenaraian; menyenaraikan idea-idea penting. 3. Stail abjad atau nombor; membuat nota dengan membahagikan idea dalam urutan hiraki, kategori besar dan sub-ketegori. · Terdapat 3 alat yang digunakan; 1. Pola linear; nota ditulis secara lurus. 2. Simbol-simbol; abjad. 3. Penganalisaan. · Kelemahan cara ini; · Perkataan kunci seringkali terkeliru dengan perkataan yang terpenting. · Sukar diingati kerana ditulis dalam satu warna. · Membazir masa; menulis dan membaca yang tak perlu. · Gagal merangsang daya kreativiti otak; tidak mengalakkan otak membuat asosiasi.
Kebaikan Peta Minda · Peta minda boleh menghubungkan fungsi otak kiri dengan otak kanan bagi meningkatkan daya ingatan. · Meningkatkan kemahuan kita belajar; ianya berfungsi seirama dengan ciri semulajadi otak (linear, menyeluruh, menghubungkait, membanding, menganalisis). · Menjimatkan masa; mengguna kata kunci sahaja. · Fokus kepada isu sebenar meningkat. · Hubungan dengan idea mudah dikenalpasti kerana lengkap dengan simbol, rajah, bongkah dan warna. · Bagus untuk mengulangkaji pelajaran kerana ideanya ringkas, unggul dan penuh makna yang nyata dan tersirat.
Elemen-Elemen Utama Peta Minda 1. Pengelolaan · Maklumat penting disususun dan dikelolakan dengan cara keseluruhan; supaya menghasilkan struktur pola yang kreatif, selaras dengan cara otak memproses maklumat dan lebih mudah dirakamkan dalam ingatan jangka panjang. 2. Perkataan Kunci · Ianya digunakan untuk mewakili sesuatu idea; tema. · Dapat memberi bayangan secara kreatif dan dapat dihubungkait dengan idea yang lain. · Jenis nama, perbuatan atau sifat.
3. Bayangan Pandangan · Ianya boleh dibuat dalam pelbagai cara; warna – memfokuskan idea, gambarajah 3 dimensi – menekan kepentingan idea. · Ianya mudah diingat berbanding jika menggunakan perkataan.
Panduan –Panduan Umum Membuat Peta Minda
· Kertas kosong dan pensil warna · Letak kertas secara horizontal; mudah baca. · Gunakan imej-imej visual dan perkataan-perkataan yang dikreatifkan; menarik perhatian. · Gunakan pelbagai warna; merangsang kreativiti dan ingatan. · Gunakan pelbagai saiz perkataan dan garisan; menunjukkan kepentingan relatif secara hiraki (tersusun). · Elakkan tulisan berangkai dan gunakan tulisan cetak atau blok; mudah ingat. · Mula dengan menulis apa sahaja yang terlintas difikiran kerana jika anda padam idea itu, minda akan tersekat. · Gunakan pelbagai warna, kata kunci, gambar & bongkah geometri; memudahkan proses pengingatan. · Gunakan satu perkataan kunci sahaja bagi satu garisan hubungan; dapat memberi ruang untuk berasosiasi dengan perkataan lain.
Penggunaan Peta Minda 1. Ucapan · Maklumat telah disediakan dalam bentuk peta minda, Cuma fikirkan bagaimana cara untuk menyampaikanya. 2. Ambil nota · Semakin banyak perkataan kunci dalam sesuatu nota, semakin tinggi kemungkinan untuk mengingati kembali. · Perlu mengingati kata-kata kunci dan imej-imej tertentu sahaja untuk menguatkan ingatan. · Dengan menggunakan peta minda, daya ingatan kita bertambah 50%.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan